Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 September 2011

Dari Kelantan ke Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur

Ramai orang tak tahu, lebuhraya Pantai Timur  Kuantan ke Jertih dah boleh lalu separuh. Semalam saya ke Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu, nampak jalan di sana sesak dengan kereta terutama berhampiran dengan bandar Kota Bharu.

Jimatkan Masa, Tol Free

Okey, kalau dari Kota Bharu melalui Jertih, jumpa simpang ke Kuala Berang, jalan Kuala Ping, jangan belok ke jalan tersebut. Terus sana dalam 10 km lagi, di Kampung Gemuruh, 22km sebelum Kuala Terengganu, situ masuk ke lebuhraya, ada papan tanda. Jalan tu akan sampai ke Bukit Payung dalam 10 minit saja.

Nanti jumpa simpang empat, kiri ke Kuala Terengganu, terus ke Marang, kanan ke Ajil dan Kuala Berang dan Kuantan. Belok kanan dan akan melalui jalan yang baik juga. Dalam 10 minit akan jumpa Ajil dan belok ke lebuhraya, menuju ke Bukit Besi dalam 40km. Keluar dari Bukit Besi, terus ke jalan Jabor, sejam lebih saja boleh sampai Kuantan.

Dari Kuantan Bagaimana ?

Dari Kuantan ikut Jalan Jabor-Jerangau sampai jumpa simpang tiga satu ke Kuala Berang dan Dungun. Di  Bukit Besi tu, jangan belok ke kiri ke Kuala Berang tapi ambil jalan kanan ke Dungun. Dalam 1 km akan jumpa lebuhraya Bukit Besi-Ajil.

Jalan yang saya cerita ni jimat lebih kurang 2 jam terutama masa kereta banyak. Jangan risau, tol free dan boleh bawak laju. Jangan lupa, tuang minyak secukupnya dan pergi toilet dulu, sana tak ada toilet. Nak beritahu juga, guna GPS belum tentu boleh dapat jalan baru ni, kecuali yang baru saja update peta jalan terbaru. Orang kampung macam saya, beli GPS dah setahun lebih, tak update dah lepas tu.

7 ulasan:

  1. terngkan dgn lebih jelas jln ke kelantan melalui kuantan..tolong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari exit jabor ..biasa saya ikut jln cherating, cukai, kijal ke paka. di paka depan petronas, belok kiri menuju ke ketengah, lepas 10km blh jmpa ltp2 dari paka ke k.terengganu..sejam. dari exit k.terengganu ikut route 3 melelaui jertih ke kelantan.

      Padam
  2. mANA BOLEH SAMPAI DARI KOTA BHARU KE KUANTAN DALAM SATU JAM LEBIH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila baca balik para akhir.
      dari jalan jabor ke kuantan, sejam lebih da boleh sampai.

      Padam
  3. Salam semua... Kepada pengguna lpt yang ingin melalui jln ini. Diharap berhati2 memandu terutamanya di waktu malam kerana kawasannya sgt keras.. Sudah ramai yg sy dgr cerita2 dr org kg & termasuk dr pengalaman sy sendiri Npk benda di tgh2 jln & hampir2 ingin melanggar devider

    BalasPadam
    Balasan
    1. btl..sy sdri pnh accident kt km356 ajil..kereta lggar divider then brpusing..Alhamdulillah kami semua slmat cuma kereta jd besi buruk jela..peronda lebuhraya crita, smggu sblm tu tempat yg sma kereta berpusing jgk,mangsa koma..brhati2 la memandu xkira la kt mna pon..

      Padam
    2. kena berhati2..kawasan ini angin melintang kuat, berpusing kereta, kurangkan laju, ada papan tanda.

      Padam

Dipersilakan komen.