Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Mei 2011

Kopi Kluang Cap Televisyen Ada Sijil Halal Yang Sah


Kopi Kluang cap televisyen sudah ada sijil halal dari Jabatan Agama Johor sejak dulu lagi. Kopi keluaran kilang ini terkenal hingga ke tempat lain. Bagaimanapun, selepas isu besar yang membabitkan kopi yang dikesan mengandungi bahan babi di sebuah kedai di Kluang, penjualan kopi cap televisyen ini sedikit merosot. Sebenarnya kedai tersebut bukan mengambil kopi dari kilang ini.

Walaupun bukan kopi cap televisyen yang terbabit tetapi masyarakat membuat anggapan kopi ini turut terlibat. Semua ini tidak betul, dan kilang ini sudah sekian lama mempunyai sijil halal yang sah.

Tadi saya berkunjung ke kilang kopi ini di Jalan Besar, Kluang. Sijil halal yang sah keluaran Jabatan Agama Johor ditunjukkan. Sempat juga melihat bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara membuat kopi di kilang ini.

1 ulasan:

  1. Salam & alhamdulillah utz, saya bru trjumpa blog utz dan saya ada3 balang kecil kopi cap TV ni tp ta brani na minum.skrg da jelas halalnya esok bleh la saya lps geram. Jazakarllah utz
    Wasallam

    BalasPadam

Dipersilakan komen.