Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 September 2011

Ceraikan Isteri, Pasal Bersolek Lama Sangat

Lelaki umur 20 dan perempuan umur 20, sudah nikah hampir 2 tahun dan ada anak seorang yang masik kecil. Kiranya mereka ini pasangan kawin mudalah kiranya. Lelaki kerja di sebuah kilang manakala isteri sebagai jurujual di sebuah pasaraya.

Pada hari raya baru ni mereka nak keluar beraya rumah sedara mara. Seperti biasa, isteri bersolek lama sikit dalam bilik, manakala suami tunggu anak kat ruang tamu. Hari raya ni kenalah lawa-lawa nak pergi beraya, soleh kenalah ala-ala artis sikit. Suami pula marahkah isteri sebab lambat sangat. Kemudian melarat dan jadi bertekak dan pertengkaran besar pulak.

Akhirnya masa tengan jawab menjawab beberapa das tu, suami melafazkan talak satu pada isteri, lebih kurang begini lafaznya.

"Aku ceraikan kau talak satu". Kata suami dan didengar dengan jelas oleh isteri.

Mereka berdua faham yang talak sudah jatuh dan isteri balik rumah mak ayah dia. Lepas habis raya dan pejabat kadi buka, mereka berdua datang ke pejabat untuk rujuk semula. Kedua-duanya nampak macam insaf dan menyesal serta tak menyangka perkara ini boleh berlaku.

1 ulasan:

  1. Ada hikmahnya kot, sbb masa depa dtg tu dapat le ustaz tazkirah sikit2 esp ttg solekan melampau ni, kan bertentangan dgn Quran & hadis. Klu dah membelakangkan, setan senang le masuk jarum kan?

    Sbb biasanya, lepas kurus kawin, jarang suami isteri yg attend semula kelas agama atau baca majalah2 agama . Yg ada majalah2 cam ne nak cantik bila keluar rumah, bkn utk suami aje.

    tok

    BalasPadam

Dipersilakan komen.