Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 November 2010

HPA : Lambang Kejayaan Bumiputera Dalam Perniagaan

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.


Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

2 ulasan:

  1. salam
    saya bkn pengedar HPA..tp penguna setia HPA...kerana keberkesananya,halal dan murah...

    BalasPadam
  2. Kawan pengedar HPA di tempat kawan. Cuma di sebelah selatan ni orang kurang membeli dan menggunakan produk keluaran HPA ini walaupun permintaan itu sentiasa ada. Kawan tabik pada Pengarah Urusan 1 HPA Tuan Ismail Ahmad kerana telah berjaya membawa HPA ke peringkat antarabangsa. HALAL & SUCI SEMESTINYA HPA.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.