Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 September 2011

"Bila Masa Yang Sesuai Saya Nak Beritahu Isteri, Saya Dah Nikah Lagi Satu" (Episod 2)


"Ustaz,.....Bila Masa yang sesuai saya nak beritahu isteri, saya dah nikah lagi satu ?" Tanya lelaki ni.

Bukan senang nak jawab soalan ni. Pertama, terpaku dengan soalan ni. Kedua, tak tahu nak jawab macam mana. Mungkin hanya orang yang dah ada pengalaman saja yang boleh jawab soalan ni.

Lelaki ni umur awal 40-an, isteri dia lewat 30-an. Nikah dah lebih 10 tahun dan ada anak 4 atau 5 orang. Dua-dua kerja kerajaan. Yang kita nampak, hidup dia bahagia saja bersama isteri dan anak-anak.

"Dah jodoh saya ustaz..." Itu kata lelaki ni.

Yer, soalan bila nak beritahu isteri pertama dia tu memang saya tak boleh nak jawab dan takut kalau tersalah jawab. Jadi janganlah jawab apa-apa. Manalah tahu, kalau jawab tak betul dan rumahtangga dia makin kecoh, kan kita juga sebagai penasihat yang akan dipersalahkan. Lagipun bukan ada persen jadi penasihat macam cerita P.Ramle tu.

Tapi, saya rasalah.... ada pembaca blog saya ni yang ada pengalaman terlebih. Pengalaman boleh dapat di mana-mana dan tak semestinya yang beri pandangan itu orang yang mengalami pengalaman itu. Mungkin dia ada kawan-kawan yang ada pengalaman sebegini atau dia suka tengok cerita Madu Tiga.

4 ulasan:

  1. Kawan saya dah dkt 10 tahun berpoligami secara senyap...

    BalasPadam
  2. pada saya just bagitau jer....cuma masa dan keadaan tu biarlah dalam kondisi yg baik...
    mula2 mungkin isteri pertama akan marah dan keadaan akan jadi tegang tapi percayalah lama kelamaan keadaan akan normal balik....

    saya bagi nasihat atas pengalaman saya sebagai isteri pertama...
    mana ada isteri yg tak marah klu suami kahwin lain tapi kalau suami tu boleh tunjuk yg dia berlaku adil.... hati isteri akan sejuk gak....

    BalasPadam
  3. Salam Us,

    susah jugak nk bagitau..tlglah kwn2 bagi tips..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.