Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Februari 2011

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 7)


Masa saya baru pakai Honda SM4 tu ramai orang tanya. Saya jawab terus teranglah yang saya beli lelong Kastam RM 9,000 lebih jer. Surat dapat lelong tu dan geran photostat saya simpan dalam kereta takut apa-apa hal. Manalah tahu kalau JPJ ker atau polis ker periksa, tapi tak kena periksa pun

Nombor Ekor First Prize

Saya ke kedai aksesori, pasang cermin gelap, taklah gelap sangat, sesedap rasa saja. Tauke Cina tu dah kenal saya sebelum ini dan tanya pasal kereta tu. Saya ceritalah, dapat lelong Kastam 9 ribu. Terkejut dia, dia kata saya ada orang dalam, hahaha.... Manalah ada orang dalam, seluar dalam saya adalah, hahaha.

Tak lama kemudian, ada seorang  lelaki Melayu masuk kedai tu, mungkin nak pasang atau repair apa-apa. Dari gaya orang tu, saya nampak dia dah biasa dengan tauke kedai tu. Lepas tu, lelaki tu tengok kereta saya, kemudian dia cakap pada tauke Cina tu.

"Haiyaa tauke, ini nombor masuk first prize..." Kata lelaki Melayu tu, masa tu saya tengah tengok-tengok barang kat kedai tu sebelah tepi.

Bila orang tu tegur macam tu, saya tengoklah kat kereta saya, sebab rasa macam terkejut juga. Rupanya dia tengah tengok nombor kereta saya. Bila dia nampak saya ada, orang tu mula senyap sekejap dan tak cerita pasal nombor ekor lagi. Mesti dia malu dan baru dia nampak, ada sticker "ADUAN MAKSIAT" terpampang besar kat cermin kereta saya tu. Tadi dia tentu tak perasan, mungkin dia ingat itu kereta orang bukan Melayu kot. Kesian, malu muka dia.

Kawan Saya Pun Masuk Lelong

Selang beberapa bulan, ada dalam akhbar lelong Kastam. Ada seorang member di pejabat saya ni berkenan nak beli Honda SM4 juga. Kebetulan, masa yang lelong tu ada 2 biji Honda tu. Dia mintak tolong saya supaya dapatkan kereta tu, salah satu dari yang 2 tu. Jadi saya bawak dia tengok dan beri banyak nasihat.

Dia berkenan dengan Honda SM4 yang warna kelabu tu, memang cantik dan sekali tengok macam tak perlu banyak pembaikan. Saya congak-congak, kena masuk RM 12,000 kalau nak dapat. Angka tu saja jer saya letak, bukan ada sesiapa beritahu pun. Member tu macam hairan, kenapa saya dapat 9 ribu tapi dia 12 ribu pulak. Saya kata keadaan kereta saya lain, ada kemek dan cat bumper mengelupas. Orang sebenarnya tak berapa tahu tentang kos nak repair kemek dan cat dan anggap harga jatuh teruk. Tapi kereta kelabu tu tip top macam janda muda, hehehe.

Beberapa kali juga saya dia pergi tengok kereta tu, sampai orang Kastam tu dah cam muka kita orang. Saya ajarlah buat bank draf dan hantar pada hari tarikh tutup tu kat Kastam Tanjung Puteri. Member tu dah faham buat bank draf dan tak perlu ajar sangatlah. Masa tarikh tutup tu pun dia hantar sendiri sebelum pukul 12.

Telefon Kastam

Lebih kurang seminggu lepas tu, saya nak telefon pejabat Kastam, nak tanya dapat ker tak. Biasa kalau telefon, Kastam tak kata dapat terus tapi kalau dapat dia kata antara nombor satu hingga nombor tiga. Apa-apa hal, yang betulnya, tunggu dapat surat.

Member Letak 12,000 Genap

Baru saya sedar yang member tu masuk 12,000 genap. Saya tanya, kenapa letak 12,000 genap. Dia jawab,

"Dah ustaz kata 12 ribu, saya masuk 12 ribulah." Kata dia.

Alamak, lurus bendul betul dia ni, saya ingat, cakap 12 ribu tu, masuklah lebih sikit ker, 12,010 ker, 12,100 ker, 12,200 ker, 12,150 ker. Tujuan dia apa ? Supaya tak sama dengan bidaan orang letak. Yer ler, kalau 12,000 nanti mungin ada orang sama harga kita.

