Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Ogos 2011

Orang Pungut Derma, Mulut Takder Insuran

Dua orang budak perempuan bertudung, umur belasan tahun pergi pungut derma di sebuah kedai makan. Kat meja tu sedang makan 3 lelaki mungkin 30-40 tahun. Perempuan tu kata nak pungut derma, entah apa-apa dermalah, tak tahulah.

Tapi bila perempuan tu mintak derma, lelaki tu jawab.

"Sorilah dik, kita orang tak ada duit". Jawab salah seorang dari tiga lelaki tu.

Mendengar jawapan tu, perempuan yang kedua pula berkata.

"Tak nak sedekah tak apalah. Tapi kalau ada duit, jangan kata tak ada duit. Nanti tak ada duit betul-betul, baru menyesal hidup". Kata perempuan tu serius.

Lelaki yang cakap tadi dah macam nak marah, tapi kawan dia yang kat sebelah tu hulurkan duit sepuluh ringgit dan tak mahu panjang cerita.

"Dah dik, ini sepuluh ringgit" Kata lelaki tu sambil menyerahkan duit tu.

"Terima kasih encik, semoga murah rezeki". Kata perempuan tu, kemudian berlalu dari kedai tu.

Lelaki bertiga  tu terpinga-pinga, macam malu pun ada. Ini adalah antara gelagak peminta sedekah yang entah betul entah tidak apa yang dimintak tu.

3 ulasan:

  1. dunia......dunia

    BalasPadam
  2. Betul juga kata budak tu. Kira dia berdakwah juga le tu. Klu tak nak beri diam/abaikan aje & senyum, atau apa salahnya RM1.00 ke . Sapa pun dia, dah perkara ni berada di sekeliling kita, kena hadapi. Klu kita pegawai penguatkuasa ke, pegawai zakat, walfare, PM, atau sapa2 yg boleh amik tindakan susulan ke arah lebih baik, mungkin tindakan akan berbeza ..

    Biasanya budak2 ni mcm dah diajar utk doakan mcm ustaz tulis tu lepas diberi duit, apa salah kita jawab 'Amin' & kita doakan juga utk depa..

    tok

    BalasPadam
  3. perkara itu biasa berlaku tp itu adalah cubaan

    BalasPadam

Dipersilakan komen.