Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Februari 2012

Bagaimana Rumahtangga Ini, Bagaimana Nak Selesai ? (Episod 4)

Tiga tahun lebih rumahtangga ini terbina dan masalah bermula sejak mula kawin sehinggalah sekarang. Apa yang harus suami lakukan ?

Suami seorang yang pendiam dan kurang bercerita masalah rumahtangganya kepada orang lain kecuali seorang kawan rapatnya, lelaki berusia 40-an. Untuk mengadu masalah ini ke pejabat agama, si suami berfikir beratus kali. Iaitu, adakah masalahnya boleh selesai kalau dia ke pejabat agama ?

Suami faham peranan pejabat agama sebagai pemudahcara atau pemberi nasihat saja. Tapi untuk masalah ini selesai hendaklah bermula dengan dirinya sebagai suami dan isterinya. Dia kenal siapa isterinya dan dapat bayangkan bagaimana nanti kalau masalah ini dibawa ke pejabat agama ?

Sekali fikir, berkemungkinan isteri dia akan lebih menjauhkan diri darinya atau mungkin betul-betul minta cerai kalau dia ke pejabat agama. Suami tidak mahu dia dipisahkan terutama dengan anaknya. Itulah yang dia fikirkan, bukan nak perkecilkan peranan pejabat agama.

Jumpa Bapa Mertua

Satu hari, si suami pergi sempat berbual di ruang tamu dengan bapa mertuanya. Kesempatan mak mertuanya dan isterinya yang tiada di rumah waktu itu diambil oleh suami sebaiknya. Dia cerita apa masalahnya yang dihadapi selami ini dan bapa mertuanya menunjukkan reaksi yang baik. Sebagai seorang mertua yang juga seorang yang bergelar suami dan bapa, mertuanya bersimpati dengan masalahnya.

Tapi, kata bapa mertuanya, yang menjadi penghalang dalam masalah ini adalah ibu mertuanya. Yer, ibu mertuanya terlebih sayangkan anak sampai tak mahu duduk berjauhan dengan anak perempuannya. Untuk pengetahuan, isterinya anak ketiga dalam adik beradik, mempunyai dua orang abang dan dia anak perempuan yang bongsu. Bapa mertuanya mengaku yang dia pernah menasihati anaknya supaya cari kerja lain di JB saja tetapi ditentang hebat oleh ibunya menyebabkan bapanya terpaksa berdiam diri.

Bagaimana Nak Selesai Masalah Ini ?

Cerita ini sebenarnya tiada kesudahannya lagi kerana peristiwa ini sedang berlaku dan suami sedang melalui liku-liku kehidupan berumahtangga ini dengan tabah. Dia masih tinggal keseorangan di JB seperti orang bujang tapi duduk seorang diri di rumah sewanya.

Suami hampir setiap minggu pulang menemui isteri dan anak lelakinya walaupun layanan isterinya dingin sekali. Cuma suami mempunyai sedikit kekuatan kerana bapa mertuanya bersimpati dengannya dan berharap satu hari nanti masalah ini akan selesai.

Tapi bila akan selesai dan bagaimana penyelesaiannya. Kepada pembaca budiman yang baca episod 1, 2, 3 dan 4 ini dipersilakan memberi pandangan yang membina. Semoga ada pihak yang mendapat manfaat dari komen yang kita berikan.

DIPERSILAKAN BERI KOMEN....

Baca Dari Episod 1, Klik Sini

26 ulasan:

  1. 1) agak2 empunya yg ada masalah baca tak blog ni? kalu tak baca, tak de faedah nya jugak kita penat2 beri cadangan tapi kesannya tiada... skrg kan apa2 hal kita nak tgk pak/hasil/kesan... outcome /effectiveness/impact..

    2)ok lah.. mungkin juga ada faedah bagi org lain yg membaca kalu dia berkongsi maklumat dgn mrk yg lain yg punya masalah...

    3) segalanya tertakluk pd yg empunya diri.. betul kata suami tu pej agama & kadi boleh memberi nasihat je.... decision making atas empunya diri.. jadinya jgn salahkan nasib atau org lain kalu hidup kita begitu & begini sebab semuanya bergantung atas keputusan yg kita sendiri ambik...

    4) org boleh ketuk pintu dari luar, tetapi mrk tak boleh masuk kalu org di dalam tak buat kptsn mbuka pintu... begitu juga pintu hati boleh diketuk tapi yg membukanya adalah tuan punya... spt kata terkenal seseorang dari Barat "semua yg berada di depan, belakang, kiri kanan @ keliling kita tidak sepenting apa yg ada di dalam diri kita iaitu hati"

    5) utk membuat kptsn yg terbaik, bergantung pada adakah akal, perasaan @ hati?.... kata hati itu yg hakiki jika hati itu bersih...org barat kata intuition @ hunch (rasa hati)...