Masa saya telefon Kastam tu, dia kata, bidaan tertinggi 12 ribu, gembira betul member tu. Tapi masalahnya, Kastam tak kasi nama, jadi saya macam masih tertunggu-tunggu jugalah.

Dapat Surat

Tak lama lepas tu, member dapat surat, dia dapat kereta tu 12,000, baki 90 peratus dari harga kena bayar sebelum ambil kereta. Gembira betul member tu.


Ambil Kereta

Saya ikut sama masa ambil kereta kat store Larkin. Sewa kereta tarik dalam RM 40, bawak ke kedai bengkel Cina di Bandar Baru Uda, kawan saya. Lepas tu pergi ke kedai alat ganti di Taman Desa Rahmat, beli barang-barang. Antara barang adalah bateri, minyak gear, minyak hitam, hos getah, plak dan minyak brek, tak sampai RM 300.

Pergi semula ke bengkel tu, kereta tu dah hidup, senang betul hidup. Rupanya bengkel tu dah gantikan bateri baru sedangkan member tadi baru jer beli bateri. Saya kata tak apa, biarkan bateri tu tapi jual semula bateri yang baru beli kat Desa Rahmat tadi. Tauke tu kenal saya dan ambil semua dengan harga tadi. Upah yang bengkel kat Uda tu kenakan murah saja, seratus pun tak sampai. Sambil  tu, member tu belanja saya makan kat kedai Mamak Osman, teh tarik dan rojak, baik punya.

Saya suruh dia bawak dulu kereta tu dan jangan repair yang lain dulu. Tayar boleh pam dan boleh jalan tapi saya beritahu member tu, tayar dah lama seba dah bertahun kereta tu tak jalan dan tayar dah rosak. Member tu pergi sendiri kat kedai lain. Lepas tu member ganti timing bel dan servis aircond. Ingat, servis aircond jangan kat kedai sebarang, nanti upah mahal  buat cincai jer. Dia pergi ke sebuah kedai Cina yang saya syorkan, upah dalam RM 110 saja, siap masuk gas dan servis.


23 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t Tuan...

    Seronok bila baca cerita kereta lelong ni.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  2. amboi ustaz...pasal kereta ni pun dah jadi kisah bersiri...nampaknya senarai cerita kegemaran saya akan bertambah laa..haha
    tahniah berganda kepada kawan ustaz tu sebab berjaya .

    BalasPadam
  3. teruskan ustaz share cara beli kereta lelong, sayapun berminat nak tau cara untuk beli kereta lelong..

    BalasPadam
  4. Salam, ustaz..saya nk tanya sikit ni..ustaz xda ke info pasal kereta ford laser..
    saya ada terbaca artikle ustaz pasal tukar karburator nissan untuk jimat minyak...boleh ke saya letak karburator nissan(sunny 1.3) kat kereta ford laser tahun 1993 (1.6 manual)...
    Dan boleh ustaz bagi info kedai mana yg boleh buat and sedikit sebanyak onkos yg dperlukan..terima kasih ustaz..
    Salam..

    BalasPadam
  5. Karburator nisan menjimatkan minyak tapi kurang power pada pecutan permulaan. Jadi kalau anda nak kan pecutan awal, karburator Nisan tak disyorkan. Kalau dah laju, pecutan dia macam biasa. Kereta saya biasa bawa dalam 160 kmj di lebuhraya.

    Banyak kereta boleh masuk karburator nisan, kalau Peugeot yang payah tu pun boleh masuk, Ford rasa boleh (tanya pomen dululah). Nanti pomen akan buat tapak dia untuk samakan dengan Nisan.

    BalasPadam
  6. Tq ustaz tuk info ..kalau area JB tu kat mana boleh buat??

    BalasPadam
  7. Ustaz, boleh ajar tak macam mana nak gi bida lelong kastam tu?

    BalasPadam
  8. Saya rasa dah cerita cara nak masuk tander tu dalam episod lain. Sila baca dari episod 1.

