Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Mei 2010

Proton Exora Jadi Teksi

KUALA LUMPUR – Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam khususnya teksi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora keluaran Proton Holdings Bhd. akan dijadikan sebagai teksi 1Malaysia. Sila rujuk Berita Harian:
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProtonExorajaditeksi1Malaysia/Article

Kesiannye pada sapa yang pakai exora, setaraf teksi jer rupanya. Ingatkan kereta setaraf MPV eksklusif. Maaf yer, jangan terasa.
SELAMAT HARI GURU

7 ulasan:

  1. Salam tuan, saya tak setuju dengan pendapat tuan walaupun di akhiri dgn permohonan maaf. Seolah tuan memberi gambaran ayng rendah pada teksi. Hina sangat ker? ada teksi limousin dari perdana, merch dan bermacam2 kenderaan mewah lagi. Maaf kerana tidak kesemua hal kita sependapat

    BalasPadam
  2. Salam.

    Aduhai...jadi teksilah pulak....

    BalasPadam
  3. Sebab itulah dalam bab beli kereta ni bukan semua orang boleh satu pendapat. Kalau satu pendapat, senang jual kereta sama model jer le kat negara kita.

    Pada saya, kalau dah jadi teksi maka nilaian dia dah jatuh. Berita tu sebut jadikan 'teksi' bukan limosin. Kalau limosin tu mungkin tak susut nilai. Lagi pun limo kat tempat tertentu seperti lapangan terbang dan hotel mewah saja.

    Cuba bayangkan kalau kereta Toyota Alpart yang harganya RM 200,000 jadikan teksi, maka orang yang pakai Alpart tu dah terasa gak. (Tak ada pun Toyota Alpart yang jadi teksi kat Malaysia). Dia ingatkan beli kereta mahal, jadi eksklusif tapi tak.

    BalasPadam
  4. Rasanya tidak sesuai Exora jadi teksi, kerana terlalu besar, boleh menambah kesesakan jalanraya disamping tidak ekonomik. Kalau penumpang yang naik teksi itu 6 orang baru sesuai. Biasanya hanya seorang penumpang yang naik sebuah teksi.

    BalasPadam
  5. Teksi semakin mewah nampaknya yea. Kalau kat Mekah TOTOYA CAMRY jadi teksi. Zaman dulu2 ingat tak kereta Merc jadi teksi kat malaysia ni kan.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan, nampaknya semakin 'ekslusif' teksi di Malaysia.. maklumlah 1MALAYSIA.. tapi pada pandapat saya, untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan itu bukanlah terletak pada jenis kenderaan.. tetapi kepada pemandunya.. gunalah kereta BMW 5 Series kalau nak kualiti sangat.. tapi kalau pemandunya perangai mcm haiwan.. tak guna juga.. secara asasnya orang bukan komplen pasal kereta teksi yang sedia ada ni tak bagus.. tapi orang komplen pasal penipuan si pemandu teksi tersebut.. aduhai 1MALAYSIA..

    BalasPadam
  7. Apa nak kesah, Tak lama lepas Starex masuk Malaysia dah ade yg jadi teksi. Laku gak Starex tu sampai skrg! Serena, Naza Ria, Innova, E-class, Mazda 5 malah Alphard pun dah jadi teksi. So apa beza Exora dgn mpv mewah tu??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.