    6) adakah suami seorang yg beragama, tak tinggal solat, membuat solat sunat taubat, hajat & istikharah utk mendapat petunjuk? sudahkah si suami berpuasa sunat @ nazar beberapa hari untuk mendapatkan petunjuk dari Allah ttg penyelesaian masalahnya itu...perlu mengikut kaedah yg ditunjukkan oleh para2 nabi dlm menyelesaikan masalah ini..

    7) ttg isteri tak payah nak dipersoalkan, sebab jelas, tak faham tanggungjawab sbg isteri & jelas dia seorang isteri yg nusyuz dan derhaka (berdasarkan cerita ini) krn di didik oleh ibu yg bukan seorang ibu solehah @ mithali... sebenarnya ramai ppuan berperangai spt ibu mertua & isteri ini, yg mana menjadi perkara biasa dlm masyarakat melayu.. bapa mertua pun dayus, takut isteri, tak berani dgn isteri... tiada kuasa sbg pemimpin yg mempunyai kredibiiliti yg digeruni, hormati oleh isteri... maka semakin ramailah penghuni neraka krn ramai sgt ppuan yg mempunyai ciri2 penghuni neraka... suami memandang tidak senang hati, mulut jahat pd suami, menidakkan segala kebaikan suami...

    contoh drama tv kita pun memang banyak mcm ni... seolah2 tiada apa yg pelik perangai begitu yg jelas tak ikut hukum orang yg mengaku islam... hanya org melayu tapi bukan islam... tgk lah drama2 tv....baik indon @ msia...

    BalasPadam
  2. Kesiannya.
    Lain org lain ketahanan batinnya. Sbb ade yg sanggup berjauhan, berulang alik.. dlm pada tu berusaha utk tukar tempat kerja, berkat sabar & doa akhirnya dapat bersama.

    Tapi dlm kes ni, mmg isteri agak degil. Katakan suaminya dapat pindah dekat dgn tempat keja isteri, mereka akan tinggal di rumah mak bapa isteri, masaalah akan timbul juga sbb tak de privicy. Ntah2 lagi besar masaalah..

    Ntahlah ustaz..
    Kira2 20thn lalu, kami pernah tak tinggal bersama2 sejak anak pertama 2 thn sbb tugasan masing2, bukan 150km, tapi menyeberang laut cina selatan .

    Alhamdulillah berkat saling mempercayai, memahami, sabar & usaha, setelah kira2 3 thn kami diizinkan tinggal bersama. Dalam pada tu duit habis kerana tambang, dll..gitu gini anak bertambah. Masa kami tak bersama kami isi dgn mendalami agama.

    Tapi tu org lain, ttg member ustaz tu.. susah nak cakap le. Sbb isteri dia anak manja, mak mentua tak faham.
    Bole beritau berapa gaji suami & isteri dia? Tak nak pindah ni sbb isteri sayang gaji dia tinggi kot.

    Suami kena isi masa sendiriannya dgn pulun mendalami agama, tahajjud, berjemaah & mohon pada Allah. InsyaAllah diberi jalan penyelesaian yg terbaik. Bukankah Allah tu tempat mengadu & minta pertolongan yg paling utama?

    haa

    BalasPadam
  3. Gaji isteri dalam 1,500 kerja kerani sebuah syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih ustaz, Suami dia div A ke? Betul kata ustaz, bila bercinta semua indah, dah kawin baru tau langit tinggi rendah ye. Dugaan, dugaan.

      Susah2 Ustaz aje le pi personally dgn pengadu tu (suami) jumpa isteri & mak bapa mentua dia. Ustaz tengok sendri mcm mana keadaan keluarga tu. Then ustaz komen kat blog ni.
      Kami pun bukan tau sapa. Tujuannya utk ikhtibar & panduan.

      Belanja makan, hotel dll utk ustaz ditanggung oleh suami tu. Ye le, nak hasil terbaik antaranya ialah sanggup keluarkan belanja lebih. Berbaloi tau. (dari situ bole tau suami tu berkira ttg duit atau tak, mana tau isterinya tau suami mmg sanggat sangat kedekut.. tu yg dia sanyang nak tinggal keja tu..)

      Oh ye, ttg lelaki tu pukul sampai lebam2 tu betol ke? Ye le ustaz, dah le travel jauh2, tiba2 tak diberinya yg yang wajib diberi kat suami tu. Apa punya isteri. Tak tau hukum ke? Tu Allah beri demam aje, masih tak sedar.

