Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Mei 2011

16 Mei : Berita Baik Sempena Hari Guru 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya.

9 ulasan:

  1. bagaimana dengan guru DG41? ada ke berita baik untuk mereka..takkan kekal kat gred tu aje?

    BalasPadam
  2. Kesian guru guru biasa.

    BalasPadam
  3. Insentif yang tidak menyeluruh....

    BalasPadam
  4. Jadi PK Hem sek rendah biasa takde ganjaran apa2 lah ye. Tambahlah dah dapat masuk gred DG41 putih jelah mata. Nama je dah 30 tahun jadi cikgu. Takde juga orang nak bela cikgu DG41

    BalasPadam
  5. DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
    Gred Khas C = 72 guru .
    DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
    DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
    JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..

    Guru di M'sia = more than 400 000

    BalasPadam
  6. Bawalah berbincang dengan Persekutuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)cara elok. Banyakkan bersyukurlah kepada Allah dengan pemberian ini. Yang tidak terlibat, bersabarlah, insyaallah giliran kita akan tiba.

    BalasPadam
  7. Masih tak boleh lawan gaji Saleh Yakob ..>RM30K sebulan.. sabo aje le cucu2 nenek..jgn putus infak..hehe

    BalasPadam
  8. Bila umumkan ganjaran hari guru..masyarakat anggap semua guru terima ganjaran tersebut..tapi yg dapat cuma tak sampai 1% je..

    BalasPadam
  9. Guru yg tak terlibat dengan ganjaran27 Mei 2011 10:00 PTG

    Dah 2 tahun sambut hari guru..Guru Dg41..tak ada apa ganjaran..Yang dapat ganjaran tu tak samapi 1 % dari 400ribu org guru..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.