Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Ogos 2011

Bagaimana Ekonomi Sekarang...Baik atau Tidak ?


Okey ker ekonomi sekarang ? Kita kena tahu juga pasal ekonomi ni, jangan tak tahu  lansung. Semalam, indek Dow Jones di Amerika jatuh sehingga 512  mata, Nasdec jatuh 136 mata, manakala S&P jatuh 60 mata.

Kejatuhan Dow lebih 500 mata ini adalah satu kejutan dan kejatuhan terbesar dalam sejarah. Kita kena ingat yang ekonomi Amerika ini akan mempengaruhi ekonomi seluruh dunia. Kebiasaannya kejatuhan ini akan mengakibatkan kejatuhan saham di seluruh dunia.

Pasaran Asia

Memang betul, sehingga jam 9.30 pagi ini indek saham di Jepun Jatuh 352 mata, Australia jatuh 174 mata, Korea jatuh 81 mata dan Singapura jatuh 102 mata. Manakala hampir semua saham di dunia jatuh teruk pagi ini kesan dari kejatuhan semalaman di Amerika.

Kesan Pada Negara Kita

Amerika adalah antara pelabur terbesar di negara kita, pasti akan ada kesannya. Jam 9.33 pagi, indek Bursa Malaysia jatuh 26 mata pada 1250. Sampai bila kejatuhan ini ? Tidaklah diketahui tetapi pelabur hendaklah berhati-hati sebelum memasuki pasaran. Pada kita yang tak terlibat dalam pasaran saham juga perlu berhemah dalam berbelanja.

Buat masa sekarang, pentingkan merancang perbelanjaan dan berbelanja dengan bijak. Fikir betul-betul sebelum berhutang seperti membeli hartanah yang mahal dan membeli kereta baru. Galakkan menyimpan dan melabur dalam skim yang tidak berubah harga seperti Tabung Haji dan ASB.

Kejatuhan Ekonomi 1997

Kejatuhan ekonomi tahun 1997-2000 mendatangkan kesan yang sangat besar kepada negara dan masyarakat. Jadikanlah ini sebagai pengajaran yang cukup bermakna untuk merancang perbelanjaan yang lebih baik.

Janganlan pula ada pihak yang terlibat dalam pelaburan haram atau skim cepat kaya. Mereka ini pandai, mereka kata mereka bukan skim cepat kaya, malah dalam pengenalannya mereka memperlekehkan skim cepat kaya sedangkan mereka itulah skim cepat kaya. Dulu tahun 1997-2000 berapa banyak skim cepat kaya muncul dan berapa ramai sudah tertipu.

Semalam, harga minyak dan emas juga jatuh di pasaran dunia. Maka tak betullah orang kata niaga emas ini mesti untung. Hati-hatilah kalau orang ajak kita melabur jual beli emas ini kerana kita tidak semestinya untung. Begitu juga melabur di bank dana emas yang macam-macam nama, kita jangan lupa ada terma dan syarat yang kebanyakan kita tak berapa faham.

Pengangguran

Sekarang sudah berlaku krisis pekerjaan sehingga semakin ramai jumlah pengangguran di Amerika. Jadi, adalah tidak mustahil kalau penggangguran membelengu ekonomi negara lain selepas ini. Dulu dalam tahun 2007 dan 2008, ramai juga orang kita yang bekerja di Singapura diberhentikan kerana ekonomi negara itu terjejas.

Bila hilang pekerjaan, ramai yang hilang arah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Hutang rumah mereka tertonggak sehingga banyak rumah di lelong. Betul, saya beli dua biji rumah lelong tahun 2008. Begitu juga hutang kereta mereka sehingga kereta mereka ditarik pihak bank dan dilelong. Itu belum dikira dengan belanja harian dan anak-anak sekolah. Kalau anak melangkah ke pusat pengajian tinggi, semakin besar perbelanjaannya.

Jimat Letrik

Bil eletrik di rumah saya nampaknya meningkat dalam sebulan ini. Sebelum ini dalam RM 70-80, tapi bil semalam nampaknya RM 100 lebih. Secara logiknya, tidaklah saya menggunakan letrik lebih banyak tetapi akibat kenaikan harga baru-baru ini. Jadi, sebaiknya kita kenalah berjimat. Kalau dulu, banyak lampu terpasang walaupun tidak berapa guna, maka kurangkanlah lampu. Begitu juga dengan kipas dan tv, kekadang kita banyak membazir.

1 ulasan:

  1. Cuaca panas juga mempengaruhi penggunaan elektrik contohnya kipas atau aircon terpasang 24 jam. Saya setuju kenaikan tarif elektrik baru-baru ni menyebabkan bil melambung. Saya juga tak dapat memahami kadar mana yang saya bayar sekarang walaupun cuba berjimat cermat. Bil saya meningkat sekitar 30% atau lebih daripada kadar lama!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.