14 Disember 2012
Bakal Pak Mertua Kaki Nombor Ekor (EPISOD 2)
Beberapa minggu lagi nak nikah, bakal pengantin lelaki dah tak tahan telinga. Kenapa pulak ? Dia dengar dari orang kampung yang bakal pak mertuanya kaki nombor ekor dan memang terkenal sebagai kaki 'cai' nombor di warung berhampiran rumahnya. Ini bukan rahsia lagi bagi orang kampung.
Dalam usia umur 60-an, bakal pak mertua dia tak serik-serik beli nombor ekor. Tambah menyakitkan hati, duit beli nombor ekor itu adalah hasil pemberian anak-anak dia setiap bulan. Belanja kat rumah, bapak dia tak keluarkan sebab anak-anak dia yang bantu. Menyiraplah darah bakal menantu bila kena sindir macam ni.
Nak percaya terus pun tak boleh juga, maka satu hari tu bakal menantu jadi penyiasat. Maka dia jumpalah bakal pak mertua dia duduk kat warung tengah mengecai nombor sampai berkecai. Mengeleng kepala dia bila tengok dengan mata kepalanya sendiri.
Diringkaskan cerita, satu hari tu bakal menantu pergi jumpa bakal pak mertua kat rumah. Dinasihatkanlah pak mertuanya. Katanya dengan nada yang baik. Tapi, rupa-rupanya pak mertua melenting. Keesokan harinya, diberitahu oleh bakal pengantin perempuan yang bapanya tak mahu jadi wali. Lepas tu dia suruh anak lelaki iaitu abang kepada bakal pengantin perempuan untuk jadi wali.
Bila dirujuk ke pejabat agama, maka pernikahan tidak boleh dilansungkan tanpa bapa menjadi wali. Kalau hendak juga nikah, kena pergi mahkamah syariah untuk mohon satu proses iaitu 'wali enggan'. Itu penjelasan dari pejabat agama yang menjadikan pasangan ini kusut dan tak lalu makan. Mana tidaknya, kad jemputan dah edar, katering dah tempah, budak kompang dah oder, tukang andam pondan tu pun dah booking.
SEKIAN. SEMOGA JADI PENGAJARAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tuan, setau saya kalau wali itu fasik macam kaki judi beliau tak layak jadi wali. justru tak timbul soal 'wali enggan' ?
BalasPadammohon pencerahan.
ya lah tuan..malu je wali cam tu.
BalasPadamkat tempat kje saya [c...gu] tu..asyik ngn nombor
hemm
malu ngn yg muda2
nauzubillah
moga dijauhkanlah dari anak cucu kita
moralnya... jgn tegur pak mentua walaupun dia fasik? kalu tak susah nak nikah nanti...
BalasPadambegitukah moralnya tuan?
sy kira bakal pak mertua tu baik sgt lagi tu.. ustaz... cuma kaki nombor ekor je..
BalasPadamklu kena bakal pak/mak mertua kaki dangdut..
kaki nite club/botol...
mau jugak tungging langgang menantu tadi tu haaa !!
Betul, wali tidak boleh fasik. Bagaimanapun, dosa orang yang beli nombor ekor tidaklah boleh menggugurkan syahadah atau terkeluar dari Islam mengikut pendapat paling terkenal dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, masih mempunyai ruang yang terbuka untuk bapa bertaubat sebelum mewalikan pernikahan anaknya.
BalasPadamDalam satu firman Allah Taala yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang mensyirikkanNya. Dan Allah mengampuni dosa selain dari syirik itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya".
Kes bapa buat maksiat seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Amat sukar ditemui orang yang dalam hidupnya suci dan bersih tanpa melakukan dosa. Mereka ini nanti akan menjadi wali kepada anaknya. Adakah bapa seperti ini tidak dibenarkan menjadi wali ?
Pihak Berkuasa Agama menangani perkara ini dengan berhemah. Iaitu sebelum menjadi wali, semua wali diminta syahadah dan istighfar sebagai satu cara bertaubat sebelum majlis akad nikah. Jurunikah sendiri yang membimbing wali itu.
Sekiranya seorang bapa tidak menjadi wali kepada anaknya, dalam masyarakat kita akan dipandang serong dan ini lebih kepada menyebabkan perpecahan dalam keluarga. Islam adalah agama yang menggalakkan perpaduan dan bukan agama perpecahan. Akan wujud fitnah, kata mengata sehingga boleh memisahkan seorang bapa dengan anaknya.
Soalan wali yang fasik seperti ini bukanlah perkara baru, tetapi sudah banyak dan lama diperbincangkan oleh para ulama. Juga beberapa negeri yang memasukkan persoalan ini di dalam fatwa negeri.
hahahah tukang ANDAM PONDAN....
BalasPadamkata USTAZ...........