14 November 2010
Juruwang Pasaraya, Berbudi Bahasalah Sikit
Semalam saya beli sabun basuh 3 kg di salah sebuah pasaraya di Kluang. Selain tu, ada juga beli barang lain. Masa bayar tu, pergi ke satu kaunter, pekerja wanita Melayu usia mungkin 20-an atau 30-an.
Masa dia angkat dan scan harga sabun tu, saya nampak macam ada serbuk sabun tumpah di bahagian bawah. Rasa saya mungkin plastik sabun tu ada sikit koyak. Saya pun keluarkan semula dari plastik dan tengok kat bahagian bawah sabun tu. Saya cakap.
"Tunggu sekejap, ni ada koyak ke tak ?" Kata saya.
Tangan saya tengok di bahagian bawah sabun tu.
Dia jawab,
"Mana saya tahu, awak yang ambil sendiri". Kata wanita tu.
Amboi kasarnya bahasa. Tak ada ke bahasa yang elok sikit bila bercakap dengan pelanggan.
Saya periksa sabun tu, tak koyak pun. Mungkin serbuk sabun yang keluar tu datang dari sabun lain atau pada tempat letak sabun tu. Cuma yang tak sedapnya, bahasa juruwang tu.
13 November 2010
Pemandu Jengkaut Lemas Jatuh Laut di Pantai Lido
JOHOR BAHRU: Seorang operator jengkaut hilang dan dikhuatiri lemas apabila dia dan jenteranya itu jatuh ke dalam laut selepas pasir yang ditambaknya di tapak projek Lido Boulevard di Pantai Lido tiba-tiba tenggelam kira-kira 10.15 malam Jumaat.
Usaha mencari Mohd Nor Miskan, 36, hari ini oleh 20 anggota bomba dan penyelamat termasuk 10 penyelam mereka masih gagal menemuinya. Turut tenggelam bersama mangsa dan jengkautnya ialah dua buah kontena dan sebuah generator elektrik
Tak Ada Air di Kluang : Penjelasan SAJ Holdings
Buka paip dah ada air seperti biasa di rumah saya. Malam ni juga, bila ke peti surat, dapat risalah yang dikeluarkan oleh SAJ Holdings. Risalah memberi penjelasan mengenai situasi masalah air dan jadual pengagihan air di Kluang.
Katanya, kualiti air m entah di Empangan Sembrong Barat mencukupi tetapi tidak berupaya merawat air dalam kapasiti normal. Pengeluaran air terpaksa dikurangkan menyebabkan beberapa kawasan tidak dapat menerima air seperti biasa dan mengikut jadual yang ditetepkan. SAJ juga mengedarkan jadual pengegihan air mengikut kawasan.
12 November 2010
Haiwan Aneh 'Pokke' Boleh Dijual Mahal, Puluhan Ribu ?
Ceritanya, ada satu jenis haiwan aneh, namanya 'Pokke' (gambar) dan menjadi kegilangan sesetengah pihak di Terengganu sekarang ini. Katanya, haiwan ini boleh dijual dengan harga puluhan ribu ringgit apabila umurnya sudah matang.
Entah betul entah tidak dan entah apa keistimewaan haiwan ini, entahlah. Jangan jadikan bomoh nombor ekor sudahlah.....
Kluang Tak Ada Air ?
Saya baru balik dari Cameron Highland, sampai rumah paip tak ada air. Beberapa hari sebelum ni air kecil, tak sampai tak ada air lansung. Secara ikhlas saya memang tak tahu yang ada masalah air di Kluang ni.
Bila saya buka akhbar internet Sinar Harian, ada berita tentang masalah air di Kluang.
......................................................................................................................................................
KLUANG - Penduduk kawasan perumahan di sini, berasa bengang apabila sudah beberapa hari mereka tidak mendapat bekalan air dan notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Syarikat Air Johor (SAJ) daerah Kluang.
Halimah Abdullah, 40, berkata, sudah empat hari rumahnya di Taman Desa Harmoni terputus bekalan air dan dia tidak menerima sebarang notis pemberitahuan ber- hubung gangguan berkenaan.
Menurutnya, sekiranya ada notis pemberitahuan, penduduk dapat bersedia menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan tidak menyusahkan mereka.
“Tanpa sebarang persediaan menyebabkan kami penduduk di kawasan taman ini sukar untuk membasuh; memasak dan membersihkan diri.
“Malah, masa yang diberi apabila air keluar hanya seketika dan kami tidak sempat menyimpannya,” katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian.
Katanya, gangguan bekalan air akan berlaku bermula pada waktu malam dan ada semula awal pagi.
Halimah berkata, namun, waktunya juga kadangkala tidak menentu dan sukar untuk dijangkakan selain bekalan air yang diterima juga kurang berkualiti.
