Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Ogos 2012

Besar Pahala Nikah Dengan Janda Anak Ramai


Seorang lelaki 30-an masih bujang dan tak pernah kawin, bernikah dengan seorang janda 30-an, anak 9 orang. Anak prempuan ini berumur di antara 1-16 tahun, kesemuanya masih bersekolah dan belum bersekolah. Lelaki ini bukanlah berpendapatan tetap, bekerja kontrak dan pendapatan antara 1,000- 1,500 sebulan.

Perempuan ini tidak bekerja dan sejak kematian suaminya lebih setahun lalu, dia banyak membuat kerja sambilan untuk menyara hidupnya dan anak-anak. Menceritakan kisah hidupnya, wanita ini kematian suaminya secara mengejut sewaktu dia baru melahirkan anak lelaki kesembilan.

Mengenai lelaki pula, dia mengenali arwah suami wanita ini dan banyak membantu tugas suaminya. Selepas kematian suami, lelaki ini begitu simpati dengan anak-anak kecil ini serta banyak memberi bantuan kewangan. Akhirnya mereka bernikah juga.

"Besar pahala lelaki ini bernikah dengan janda anak ramai, ustaz". Kata seorang lelaki selepas pernikahannya yang dilansungkan pada bulan Ramadhan  ini.

.......BERSAMBUNG KE EPISOD 2

8 ulasan:

  1. semoga allah merahmati lelaki tersebut. di doakan dia kuat menanggung amanah yang ditanggung.
    p/s buat kaum hawa, siapa kata lelaki ni nak cari yang dahi licin aje? wa caya lu bro

    BalasPadam
  2. Masih ada lelaki baik mcm ni. Harap2 niatnya ikhlas & mereka bahagia hingga akhir hayat. Agama la pembimbingnya.

    Harap2 ustaz dapat pantau dia dari masa ke masa, tanya kabar, usulkan mana2 tempat utk bantuan spr pusat zakat dll, supaya anak2 yatim terbela yg seterusnya menjadi anak2 soleh. Misalnya usulkan anak2 lelaki janda tu belajar kat tahfiz yg berhampiran ke atau asrama supaya mudah dipantau.

    Ilmu nya (termasuk kita semua) kena berterusan, sbb akan datang akan timbul mcm2 ujian dlm rumahtangga , misalnya masaalah aurat dia dgn anak2 tirinya yg perempuan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu....
      kena fikir panjang di sebaliknya...
      bagus la dia kahwin tp kena jaga aurat kalau janda tu ada anak ppuan...

      anak 9 adakah rumahnya mempunyai bilik yg mengasingkan anak ppuan & lelaki????

      Padam
  3. Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

    Moga Allah merahmati keluarga tersebut dan dilimpahi kurniaan yang secukupnya... ameen...

    BalasPadam
  4. Saya teringatkan kawan saya yang pernah melakukan perkara yang sama cuma janda itu anak 4 atau 5 dan dari keluarga susah ... ramai yang mengata malah keluarga menghalang. memang susah.. siang kerja kerani bank Maybank, malam bawak teksi... mak bapak mertua pun pindah sekali ke rumah diaorang.. isterinya kerja semula sebagai waiteres kat hotel... nampaknya sangat susah dia ni .. tapi bila sembang2... susah-susah aku, anak2 aku masih dapat makan.... susah2 org kat Uthopia (masa zaman tu), kebulur... aku tak kisah susah... aku dapat amanah dari Allah ... aku kena tunaikan amanah ni... masa tu saya baru habis SPM dan dia baru sekitar 24 tahun... nak menangis sembang dengan dia masa tu... dan dah dekat 15 tahun lebih tak jumpa dia... Selamat Hari Raya Abang Lan...

    BalasPadam
  5. apa masalah ttg aurat kt sini? bila lelaki tu dah kawen dgn pompuan tu, maka dia adalah mahram kpd anak2 tirinya iaitu yg haram dikahwini....

    derrr.....

    BalasPadam
  6. kerja kontrak... gaji kecilpun berani memikul amanah jaga 9 anak tiri.... respeklah bro... semoga Allah memberkahi kehidupan mereka sekeluarga... Yang Gaji besar... ilmu agama tinggi... ada berani ke?... ayuh MAIJ... Pusat Zakat Johor... lihatlah ke golongan asnaf ini... potong gaji bulan2 utk zakat.... mudahan ada bahagian pada golongan sebegini..

    BalasPadam
  7. alhmdulih..ada lag llk yg baik hati..cmne lak kes kjr jnda ank1,tap ceraikn istri n ada 2 ank..huhu..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.