Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Ogos 2011

Maksiat Lain Boleh Tinggal, Nombor Ekor Saja Tak Boleh


Seorang lelaki 60-an mengaku masa muda dia bukanlah seorang yang baik. Tapi bila dah meningkat usia ini, dia sudah insaf dan banyak beribadat. Dia sudah tunaikan haji, puasa ramadhan, zakat, solat dan lain-lain.

Banyak maksiat dia dah tinggalkan, tetapi satu saja yang dia tak boleh tinggal, iaitu beli nombor ekor. Dia mengaku main nombor ekor sejak umur 30-an sebab ikut kawan-kawan. Dia pernah juga kena nombor dan banyak kali lari satu dua nombor. Kalau nak ikut modal yang dia keluar, dah puluhan ribu dan tak menguntungkan. Ceritanya, ada kawan dia meninggal dunia masa tengah gian nombor ekor. Sampai masa meninggal, anak isteri dia jumpa banyak slip nombor ekor dalam almari.

Sempena Ramadhan ini, walaupun timbul keinsafan tapi godaan untuk terus beli nombor ekor terus kuat terutama pengaruh kawan-kawan.

3 ulasan:

  1. nauzubillah...

    ape nilai ibadah kalau judi tak boleh tinggal ustaz?

    BalasPadam
  2. membeli nombor ekor samalah dengan membeli dosa. patutnya dosa ni bagi free pun kita tak mau, apa lagi beli. mudah-mudahan Allah swt memberi hidayah kepada kita semua.

    BalasPadam
  3. kalau simpan duit beli kertas ekor tu dlm ASB selama beliau bergiat dalam nombor ekor ni, agaknya dah kaya-raya... he..he..he..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.