Sementara itu, Rosli Abdullah, 51, berkata, penduduk di kawasan sekitar Jalan Batu Pahat ini tidak tahu masalah yang dihadapi SAJ kerana mereka tidak memberitahu terlebih dahulu sebelum me- mutuskan bekalan air.
“Apabila kami telefon SAJ, mereka hanya memberikan alasan sama iaitu kesulitan dihadapi berpunca daripada empangan Sembrong Barat.
“Kami mahu mereka bertindak dengan efisien dan dapat mengendalikan masalah bekalan air ini segera serta bukan dengan memberi alasan,” katanya.
Masalah ini telah mendapat maklum balas daripada SAJ.
Jurucakap SAJ berkata, kesulitan berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini masih dalam tindakan syarikat mereka.
Menurutnya, SAJ akan mengeluarkan Jadual Pengagihan Bekalan Air mengikut kawasan kepada penduduk di sini bagi memudahkan mereka menyimpan air, hari ini.
Halimah Abdullah, 40, berkata, sudah empat hari rumahnya di Taman Desa Harmoni terputus bekalan air dan dia tidak menerima sebarang notis pemberitahuan ber- hubung gangguan berkenaan.
Menurutnya, sekiranya ada notis pemberitahuan, penduduk dapat bersedia menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan tidak menyusahkan mereka.
“Tanpa sebarang persediaan menyebabkan kami penduduk di kawasan taman ini sukar untuk membasuh; memasak dan membersihkan diri.
“Malah, masa yang diberi apabila air keluar hanya seketika dan kami tidak sempat menyimpannya,” katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian.
Katanya, gangguan bekalan air akan berlaku bermula pada waktu malam dan ada semula awal pagi.
Halimah berkata, namun, waktunya juga kadangkala tidak menentu dan sukar untuk dijangkakan selain bekalan air yang diterima juga kurang berkualiti.
Sementara itu, Rosli Abdullah, 51, berkata, penduduk di kawasan sekitar Jalan Batu Pahat ini tidak tahu masalah yang dihadapi SAJ kerana mereka tidak memberitahu terlebih dahulu sebelum me- mutuskan bekalan air.
“Apabila kami telefon SAJ, mereka hanya memberikan alasan sama iaitu kesulitan dihadapi berpunca daripada empangan Sembrong Barat.
“Kami mahu mereka bertindak dengan efisien dan dapat mengendalikan masalah bekalan air ini segera serta bukan dengan memberi alasan,” katanya.
Masalah ini telah mendapat maklum balas daripada SAJ.
Jurucakap SAJ berkata, kesulitan berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini masih dalam tindakan syarikat mereka.
Menurutnya, SAJ akan mengeluarkan Jadual Pengagihan Bekalan Air mengikut kawasan kepada penduduk di sini bagi memudahkan mereka menyimpan air, hari ini.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini)
11 November 2010
Liat Bayar Nafkah Anak, Akhirnya Masuk Penjara
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memerintahkan seorang peniaga dipenjara lima hari sehingga sebutan semula kesnya 15 November ini setelah gagal mematuhi arahan membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM24,000 sejak 2007.
Hakim Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu kerana sikap gagal patuh arahan dan tidak serius Norisam Ghazali, 42, dari Bayan Lepas untuk menyelesaikan separuh tunggakan sebanyak RM15,000 kepada bekas isterinya, Mazlina Mohd Merican, 39, serta tiga anak mereka, sebelum 4 November lalu.
Defendan diarah membayar nafkah anak RM400 sebulan dan penambahan RM200 setiap enam bulan bagi menampung kos rawatan jantung anak sulung mereka di Kuala Lumpur bermula Mac 2007.
Dalam sebutan semalam, Hakim Mohammad Zamri memberi peluang kepada defendan untuk membayar RM15,000 dan menyediakan seorang penjamin serta wang jaminan RM1,000 sebelum 4.30 petang.
Hakim Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu kerana sikap gagal patuh arahan dan tidak serius Norisam Ghazali, 42, dari Bayan Lepas untuk menyelesaikan separuh tunggakan sebanyak RM15,000 kepada bekas isterinya, Mazlina Mohd Merican, 39, serta tiga anak mereka, sebelum 4 November lalu.
Defendan diarah membayar nafkah anak RM400 sebulan dan penambahan RM200 setiap enam bulan bagi menampung kos rawatan jantung anak sulung mereka di Kuala Lumpur bermula Mac 2007.
Dalam sebutan semalam, Hakim Mohammad Zamri memberi peluang kepada defendan untuk membayar RM15,000 dan menyediakan seorang penjamin serta wang jaminan RM1,000 sebelum 4.30 petang.
