Semalam ada kawan saya cerita di sebuah pejabat kerajaan di satu daerah tu. Seorang kakitangan terlibat mengajak orang melabur untuk mendapat keuntungan besar. Katanya dia bermodalkan RM 10, 000 permulaan dan dalam beberapa bulan, duitnya sekarang sudah ada melebihi RM 70,000. Dikatakan dah lebih 30 orang dah masuk pelaburan tu.
Sebenarnya mana ada pelaburan yang untung besar macam tu. Semua itu penipu atau skim cepat kaya. Namun, ada saja orang yang menyertainya . Pada mulanya untung tapi keuntungan dia itu kadang-kadang bukan dapat ambil pun. Kemudian orang yang belakang itu akan kecewa kerana rupa-rupanya penipuan. Yang terpengaruh ini kebiasaannya kakitangan yang masih baru dan belum masak dengan pengalaman penipuan seperti ini. Dan yang menghairankan juga ada juga orang yang sama dan yang beberapa kali kena tipu dengan pelaburan, tetapi masuk juga terjebat dengan perkara seperti ini.
Sekarang ini pula, susah orang nak tahu yang pelaburan itu tipu kerana dia akan guna pelbagai kaedah dan pendekatan. Ada alasan itu adalah pelaburan di bursa saham, forex, komoditi, hartanah dan sebagainya. Yang menghairankan, semua yang masuk itu dijanjikan keuntungan yang tinggi. Pihak berkuasa sudah sekat melalui media termasuk akhbar tetapi penggunaan internet termasuk facebook, menyebabkan ruang yang banyak untuk sendikit ini menjalankan kegiatannya.
Saya pernah jumpa juga iklan pelaburan atau simpanan yang menguntungkan dan untuk keterangan lanjut sila tinggalkan nombor telefon di situ. Rasa saya, mungkin lepas itu orang itu memberi penerangan atau membuat perjumpaan di mana-mana. Kalau dibuat perjumpaan, antaranya di hotel-hotel mewah untuk menunjukkan kemewahan skim ini. Dengan pujuk rayu, pendedahan dan alunan muziknya, ramai orang kita boleh terpengaruh.
Beberapa Tahun Lepas
Di sebuah pejabat dulu saya lihat ramai kakitangannya pakai kereta baru dan mahal. Bila saya tanya seorang tu, dia kata ramai orang pejabat itu masuk satu pelaburan yang kononnya terlibat dalam syarikat telekomunikasi dan hartanah. Peserta akan dapat bayaran setiap bulan yang memudahkan mereka membayar duit bulanan kereta. Tapi tak berapa lama selepas itu, mulalah pelabur tidak dapat bayaran. Baru mereka sedar yang duit yang dibayar selama ini adalah hasil modal melaburan mereka.
Contohnya mereka masuk RM20 000 dan dijanjikan dengan pendapatan bulanan RM 4,000 seumur hidup. Rupanya 3 kali sahaja dapat duit RM4,000 itu setiap bulan, pelaburan mereka lesap.
Yang menyedihkan saya adalah, mereka ini kesemuanya orang sebangsa dengan saya dan seagama dengan saya. Ramai yang melabur dengan cara buat pinjaman peribadi sebanyak yang mungkin bank boleh bagi pinjaman. Jangan nanti satu hari nanti sendikit pelaburan ini runtuh, mereka semua hilang semangat bekerja kerana sudah banyak hutang. Manakala perbelanjaan hidup untuk makan minum, sewa rumah, bayaran bulanan kenderaan dan sebagainya pun nanti mereka tak boleh tampung kerana hutang dah keliling pinggang.
Untuk tahu lebih jelas, sila klik nama Syarikat pelaburan tersebut. Yer, BNM dah beri amaran. Klik Sini
.....................................................................
(Penipuan Pelaburan Yang Dipetik Dari Fail Polis)
Pada kebiasaannya mangsa akan ditawarkan untuk melabur dalam skim yang memberikan pulangan yang lumayan dan jaminan yang tinggi seperti pelaburan emas dan pelaburan berbentuk sijil dividen.Pada mulanya,syarikat-syarikat ini dapat memberi pulangan dalam bentuk dividen kepada pelanggannya tetapi lama-kelamaan tidak mampu untuk membuat pembayaran kepada semua yang terlibat (skim piramid).Syarikat-syarikat ini dikatakan melakukan kesalahan kerana mengambil deposit wang tunai tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Contoh-contoh syarikat adalah seperti Bestino dan G Gold Trading.Syarikat-syarikat ini ada yang masih dalam siasatan dan ada yang telah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia di mana aset-aset syarikat dan akaun-akaun bank dibekukan kerana menjalankan skim pelaburan tanpa lesen.Ini adalah satu kesalahan di bawah sek:25 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989).Hukumannya ialah tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan yang berterusan,dikenakan denda harian tidak melebihi RM100 ribu sehari.
Kesalahan ini juga boleh disiasat di bawah sek: 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.Hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap skim pelaburan yang tidak wujud dan merupakan satu penipuan seperti penternakan ikan air tawar dan projek ternakan ketam di mana biasanya saspek akan menawarkan satu projek atau ternakan dan mangsa diminta supaya memasukkan bayaran ke dalam akaun sebuah syarikat tertentu yang diberi oleh saspek.Setelah wang dimasukkan,mangsa akan tertipu kerana tidak menerima projek atau set ternakan tersebut.Contoh kes yang berlaku di Taiping pada tahun 2009 melibatkan kes tipu melibatkan set ternakan ketam nipah.
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang tidak munasabah daripada mana-mana syarikat hanya kerana ingin cepat mengejar keuntungan.Adalah dinasihatkan supaya orang ramai membuat semakan atau rujukan dengan pihak Bank Negara Malaysia sebelum melibatkan diri dengan mana-mana skim pelaburan untuk menentukan samada mempunyai lesen yang sah.
Read more: Informasi Polis Diraja Malaysia - Kes Penipuan | Galeri PDRM http://galeripdrm.blogspot.com/2010/08/informasi-polis-diraja-malaysia-berhati.html#ixzz3HSemYruU
Bhai Ustaz...
BalasPadamSekarang nih ader ramai yang terpikat dengan pelaburan 360 la.... Pegasus Emas la.... Emas ETA la.... Emas Tertangguh la...
Semua tue karut wal marut... Hahaha
ada satu lagi mFace
BalasPadamtamak. Itu punca deme semua masuk skim tu. Nak senang, tanpa perlu kerah tenaga. Nak buat cemane, memang ade segelintir umat melayu ni jenis macam tu. Dah terkena berkali-kali, masih dengan angan-angannya. Kita jadikan iktibar buat diri kita.. InsyaAllah.
BalasPadam