Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Februari 2012

Ustaz Jawa dan Ustaz Bukan Jawa

Seorang setiausaha kepada seseorang di satu daerah luar Kluang telefon saya, hendak jemput saya menyampaikan ceramah maulidur rasul tak berapa lama lagi. Jauh juga tempat tu dan secara kebetulan, jadual saya kosong hari tu dan saya beri persetujuan.

Lepas itu, ada satu soalan pada saya,

"Ustaz ni orang Jawa ke bukan Jawa ?". Tanya perempuan tu.

Terkedu juga saya nak jawab, tertanya-tanya juga kenapa soalan itu diajukan. Saya kata nenek belah ayah saya Jawa. Yer le, nak juga saya sebut yang saya ni ada keturunan Jawa juga.

Selepas perbualan itu, saya sekali lagi terfikir juga, kenapa soalan itu. Oh yer, kawasan yang jemput saya tu saya pasti 90 peratus lebih orang Jawa. Jawapan yang saya boleh berikan setakat ini adalah, kalau orang Jawa ni dia suka kalau orang Jawa atau orang yang pandai cakap Jawa beri ceramah.

Dulu banyak kali saya berforum dengan Ustaz Morsid Mahrof dan lawak ustaz ni menjadi sebab dalam bahasa Jawa. Walaupun tak faham apa yang Ustaz Morsid lawakkan tu, tapi saya buat-buat juga ketawa, hahaha. Tapi cakap terus terang jugalah yang saya ni tak pandai cakap Jawa, kalau 'mangan' tu saya tahulah maknanya makan.

4 ulasan:

  1. kahkahkah...
    [tumpang gelak..]
    ok kan.. ustaz...

    sambung skit.. 'free mangan'..
    membawa maksud..
    'makan free' la tu nnt.. ustaz.. ;)

    BalasPadam
  2. 'Kabare ustaz'
    Ustaz jawab 'waras'.

    'wes mangan?' (dah makan?)
    ustaz jawab le 'wes' atau 'urung' (nak minta belanja le tu)

    Klu tumpang kerete member, 'alon-alon' bila tutup pintu. Klu tak, sekali tu aje le member ajak tumpang.

    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kebahagian suami isteri, selain sering solat berjemaah bersama, urus rumahtangga bersama, mengaji & belajar quran bersama2, pendek kata semuanya bersama2.. sering2 le ucap 'jalok ambong' .. insyaAllah berkesan.

      Tapi hati2.. jgn kepada sebarang orang, ade yg kena tampor hahaha

      Padam

Dipersilakan komen.