    BalasPadam
  9. saya jarang baca cerita siri siri ni sampai habis..bahkan tertunggu2 episod seterusnya pulak!!!!! tapi tuan berjaya mencuri minat saya (TQ to tko kerana pautannya yg saya jumpa 'rumah' tuan ni)....hebat tuan...bukan puji kerana saya pun tau puji ni macam duri jugak tapi..... mmg puji pun.
    teruskan yer!!!!!!
    very informative dan tak perlu bayar apa2 pun :)

    BalasPadam
  10. salam ustaz..... thanx dengan info ustaz... ni pon tgh berkira2 nak angkat kereta kastam...ade rezeki insyaallah.. cme nak lawan harga tuh.. kirenye nasib la ni

    BalasPadam
  11. assalamualaikum, macam mana kita nak tahu lelong tu ada kat mana dan bila?

    BalasPadam
  12. assalamualaikum ustaz....bleh tau x pomen yg ustad bese pegi kt uda 2 ape nme kedai die n kt jalan ape bengkel die.yg 1 lagi kedai aircond yg ustaz rekemenkn klu area jb ni kt mane yer.tq

    BalasPadam
  13. Bila lagi keta kastam nak lelong ustaz dlm 2011. Kalau ustaz nak pergi boleh email saya rgp100k@gmail.com

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ustaz , bila lagi lelongan kastam ada dalam 2011 ni.

    BalasPadam
  15. Salam ustaz...

    saya dah cek kat web kastam tender dah lepas bulan julai hari tu...biasanya kastam open lagi tak tender tahun ni?

    BalasPadam
  16. dah lepas bulan julai hari tu...

    BalasPadam
  17. saya amat berminat nak beli kereta lelong kat kastam. tapi saya di penang. macam mana?

    kalau boleh, saya pun nak beli c segment kereta juga...hehe

    BalasPadam
  18. Salam. Bila nk mai episod 8 ye ust? Agak tertunggu2 ni.

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum ustaz,

    Kata klu kita berjaya dpt tender keta ngn harga RM 10 k, pastu kne byr cash ke? or blh wat loan....

    kata klu loan x lulus blh x nk batalkan pembelian tu?

    maaf sy kurang arif sket hal ni...sy masih belajar lg...

    BalasPadam
  20. Masa nak ambil tu kena bayar tunai, tak timbul soal loan. Kalau tak boleh bayar tunai, nanti deposit 10 peratus itu akan hangus dan kita tak dapat kereta. Dan mungkin Kastam akan tawarkan kereta tu pada orang yang mendapat tempat kedua dalam lelongan tu.

    BalasPadam
  21. Cara ra tukar nama kereta/motor lelong pulak camner.
    kalau enjin rosak kena repair dulu ke baru boleh tukar nama.

    BalasPadam
  22. Salam. Ada beberapa info nak kongsi:
    Lelong kenderaan oleh kastam disebut Sebut Harga Kenderaan Lucuk Hak. Biasanya 3 ke 4 kali setahun. Tak perlu orang tengah, boleh urus sendiri dengan melayari laman web www.customs.gov.my dan cari ikon sebut harga kenderaan lucut hak. Untuk tahun 2013 dah selesai 3x sebut harga. So, kena tunggu tahun 2014, mungkin Februari@Mac. Harga rezab bukan Kastam yang tentukan tapi JKR. Kalau minat, boleh surf laman web td & tengok gambar2 kenderaan beserta senarai harga rezab semua kenderaan. Sebut Harga adalah konsep bersepadu, maksudnya pada tarikh ditentukan semua borang sebut harga (Kastam satu Malaysia) akan dibuka pada satu masa yang sama di satu tempat yang sama. Pemenang ikut harga bidaan tertinggi (harga ke2 dan ke3 tertinggi jadi waiting list). Harga bayar kat Kastam tunai...pas dapat kereta nak wat loan bank ke sukahati. Banyak gak syarikat2 kereta terpakai masuk bidaan. Kastam lelong kenderaan yang tak bayar cukai @ ditangkap guna bawa barang seludup. Umur kereta ada yang agak lama tersadai kat gudang kerana kena tunggu selesai kes mahkamah baru boleh 'lelong'. Kereta ada juga di'hadiahkan' kpd pusat2 belajar automotif IPTA seperti Politeknik dll...juga untuk kegunaan agensi2 kerajaan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.