      Parah ni ustaz..ustaz kena pi jumpa keluarga dia le mcm saya cadang di atas. Jgn tangguh2 . Jadikan spesial kes & salah satu pengalaman sanggt berharga .

      Kita beri cadangan berbuih2 pun, klu tak de tindakan drastik tak de guna juga. Besor sangat2 pahala ustazzz...

      haa
      (tngok ni, dah 2 kali saya post, nak juga tau result yg positif)

      Padam
    2. Setuju ustaz berkunjung rumah dia. Tengok keadaan keluarga isteri. Kadang2 citer ni dengar satu pihak aje pun tak adil.

      Ye, isteri kena patuh perintah suami.
      Kepada lelaki di luar sana yg lum berkahwain, kalau nak cari isteri, carilah yang tak bekerja. Ramai graduan2 wanita yang menganggur sekarang ni.

      Atau cari yg se pejabat. Pi kerja bersama2, balik kerja bersama2.

      Padam
  4. kesian ppuan melayu ni... dpt gaji rm1500 & kerja kerani pun dah nak berlagak bagus.... kesian... kesian....

    BalasPadam
  5. sy nak komen jugak..
    tp.. apabila.. baca komen2 di atas..
    rasanya.. udah 'cukup pedas' dah tu..
    cuma.. sy selak2 smula.. dr ep 1..

    bagus jugak..
    kata2 yg mengomen nya ni..

    Tanpa NamaFeb 6, 2012 07:03 PM

    soalnya skrg soal hati, dah isteri yg tak nak & engkar perintah... so .. kalu sy suami , sy tak mau jadi suami weekend, nanti salahkan suami pulak bila suami cari yg lain....

    org lelaki mana boleh tahan sebulan tak bersama???? soooo stupid punya isteri.... tak tau syurga bawah tapak kaki suami.... dah dpt suami baik, isteri pulak buat hal... memang tak bersyukur punya manusia... ibu bapa mertua pun tak cerdik.... tahap agama mrk mcm mana agaknya....

    banyak gak berlaku, ibu bapa mertua org masjid/surau tapi perangai & amalan... emmmmm...alahai... semuanya kerana penyakit wahan (cinta dunia)....


    Tanpa NamaFeb 7, 2012 05:30 PM

    ketaatan seaorang wanita, apabila telah berkahwin, secara automatiknya berpindah dari ibubapanya kepada suaminya.

    kalu tak sanggup menjadi isteri yg taat lagi solehah, jgn gatal2 nak kahwin.

    kepada pihak lelaki pula, sebelum berkahwin pula, cari2 lah wanita2 yg beragama... insyaALLAH bahagia.

    Mencari suami/isteri tidak semudah yg disangkakan.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Senang le cakap. Masaalah ni tak pandai nak selesai, nak tambah masaalah lain.
      Kalau suami tu bijak & dia boleh selesaikan masaalah ni.

      Setakat 150km aje. Org lain tu bertahun2 berpisah semenanjung sabah serawak. Pasal mereka bijak menguruskan.

      Musahabah diri, solat fardhu tu semak, berjemaah ke tak, lewat ke tak dsbnya. Mohon pada Allah lembutkan hati isteri & mentua.
      Cakap baik2 dgn mentua, wajib isteri ikut & janji dgn bertulis & saksi akan beri nafkah cukup, & wang simpanan dlm tabunh haji isteri tiap2 bulan RM200 misalnya .

      Isteri takut nak korbanka kerja sbb banyak kes, bila anak2 dah besar, suami tiap2 hari makan masakan yg sama dari isteri (sbb nak jimat), isteri pula tak bergaul & bermasyrakat, jadi pemikiran tertutup (sbb duduk rumah layan drama Indon saja), lama2 suami boring juga. Layanan sex pun bila dah tinggal sama ni, tak sekencang sesekali jumpa atau masa muda2 dulu.

      Lama2 suami boring, cari juga org lain. Masa tu le isteri menyesal sbb berhenti kerja.

      So, suami kena le sabar. Belikan isteri tu tudung labuh. Bila balik rumah mentua, jadi imam solat jemaah. Boleh? Sanggup?

      Padam
    2. Wafie G7450 6Feb 10, 2012 09:16 AM

      cari isteri lain je .....


      yea... setuju !!!
      sptmana yg penah sy tulis...

      sy percaya..
      akan sampai ke satu tahap..
      penyudahnya..
      sang suami.. akan bernikah lain..
      w/pun secara diam2...
      gitu la... al-kisahnya...