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Penyanyi Fazley Palsu ?
Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa penyanyi terkenal, Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu.
Dalam program itu, Fazley dikatakan memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.
10 November 2010
Bekas Guru Dipenjara 18 Tahun Kes Rogol Murid
KOTA KINABALU: Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang murid perempuan Singapura berusia 11 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol, memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.
Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol, memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.
Adrian, 31, memperkosa pelajar terbabit ketika murid itu di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010, antara 2.10 petang dan 3.30 petang. Dia melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 26 Mac, 2010 pada 10.25 pagi.
Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.
Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.
Proton Inspira Ganti Waja Dilancar Hari Ini ? PANAS!
Kumpulan Proton melancarkan model terbaru, Proton Inspira dengan harga paling rendah dalam pasaran bagi kenderaan kelas itu iaitu RM91,999 bagi model 2.0L CVT MIVEC.
Harga baru itu diumumkan oleh Pengarah Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada masjlis pelancaran model itu, Rabu di sini.
Harga bagi model 1.8L Manual Standard ialah RM79,888 manakala 1.8L CVT Eksekutif pula RM84,000.
Keretapi Tergelincir
Gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir berhampiran di Stesen Bukit Timah, Singapura, awal pagi tadi. Tren Ekspress Rakyat ke Butterworth itu membawa 60 penumpang dan tiada penumpang dilaporkan cedera.
09 November 2010
Macam-macam Kena Tipu : Produk Palsu Burung Walit
Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.
Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.
"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.
Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.
"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.
Jadi, hati-hatilah.
Wanita Sarat Mengandung Kemalangan Maut
JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan maut apabila van yang dipandunya dirempuh sebuah lori di KM46.8 Jalan Johor Baharu-Mersing, hari ini.
Jumirah Soogiman, 36, seorang peniaga yang berasal dari Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Kemalangan pada jam 12.10 tengahari itu dipercayai berlaku apabila lori dari arah Johor Baharu ke Mersing itu terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar van yang dipandu Jumirah," kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi hari ini.
Kegiatan Perjudian Tumpas
BATU PAHAT – Polis berjaya menahan enam lelaki berumur antara 20 hingga 30-an dalam Ops Judi di premis snuker yang telah diubahsuai menjadi tempat perjudian menggunakan komputer.
Seorang daripada enam lelaki yang ditahan adalah pemilik premis berkenaan dan semasa operasi dijalankan mereka tidak menyedari kehadiran polis kerana asyik bermain komputer.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, hasil operasi polis berjaya merampas sembilan komputer.
Menurutnya, dilakukan pada 17 Oktober 2010 di Taman Bukit Perdana, jam 10.30 malam dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 54B (b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Beliau berkata, pada 26 Oktober 2010, jam 10.40 malam, polis berjaya menahan tiga lelaki di Jalan Bestari (Senggarang) di rumah kedai berkomputer yang menjalankan perniagaan perjudian dengan meng- gunakan komputer yang di- ubahsuai.
Ibrahim berkata, semua mereka yang telah ditahan dalam dua Ops Judi berkenaan adalah warganegara tempatan, malah, polis akan memastikan segala perbuatan yang tidak bermoral seperti ini segera dihapuskan kerana boleh merosakkan minda belia.
“Peniaga yang cuba mengaburi mata polis dengan mengubahsuai premis mereka semata-mata ingin menjalankan perniagaan perjudian berkomputer dinasihatkan tidak berbuat demikian.
“Jika tidak, tindakan tegas akan diambil pihak polis dan jika mereka ini didapati bersalah, hukuman setimpal akan dikenakan tanpa kompromi, orang ramai mempunyai maklumat mengenai pusat perjudian berkomputer boleh menghubungi polis.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4341225 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut agar kadar jenayah di sini dapat dikurangkan,” katanya.
Seorang daripada enam lelaki yang ditahan adalah pemilik premis berkenaan dan semasa operasi dijalankan mereka tidak menyedari kehadiran polis kerana asyik bermain komputer.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, hasil operasi polis berjaya merampas sembilan komputer.
Menurutnya, dilakukan pada 17 Oktober 2010 di Taman Bukit Perdana, jam 10.30 malam dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 54B (b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Beliau berkata, pada 26 Oktober 2010, jam 10.40 malam, polis berjaya menahan tiga lelaki di Jalan Bestari (Senggarang) di rumah kedai berkomputer yang menjalankan perniagaan perjudian dengan meng- gunakan komputer yang di- ubahsuai.
Ibrahim berkata, semua mereka yang telah ditahan dalam dua Ops Judi berkenaan adalah warganegara tempatan, malah, polis akan memastikan segala perbuatan yang tidak bermoral seperti ini segera dihapuskan kerana boleh merosakkan minda belia.
