Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Julai 2010

Minyak Naik, Gula Naik : Biasalah Tu.....

Tanyalah hati setiap orang, pastinya tidak gembira bila minyak naik 5 sen dan gula naik 25 sen. Tapi kita sebagai rakyat di sebuah negara, kita tidak dapat mengelak untuk menghadapinya. Setiap oranglah pasti menggunakan sumber minyak dan minum minuman manis setiap hari.

Kita lihat, kenaikan minyak 5 sen seliter bukanlah kenaikan yang tinggi seperti sebelum ini iaitu sehingga kenaikan 50 sen. Kalau 5 sen seliter, kereta saya yang boleh isi 50 liter, kenaikannya hanya RM 2.50 saja. Kalau kita isi minyak RM 50 (saya selalu isi RM 50 sekali isi) dalam 27 liter, kenaikan hanya RM 1.30 saja. Tidaklah tinggi sangat kenaikan ini. Maknanya, kalau kita dulu isi RM50, sekarang kena isi RM51.30 untuk mendapat jumlah liter minyak yang sama.

Harga gula sebenarnya masih murah iaitu RM1.90 sekilo. Kalau gula bukan barang kawalan, saya percaya peniaga sudah menjual gula sehingga 2 kali ganda lebih mahal lagi. Tengok saja harga Milo, Nescafe, Horlick dan sebagainya, harganya jauh lebih tinggi dan kenaikannya sudah banyak kali. Selama ini, setiap orang yang minum manis, sebenarnya  kerajaan memberikan subsidi kepada mereka. Kurang-kurang kanlah minum manis, nanti kena kencing manis. Tapi muka kena selalu manis yer...

Peniaga Jangan Melampau

Para peniaga diingatkan, janganlah mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Kalau harga dinaikkan, sebenarnya peniaga lebih kepada hendak mendapatkan keuntungan peribadi. Kesannya, akan membebankan pengguna lain. Kadang-kadang barang lain yang tak ada kaitan dengan minyak dan gula pun naik. Kalau barang naik, pengguna pasti terbeban terutama yang berpendapatan rendah.

Kita janganlah suka hidup dengan boros dan jadilah pengguna yang bijak. Janganlah suka buat hutang yang besar-besar seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi. Ada kawan saya, gaji dalam RM2,000, tapi lepas tolak pinjaman kereta, rumah dan peribadi, gajinya tinggal RM400 saja. Saya percaya, hari ini dialah yang paling bising bila minyak naik 5 sen. Kalau dia gaji RM2000 tadi, pinjaman-pinjaman tadi hanya sekitar RM500 saja, hari ni dia pasti mampu tersenyum.

Hari ini, saya boleh senyum. Cuma malam tadi bila dapat sms kata minyak naik, mulut saya celupar sikit malam tadi. TAK PATUT.. TAK PATUT.. Tapi pagi ni saya tersenyum pula, sebab sebenarnya kenaikan itu sikit saja bagi saya.  Saya ada beberapa buah rumah, tapi rumah itu ada orang sewa dan bayarkan hutang saya.... Saya tak punyai hutang kereta walaupun saya ada beberapa biji kereta. Kereta saya bukan kereta baru dan mahal macam orang lain, tapi kereta saya lebih sedap dipandu dan lebih laju dari kereta mereka yang banyak hutang tu. Rumah saye beli rumah lelong bank, kereta saya beli lelong kastam.

Sabar Sebahagian Dari Iman

Hari ini, ada orang hantar komen dalam blog saya, tapi saya rasa komen itu melampau dan keterlaluan serta tak boleh dipaparkan dalam blog saya. Harap-harap, hari ini dia sudah tak marah-marah sebegitu lagi pagi ini. Berbelanjalah dengan berhemah, rancanglah kewangan dengan baik. Insyaallah hidup kita bahagia.

2 ulasan:

  1. Salam ya ustaz..
    sy setuju dgn pndapat ustaz..tp kan,bila ditimbang-timbang semula,akan wujud 1 fenomena yg dipanggil 'chain reaction'..di mana apabila harga minyak dan gula naik, secara fitrahnya akan ada barang lain yg turut naik harganya..itu yg menyebabkan golongan yg kurang berkemampuan semakin tak mampu, malah hidup jadi lebih teruk. Kita yg tergolong dalam kumpulan yg mewah dan sederhana mungkin masih boleh bertahan dgn kenaikan harga barang2, cuma kesian pd mereka yg jauh lebih miskin dan daif, sedikit sebanyak mereka akan rasa terbeban. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. malas nak komen kalau da nasib kte gaji kecik tpksa kene la jimat..sedangkn owg gaji beso g mne2 pon bole claim sket pon tak rasa susah..bg owg mcm kami singgit pon bekira kne budjet kkdg slalu gaji jd -negetif lps tolak wit mkn,utang blnje dak2 skola hatta sewa rumah PPR yg RM sratus lbh sbulan pon kkdg tunggak smp 3 bln pe na wat..rakyat didhulukan reda je..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.