      Wallahu a'lam

      Padam
    3. Tanpa NamaFeb 10, 2012 04:40 Pm

      Komen anda menunding ke arah suami???

      Siapa yang patut di patuhi sekarang??...Isteri patut patuh pada suami atau Suami yang patut patuh pada isteri??

      Bolehkah si isteri bekerja kalau tanpa izin suami??

      Berkenaan dengan perjanjian.....Kalau si suami gagal untuk mematuhi janji...jatuh talak??..itu dah taklik nama nya...Hati hati dengan taklik...takut jatuh talak tanpa sedar....lagi bahaya!!!!

      Padam
  7. banyak ppuan lain... isteri tu pun tak bersyukur dpt suami baik... hanya dia je yg tau....apa masalah suaminya... mungkin dia pun nak cerai tapi malu dgn masyarakat dgn gelaran janda.... apa kata suami kahwin dulu, jika isteri dapat tau, dia pun mohon cerai sebab tak nak dimadukan, maka cerailah cara baik....

    masyarakat melayu je yg fobia dgn cerai & poligami/madu... masyarakat Arab biasa jer....

    yg penting, happiness... silap org melayu bila kenduri kahwin ucapan yg diberikan pd pengantin adalah "semoga berkekalan hingga ke anak cucu"...

    ini yg salah, nabi/islam ajar doa mcm Maher Zain dlm lagunya "Barakallah hu lakuma ..." apa guna kekal hidup bersama tapi tak bahagia????? ramai sy jumpa pasangan suami isteri melayu yg kekal tak bercerai tapi tak bahagia & hidup terseksa.. berbanding janda2 yg bercerai dan hidup bahagia....

    BalasPadam
  8. assalammualaiakum ustaz,
    hati ni yang boleh kawal hanya Allah. Biar seluruh manusia memberi pandangan, jika hati Allah tak buka, takkan jadi apa. Pada pandangan saya, si suami perlu membuat pendirian. Dia perlu tahu, setiap ketetapan yang di ambil, pasti ada risikonya. Bersabar seperti sekarang pon, ada risikonya, si anak semakin besar. Cuba kita bayangkan perasaan si anak yang sedang membesar tetapi tiada suatu dasar yang tegas dalam didikkan anak tersebut, apa akan jadi pada anak ini? Kita sendiri yang dah tua ni, kalau bos pejabat tak sehaluan, pusing banget. Inikan pulak perasan seorang anak yang bergantung penuh pada ibu dan ayahnya.
    Maaf cakap, bercerai pon bukan terlalu teruk kalau itu yang terbaik untuk semua pihak, lebih-lebih lagi pada si anak. Sebagai seorang islam, tiada yang lebih baik melainkan terus mintak petunjuk dari yang maha Esa. Munkin Allah suka dengar rayuan si suami, sebab tu hajatnya masih belum diperkenankan.

    BalasPadam
  9. hmm..
    sementara tu..
    bleh jugak.. sama2 kita ikuti ceramah...
    ustaz Azhar... dgn tajuknya "Ust Azhar Idrus- Isteri Sepi ; Berkawan Lelaki | Taknak Ikut Suami Pindah "..

    http://www.youtube.com/watch?v=iPFC6uwOf1c&feature=related

    BalasPadam
  10. Begitulah susahnya isteri - isteri zaman sekarang ni nak TAAT... TAAT sudah tiada. adapun waktu -waktu tertentu. Ada isteri bila suami dah baik2 cari pasal. Suami kerja cari nafkah dah cukup, bukan kaki main, family man... pun masih ada isteri cari pasal....

    BalasPadam
  11. Tegurlah & nasihatilah perbuatan buruk isterinya itu depan mak & bapak dia. kalau isteri & maknya membangkang, terangkan hukum-hakam agama & azab Allah yang berkaitan. Lepas tu, buat aduan ke Pejabat Kadi untuk sesi kaunseling. Next, bagi satu surat perintah supaya kembali taat. Next, kalau isteri nusyuz juga, bagi la talak satu & buat permohonan hadanah (penjagaan anak). Next, kahwin baru & bela anak sendiri. Habis cerita.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..

    Izinkan saya memberi sedikit pandangan...sempena bulan baik , iaitu bulan maulid Nabi Besar Sayyidina Al Mustafa Muhammad S.A.W syabas diucapkan kepada si suami yang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup berumahtangga...

    Saya mengesyorkan supaya gunalah amalan secara 'halus' atau kasih sayang iaitu amalan solawat dan wirid yang bersesuaian moga2 mendapat hasil di samping nasihat dari pejabat agama... Biar ibu mertua sedar bahwa ada amalan baik yg mengatasi dakwaan bomohnya...

