09 September 2011
Bapa dan Abang Isteri Jadi Punca Cerai, Bila Bapa Mati, Nak Nikah Semula
Empat tahun lepas, suami 40-an dan isteri 40-an bercerai. Menurut ceritanya, punca cerai adalah masalah perniagaan dan hutang antara suami dan abang isteri, abang iparlah. Suami dan abang iparnya ada sama-sama berniaga dan keluar modal sama-sama. Mulanya perniagaan mereka maju. Tapi rezeki tidak menyebelahi mereka, perniagaan mereka lingkup akhirnya.
Lepas itu, jadi perbalahan antara suami dan abang ipar. Abang ipar menuntut suami melunaskan hutang sedangkan suami tidak mengakui itu sebagai hutang tetapi menganggapnya sebagai kerugian yang perlu ditanggung sama. Suami kata, dia sudah banyak mengeluarkan modal bersama sehingga lansung tiada duit simpanan. Suami juga kena disenaraihitam oleh bank dan keretanya kena tarik kerana kerugian itu. Dalam keadaan itu pun, abang iparnya sentiasa menuntut hutang.
Lebih dari itu, abang ipar dan bapa mertuanya meminta isterinya menuntut cerai. Isterinya telah keluar dari rumah dengan mengambil semua barang miliknya dan balik ke kampung. Beberapa bulan selepas itu, suami mengambil keputusan menceraikan isteri talak satu kerana pelbagai masalah. Bagaimanapun, dua anaknya yang sudah sekolah menengah waktu itu menyebelahi bapa dan ingin terus hidup bersama bapanya.
Suami terpaksa menempuh hidup baru, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurujual sambilan untuk meneruskan hidup terutama belanja sekolah dan makan minum anaknya. Selepas empat tahun berlalu, suami masih ingatkan bekas isterinya dan bersedia memaafkan isteri dan keluarga isteri dan ingin bernikah semula. Anak-anaknya menyokong. Bapa perempuan dulu begitu keras dan menjadi punca percerian sudah meninggal dunia tahun lepas. Manakala abang perempuan yang dulu sering menuntut hutang, sudah berdiam diri dan tidak menyebut lagi pasal hutang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dlm menempuh hidup pasti ada pasang surut, ujian & dugaan. Kadang2 berlarutan hingga kepada yg tak disangka2 spr bercerai dsbnya, & berterusan le dendam, buruk sangka dll. Malang le klu begitu.
BalasPadamSebaliknya kadang2 dgn peredaran masa, masing2 boleh berubah kepada lebih baik & masing2 saling maaf & memaafkan, malah ke arah lebih baik esp di sisi Allah...beruntung le klu begitu.
tok
baik dan buruk bila berkongsi berniaga sesama adik beradik...moga menjadi iktibar..
BalasPadam