Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Mac 2011

Rakan Facebook Perdana Menteri Bertemu PM di Kluang Sabtu Ini

Petang/ malam Sabtu ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak akan bertemu rakan facebook di Kluang. Untuk maklumat lanjut, sila lawat facebook  perdana menteri seperti tempat, masa atau sebarang perubahan.

4 ulasan:

  1. patut ler bandar meriah semacam...siap ada khemas besar lagi tepi sungai tu

    As i saya tahu, PM ada programme di Kem Mahkota.

    BalasPadam
  2. Najib Bangga Jumpa Sahabat Facebook Secara Bersemuka

    KLUANG: Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sejumlah 610,000 rakan dalam Facebook beliau dan bilangan itu masih bertambah.

    Bercakap kepada 150 rakan Facebooknya dari Johor di sebuah hotel di sini Sabtu, Perdana Menteri memberitahu mereka bahawa pertemuan secara bersemuka dengan mereka adalah lebih elok daripada hanya sembang dalam talian.

    "Rakyat Malaysia berada dalam ranking amat tinggi dalam jaringan sosial dan sebagai Perdana Menteri, saya dapati komen anda adalah berguna dalam membantu saya membuat keputusan untuk kebaikan negara," katanya.

    Najib berkata sesi perjumpaan itu adalah kali keempat beliau menemui rakan online secara peribadi selepas dua kali di Putrajaya dan sekali di Kuching, Sarawak.

    "Namun saya tahu tidak ramai yang boleh menghadiri perjumpaan seperti ini memandangkan saya mempunyai lebih 610,000 sahabat dalam Facebook. Saya amat berminat untuk berjumpa semua secara peribadi tetapi ianya sukar," katanya.

    Najib juga menjawab soalan daripada peminatnya dan antara solan yang diajukan mengenai peningkatan kos makanan, kenapa beliau masuk jaringan sosial dan adakah Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru akan dinaiktaraf.

    Beliau mengingatkan peminatnya bahawa sebagai pemimpin beliau perlu mengetahui perkembangan terkini dan jaringan sosial merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat.

    "Jika tidak, saya akan ketinggalan akhirnya," katanya.

    Najib meminta rakan onlinenya supaya bekerja sama dengannya dalam mengharungi perjalanan yang akan membawa Malaysia ke arah mencapai status negara maju dengan berpendapatan tinggi dan peluang seimbang bagi semua.

    Terdahulu itu, Perdana Menteri menemui rakyat dari pelbagai lapisan semasa tinjauan mesra di Jalan Stesen di sini dan mengadakan dialog dengan pemandu teksi serta pengguna pengangkutan awam di Terminal Pengangkutan Kluang di sini.- BERNAMA

    BalasPadam
  3. spt tun Dr M yg ada blog sendiri "Che Det", PM kita tak boleh ketinggalan gunakan fasiliti ICT semasa...

    tahniah, bravo...
    Tun Dr M ~ forever idol... seorang doktor perubatan, dialah juga arkitek, jurutera, akauntan pakar kewangan, lawyer yg serbaboleh yg memajukan Msia...

    tiada pengganti Dr M yg segenius dgnnya....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.