    BalasPadam
  13. saya rasa punca utama masalah sudah dikenalpasti - iaitu "Ibu mertuaku".

    ada satu cadangan. suami sebagai org muda, yg da amik anak orang sebagai isteri, kena belajar cara untuk menambat hati ibu mertua. layan la dia mcm kita layan ibu kita sendiri (sudah tentu sbg mana anak soleh melayan ibunya).

    bukankah perkahwinan itu tidak terhad kpd ikatan suami isteri sahaja. ikatan perkahwinan juga bermaksud kesediaan kita untuk memanjangkan silaturrahim antara 2 keluarga, terutamanya antara kedua ibu bapa. kalu dulu ibu dan bapa kita hanya dua, sekarang da jadi empat - 2 ibu dan 2 bapa.

    dipendekkan cerita...kepada suami yang penyabar dlm cerita ustaz ini, cuba2 lah ambil pendekatan untuk memenangi hati ibu mertua anda, insyaALLAH masalah yg ada akan terlerai.

    BalasPadam
  14. Kalau I la kan. Dah sah pasang 1 lagi kat JB tu. Tak pun I pegi Batam every weekend.
    Bab makan buleh tahan lagi, tak bagi makan, isteri tak masak buleh makan kat kedai, atau singgah 7-E. KAlau seks nak pegi kat mana.
    Salah suami lagi ka. Yang dok hasut tu mak mertuala. sbb tu jadi mcm tu.
    Kalau aku heret shj masuk kereta. Biar padan muka. Mintak elok2 tak buleh, buat cara kasar. Peduli apa, Bini aku, anak aku. Bukan kawin free, bayar dulu apa hantaran beribu.

    selamat.

    Budin.

    BalasPadam
  15. waa..
    budin.. ngko ni ganazz la.. budin !!..
    xtakut ke kalu2 jadi kes polis..

    ibaratkata..
    slain udah terjatuh ditimpa tangga..
    terkluar mulut rimau..
    termasuk pulak mulut buaya !!...
    penyudahnya.. masalah mentua/bini xselesai..
    masalah hutang dgn peguambela pulak timbul.. xgitu..? kihkihkih.. !!

    BalasPadam
  16. Iktibar dari cerita ni:
    1. Si suami tak bertegas dengan pendiriannya, berbincang tapi lebih menjurus mengikut telunjuk isteri & mertua

    2. Si isteri confirm nusyuz, mintak aje perintah taat dari Mahkamah atau pejabat Agama. Pasti dapat penerangan dan kaunseling diberi untuk si isteri & mertua tentang hukum-hakam Agama. Biar 3rd party yang dengar dari hujah kedua-dua belah pihak, dinilai dan kesimpulan Insyallah dapat.

    3. Kalau dah jumpa bomoh hukumnya...? Jangan dengar cakap2 bomoh, ia lebih menjurus kearah meminta bantuan dengan Jin / makhluk halus... perghhh.... Nauzubillah. Lebih baik ikut nasihat2 yang telah diberikan dari komen2 di atas, berjemaah, tahajud, istikarah, berzikir dan selainnya.

    4. Tangan dan kaki jangan main... tak selesai masalah, cuba tackle cara halus dengan pujuk-rayu (Ala macam masa belum kahwin...)di tambah dengan zikir pelembut hati <-- ni kena tanya ustaz

    Bincang baik-baik, selesai pun baik... Insyallah

    BalasPadam
  17. Salam,
    Hampir sama dengan kes aku.
    hati suami yang tabah hadapi ujian Allah.
    jangan takut kehilangan isteri dan anak.
    kerana janji Allah, akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka sebagai ganti.

    At-Talaq
    65-3: Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

    BalasPadam
  18. Assalam..
    saya pun mempunyai masalah yang sama..malah lebih teruk daripada ini..isteri saya sanggup menuduh saya mempunyai perempuan lain dan mengatakan mengambil rambutnya untuk dibuat apa tidak tahu.terlalu percaya kepada bomoh sehinggakan menjadi masalah pada rumahtangga..ikutkan hati ingin saja menceraikan isteri saya tapi saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya yang masih bayi..saya juga ingin mengambil tindakan pada bomoh tersebut tapi tidak tahu caranya.

    BalasPadam
  19. KAWEN SAJE.LAGI SATU HABISSS CERITA

    BalasPadam
  20. Sama yang berlaku pada saya......

    BalasPadam

Dipersilakan komen.