Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Mac 2011

Abang Sedikit Terkilan Masa Nak Jadi Wali Pada Adik Perempuan


"Tuan Kadi, saya sikit pun tak kenal pada pengantin lelaki. Tak sepatutnya adik saya buat macam ni.Tapi demi masa depan adik saya, saya jadi juga wali". Kata lelaki dalam 40-an ini.

"Jadi bagaimana, setuju jadi wali atau tidak ?". Kata saya.

"Yer setuju, tetapi sedikit rasa terkilan dalam hati pada adik saya". Kata lelaki ini.

Inilah kisah keluarga. Adik dia janda anak dua, 30-an sudah dua kali bercerai, sekarang nak bernikah kali ketiga dengan lelaki pilihannya. Abang bukanlah menentang adiknya dari berkahwin tetapi adiknya sedikit pun tidak diperkenalkan dengan lelaki itu. Abangnya tak tahu, lelaki orang mana, kerja apa, bujang atau duda dan lain-lain. Tiba-tiba adik kata nak nikah dan minta abang jadi wali.

"Kalau ikutkan rasa marah, memanglah marah tuan kadi. Tapi sebagai abang, saya turutkan kehendaknya bernikah dengan lelaki pilihannya". Kata lelaki ini.

3 ulasan:

  1. menarik cerita2 ustaz....of coz seorg yg berpengalaman...thanks ustaz berkongsi cerita ragam2 manusia sekarang....

    BalasPadam
  2. Memang btl tak sepatutnya seorg adik buat pd abgnya seperti itu sunggoh menyedikkan.nasib dpt abg yg penyabar kalau tidak entak apa yg akan berlaku.

    BalasPadam
  3. senang pulak dapat jodoh...semoga kekal bahagia hingga ke syurga...amin

    BalasPadam

Dipersilakan komen.