Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Februari 2012

Mencari Maut ?

Buku terbaru dari penulis motivasi terkenal, Azizi Ali tajuknya 'Mencari Maut'. Maut apa yang dicerita kat sini, entahlah, saya tak baca lagi.

Tapi serba sedikit, dapat saya teka-teka, adalah mengenai skim cepat kaya. Sebut pasal skim cepat kaya ini, zaman sekarang, penganjur skim ini menafikan yang mereka skim cepat kaya. Malah mereka bertopengkan pelaburan, simpanan, jualan lansung, perniagaan dan sebagainya. Yang lebih dikesali lagi adalah mereka menggunakan agama untuk menjayakan skim penipuan mereka ini.

Skim Haji Jasman Bagaimana ?

Saya sudah buang satu artikel di blog saya yang khusus cerita pasal skim Hj Jasman ini. Tulisan ini mendapat jumlah pembaca tertinggi setiap hari sejak disiarkan 5 bulan lalu. Terdapat lebih 146 komen yang saya siarkan dan banyak lagi yang saya tak siar. Ini adalah artikel yang menerima paling banyak komen 

Ramai kata, pelabur Hj Jasman akan dapat hasil pelaburan pada 28 Febuari 2012, maknanya semalam. Nak tanya juga, dah dapat ke belum duit tu ? Dah jadi jutawan ke belum ? Alasan apa lagi yang diberikan kalau belum dapat duit pada 28 Febuari ?

Kepada semua, saya cadangkan, belilah  buku tulisan Azizi Ali ini, mudah-mudahan kita ada panduan supaya tidak tertipu.

2 ulasan:

  1. Blog Hj Jasman adalah satu cerita menarik.Semua org nak tahu perkembangan semasa. apa yg berlaku masa kini. Bagi yg telah melabur,sememangnya memberi harapan besar, tapi bagi yg tidak terlibat, sapa suroh cari pasal,siapa suroh cari maut. Hari2 mereka buka Blok hj jasman, tiba2 Blok hj Jasman kena Blok juga. apa kata mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,yang tak join sibuk bagi komen pebagai, kalau betul tak pe gak,orang yang join relax je, kalau dah kena tipu salah sendiri, sendiri mau ingat....

      Padam

Dipersilakan komen.