Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Mei 2014

Rahsia Kenapa Restoran Basir Penuh Orang


Di Kluang ada satu restoran, namanya Restoran Basir. Terletak di satu taman dan kedudukannya agak terpencil sedikit. Tidak perlulah saya beritahu taman mana. Restoran ini betul-betul buka jam 8.00 pagi. Kalau sampai di kedai jam 7.30 atau 7.45 pagi, kenalah tunggu, boleh duduk tapi kekadang air pun belum masak lagi. Kedai ini hanya ada sarapan pagi sahaja, makan tengahari dan makan malam tak ada.

Ramai Orang

Saya bukanlah selalu sangat pergi ke kedai ini, kekadang terpaksa minum di kedai lain sebab penuh. Makanan yang ada kat kedai ini hanya roti canai dan nasi lemak sahaja. Ada tambahan kuah kari kambing dalam satu periuk besar. Nasi lemak pula sudah siap bungkus yang orang lain hantar. Rasanya sehari dalam satu raga, mungkin 100 bungkus. Nasi lemaknya kecil saja, kalau selera macam saya, biasa makan dua bungkus baru kenyang.

Tak jauh dengan kedai ini, ada satu lagi restoran yang banyak menu sarapan pagi. Dengan mee dan nasi lemak berlauk dan lain-lain. Tapi kedai tu tak ramai orang macam Restoran Basir.

Restoran Islam

Saya tahu dan mengenali tauke dan pekerja kedai ini dan saya sahkan mereka adalah orang Islam tempatan, bukan pekerja asing. Mereka pernah berurusan dengan pejabat agama. Kemudian ada 2-3 orang makcik Melayu di dapur yang kerja cuci pinggan dan lain-lain.

Apa Rahsia?

Saya berani membuat kesimpulan, rahsia yang paling besar kejayaan kedai ini adalah teh tarik. Teh tarik memainkan peranan penting pengusaha restoran Melayu untuk berjaya. Dalam ceramah saya kepada usahawan iaitu peniaga-peniaga warung di sebuah hotel, saya menekankan kepada peniaga supaya menjaga betul kualiti teh tarik. Kenalah belajar dan tahu cara buat teh tarik dan jangan sebarang cincai saja. Saya bukan pandai sangat buat teh tarik, tapi saya ajar orang juga bagaimana nak buat teh tarik yang sedap. Klik sini untuk belajar dengan saya cara buat teh tarik

Bagaimanapun, saya tengok di restoran Basir ada cara lain iaitu resepi tersendiri buat teh tarik ini. Tak perlulah saya beritahu, kalau nak tahu, datang sendiri tengok. Kedai ini gunakan susu FN seperti yang saya beritahu dalam tulisan terdahulu. Harga susu ini agak mahal sikit tapi dapat rasa teh yang baik. Teh yang digunakan saya tak tahu. Kawan saya pernah beli teh serbuk dengan restoran ini. Mulanya dia tak mahu jual tapi bila dipujuk, dia jual juga sedikit. Tapi, pada saya, Boh Tarik yang saya terangkan itu pun kira baik dan rasa yang sama juga.

Roti Canai

Roti canai di kedai ini sedap dan kurang masin. Pekerja yang buat roti ini sebelum ini bekerja di kedai makan Taman Bersatu, sekarang di Restoran Basir.

Pengajaran Kepada Kita

Ada orang ini mengadu kepada saya yang warungnya pada mulanya ramai orang tapi lama kelamaan orang tak ramai. Dia kata ada orang hantar sihir dan nak jatuhkan perniagaan dia. Cerita dia bersungguh-sungguh dan macam bomoh pula dia. 

Saya pergi ke kedai itu untuk sarapan. Nampak banyak makanan tradisi tapi orang tak seramai mana. Bila saya minta teh tarik, tengok saja saya dah tahu yang teh tarik itu tak sedap. Jadi sebelum saya sakit perut, lebih baik saya tak minum. Saya kasi anak saya minum teh tarik tu dan saya minum teh O saja. Dalam hati saya, itulah kali pertama dan terakhir saya datang ke kedai itu.

Di kedai itu juga ada gantung tulisan khat ayat Quran yang orang kenali sebagai ayat seribu dinar. Dalam hati saya, tidaklah menyalahkan orang yang gantung ayat itu sebab itu kedai orang Islam. Cuma, janganlah sekadar gantung. Yang penting adalah, Quran hendaklah dibaca dan diamalkan dalam kehidupan kita.


6 ulasan:

  1. lepas tu ank ustaz sakit perut la ye... haha

    BalasPadam
  2. Suspen betul saya baca cerita ini....ingatkan ustaz nak cerita pasal kisah peniaga kedai makan yang menggunakan khidmat pelaris ke....aduhai lah...selalu kawan2 cerita pada saya kisah pelaris, tu yang risau bila nak makan kat luar. Lebih baik saya bawak bekal dari rumah.

    BalasPadam
  3. Org Melayu di kampung2 kebanyakan mampu berniaga. Insya allah mampu bersaing kalau ade pesaing. Tp selalu kalah dgn sifat hasad dengki org. Bukanlah kita tak meminta pertolongan dan perlindungan Allah. Tp, pd mrk ni lbh baik beralah.
    Org yg berdengki ni kadang2 tak buat bisnes pon. Tp sifat dengkinya tu terlalu tebal. Kalau boleh org Melayu lain takleh lebih, dr die. Walopon kedudukannya hanya beralas tikar mengkuang je. Tp bile tgk org Melayu lain, die tak boleh terima.
    Kalau bangsa lain meniaga ditempat die, boleh plak. Ini lah antara masalah org Melayu.

    BalasPadam
  4. Assalammualakum

    betul tu ustaz..bukan pakai pelaris atau sihir. yg penting kelazatan minuman & makanannya yg enak. lagi satu adalah layanannya..kalau ke kedai mamak, baru jek langkah masuk sudah diraikannye..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. semangat-melayu.blogspot.com17 Mei 2014 10:00 PTG

      Assalamualaikum...

      Teh tarik memnag menjadi nadi penting warung/restoran tu. Air tak sedap orang tak datang. Tapi untuk menjaga mutu denga susu FN atau Cap Junjung agak payah nak cari... apatah lagi dengan mencampur sedikit krimer FN. Sedap sebenarnya akan menghilangkan penat, dahaga dan haus walaupun harganya agak tidak manusabah RM 1.20.... Minum kat rumah lagi baik. Ngeteh di warung yok...

      Padam
    2. Teh tarik, kari ikan kari kambing kari ayam d kedai makan Basif memang sedap dn enak pada rasa nya, adakala pengunjung bersembang bab ilmu Allah d situ, menuntut ilmu x mengira tempat, Allah terbaeik...

      Padam

Dipersilakan komen.