Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Mac 2015

Tak Jadi Kawin Angkara Panggilan Telefon Dari Seorang Dato'


Seorang gadis 20-an hendak kawin dengan seorang lelaki kaya 30-an yang ada pangkat Dato'. Lelaki ini katanya dari Kuala Lumpur dan sering datang ke sini untuk urusan perniagaan jualan lansungnya. Perkenalan wanita ini di sebuah hotel setelah membaca satu iklan untuk bekerja sambilan dengan pendapatan lumayan. Bermula dari situlah gadis ini terus berhubungan dengan lelaki berkereta mewah ini yang merupakan salah seorang penceramah dalam perjumpaan tersebut.

Nak Kawin Cepat

Diringkaskan cerita sebab dah malam ni, maka mereka berdua merancang nak kawin. Tak ada tunang-tunangnya dan nak lansung cepat saja. Tiga bulan selepas berkenalan ini, maka pasangan ini nak kawin. Lelaki ini pernah datang sekali sahaja ke rumah ibu bapa gadis ini  bersama rakan-rakan kayanya. Maka ibu bapa tak mahu fikir panjang, kira jadi sajalah kawinkan anak tu, lagi pun dia ada 4 orang lagi anak dara yang belum kawin. Wanita ini anak ketiga dari 7 adik beradik, 5 perempuan dan 2 lelaki. Tak kisahlah langkah bendul ke langkah tingkap ker, kalau anak yang sekolah tak ke mana sangat tu nak kawin, lepaskan sajalah, kata ibu dan bapanya.

Persiapan kawin dah siap. Katanya hantaran RM 20,000 tapi lelaki belum kasi lagi, mungkin masa nikah nak kasi. Rumah perempuan tu buat majlis ala kadar sajalah macam orang kampung dia juga. Tapi khabarnya tempat lelaki nak buat kat hotel. Potong kek pun katanya pakai pedang sedepa panjang bukan pisau kecil-kecil. 

Panggilan Misteri

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba seminggu lagi nak nikah, bapa lelaki ini dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Tanpa bertanya dari mana dapat no telefon tu, bapanya teruskan perbualan, lebih kurang begini...

"Pakcik... Saya Dato' Rosman (bukan nama sebenar). Saya nak beritahu pakcik satu perkara penting. Tapi saya ini betul-betul Dato' tahu, bukan tipu. Kalau tak percaya, sila tengok di internet, masuk google dan taip Dato' Rosman, boleh tengok biodata saya". Kata lelaki tu.

Bapa dia mengiyakan saja. Lagi pun, bapa dia tu umur 62 tahun, kerja kebun, tak ada internet, whataps takde, facebook takde, google lagi dia tak faham. Tapi dia buat faham saja.

"Yer Dato'. Ada apa yer?" Tanya pakcik ni.

"Saya nak beritahu pakcik supaya jangan benarkan anak pakcik kawin dengan Dato' Azmi (bukan nama sebenar). Lelaki tu sebenarnya penipu, bukan ada Dato' pun, semuanya penipu. Lelaki itu tipu, dia bukan kaya mana tapi banyak tipu duit orang. Harap jangan kawinkan anak pakcik dengan lelaki tu, penipu semua tu." Kata lelaki tu.

"Betul ker semua ni?" Tanya pakcik tu terkejut biawak.

"Yer, pakcik salin no tel dia dan pakcik tanya dia sendiri kalau pakcik tak percaya. Dia tu penipu besar. Ingat pakcik, jangan sampai dia jual anak pakcik ke tempat persundalan nanti". Kata lelaki tu.

Diringkaskan cerita, pakcik ni telefon dan sergah lelaki yang kononnya Dato' kaya yang nak kawin dengan anak dia tu. Menggigil-gigil lelaki tu jawab. Lepas tu lelaki tu terus tak muncul dan majlis kawin dibatalkan. Misteri betul kehilangan lelaki tu sampai ke sudah tak tahu cerita.

Pentingnya Bertunang

Dalam kursus pra-perkahwinan saya selalu pesan, bertunanglah sebelum nikah. Sekarang dah ramai orang taknak bertunang, nak nikah terus jer. Ada pulak tu bertunang setengah jam saja lepas tu bernikah. Di Kluang pernah saya jumpa dua kes masa saya nak nikahkan dia di rumah. Kebetulan saya sampai awal sikit. Bapa dia kata dia nak tunangkan anak dia sekejap sebelum nikah. Maknanya 30 minit saja tunang, kemudian nak nikah. Ini semua salah. Bertunanglah sedang-sedang tempohnya, bukan pendek sangat dan bukan lama sangat sampai bertahun-tahun. 

Jadi, masa bertunang kita dapatlah kenal mengenal antara kedua belah pihak dan keluarga setiap pasangan. Susahlah orang nak menipu kaya atau Dato' dan segala bagai kalau mereka bertunang dulu. 

Berbalik pada cerita tadi, siapalah lelaki yang kata namanya Dato' Rosman yang mengaku Dato' tu. Yer ke tak dia tu Dato'. Entah-entah temberang juga. Lepas tu dia kata pulak yang Dato Azmi tu bukan Dato' betul. Lepas tu kata Dato' Azmi penipu besar. Betul atau tidak, tapi bila bapa pengantin telefon dan marah-marah, tak berani pula muncul lelaki ni dan terus tak jadi kawin.

Yang perempuan pulak satu hal. Pantang nampak lelaki berduit sikit dan berkereta mewah. Entah-entah kereta pinjam atau kereta seludup dari Singapore yang pakai nombor plat entah apa-apa, terus jer terpikat dengan kemewahan. Bila tak jadi kawin, jadi histeria dan menangis atas katil tekap muka kat bantal busuk. Aduhaiii... macam-macamlah dunia sekarang ni.
SEKIAN.

...........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.