Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 September 2011

Syarikat MLM Malaysia Tipu Rakyat India

NEW DELHI 4 Sept. - Beribu-ribu pelabur kebanyakannya petani dan peniaga kecilan di kawasan luar bandar negeri Manipur yang terpencil di India mendakwa sebuah syarikat jualan langsung (MLM) Malaysia telah menipu wang simpanan mereka.

Lebih 70,000 pelabur dari negeri Manipur yang terletak di bahagian timur laut India menjadi mangsa penipuan bercorak piramid itu yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit.  Syarikat sendirian berhad berkenaan didaftarkan pada tahun 2007 dengan jenis perniagaan diterangkan sebagai sebuah firma perdagangan am dan pelaburan.

"Sebahagian besar pelabur tergolong daripada orang miskin, ahli politik dan kakitangan pejabat juga ada yang membuat pelaburan dalam skim-skim yang dikendalikan oleh syarikat Malaysia berkenaan.

"Ramai yang telah menjual harta, tanah dan melaburkan simpanan mereka,” kata Brojen Sinam, yang menjadi presiden United Investors Trust, sebuah badan yang ditubuhkan bagi menguruskan aduan daripada pelabur yang menjadi mangsa. - Bernama

2 ulasan:

  1. Di Malaysia, pakar2 IT dari India dibasa masuk untuk mencipta sistem terutamanya pelaburan.

    BalasPadam
  2. Syarikat apa ni ustaz?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.