“Peniaga yang cuba mengaburi mata polis dengan mengubahsuai premis mereka semata-mata ingin menjalankan perniagaan perjudian berkomputer dinasihatkan tidak berbuat demikian.
“Jika tidak, tindakan tegas akan diambil pihak polis dan jika mereka ini didapati bersalah, hukuman setimpal akan dikenakan tanpa kompromi, orang ramai mempunyai maklumat mengenai pusat perjudian berkomputer boleh menghubungi polis.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4341225 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut agar kadar jenayah di sini dapat dikurangkan,” katanya.
08 November 2010
Luahan Rasa Isteri Bermadu Dua
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada masalah sikit ustaz, masalah saya adalah masalah bemadu. Saya ni baru sahaja melahirkan sorang anak. Lepas sahaja saya habis pantang suami saya kawin sorang lagi tanpa pengetahuan saya. Kalau di ikutkan sebenarnya saya sanggup bemadu, kalau itu kehendak suami saya.
Tetapi yang menyebabkan saya tak boleh nak bermadu adalah dari sikap madu saya sendiri. Dia sudah separuh dunia dia hina, maki hamun saya dan caci maruah saya. Kalau dia bersikap baik pun sekiranya ada sesuatu yang dia nak dia korek rahsia dari saya. Dia juga tak pernah pun mintak maaf dari saya setelah dia buat kecoh depan rumah saya dan sepah-sepahkan rumah saya. Dia marah sebab suami saya tidak mnjawab fon dari dia...
Sampai satu peringkat saya tak dapat nak maafkan setiap aper yang dia buat. Ustaz apa yang patut saya buat ?
Saya sudah cuba terima dan maafkan dia tapi tak boleh... Saya memang dah tak boleh nak terima madu saya dan taknak dimadukan tapi saya masih sayangkan suami saya...
"Pembaca tolonglah bantu jawab, terutama madu-madu"
Tinggalkan Isteri dan Anak-anak, Kawin Lain
Seorang lelaki usia 40-an meninggalkan isteri dan 5 orang anak begitu saja. Lelaki menceraikan isterinya kira-kira dua tahun lalu. Kemudian berkahwin dengan seorang gadis berusia 30-an. Suami lansung tak menjenguk atau memberi nafkah kepada anak-anaknya. Malah, anak-anak tak tahu di mana bapanya berada sekarang.
Maka hiduplah isteri sendirian membesarkan 5 orang anak yang masih kecil antara 4-15 tahun, semuanya masih bersekolah. Dia menumpang di rumah yang dibina sendiri secara ala kadar di sebelah rumah ibu bapanya di Kluang. Wanita berusia 36 tahun ini terpaksa bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM 600 untuk menampung hidup sekeluarganya.
Wang gaji ini tidaklah cukup untuk belanja seharian keluarga ini. Bagaimanapun, pelajaran anak-anak tidak diabaikan, malah ibunya tetap tidak memberhentikan anak-anak dari sekolah walaupun tidak mampu. Dia mahu anak-anaknya berjaya dan menebus segala kesusahan yang dialami ibunya dalam membesarkan anak-anak.
Bantuan Zakat
Berdasarkan kes ini, hari ini saya menyokong untuk memberikan bantuan bulanan RM 300 sebulan (yang diterima setiap bulan) dari wang zakat kepada keluarga ini. Dia akan menerima wang ini tak lama lagi. Saya percaya, walaupun sudah mendapat bantuan tetapi masih belum mencukupi, tetapi sekadar meringankan bebanan. Insyaallah, keluarga ini juga bakal menerima bantuan rumah dari Baitulmal selepas beberapa proses selesai.
Ke mana Bapa Anak Ini ?
Tergamak seorang bapa meninggalkan anak-anak tanpa memberi nafkah seperti ini. Lelaki ini, dulu seorang kakitangan kerajaan, sekarang sudah berhenti dan bekerja sendiri. Sedang dia bergembira bersama isteri barunya, janganlah lupakan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan belanja yang sepatutnya.
Berzakat dan Bersedekahlah
Kepada semua orang Islam yang membaca cerita ini, kalau kita ada kemampuan, sudikanlah kita bersedekah. Bukan saja kepada keluarga ini, tetapi kepada orang lain yang memerlukan. Kepada orang yang berada dan berkemampuan, mungkin nilai RM 10.00 dianggap murah, tapi bagi keluarga ini cukup berharga untuk meneruskan hidup mereka. Jadi apa salahnya kita hulurkan RM 10 kepada anak-anak ini bila kita menziarahinya. Berzakat dan bersedekahlah, untuk membantu sesama Islam.
Zaid Ibrahim Letak Jawatan dalam PKR
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
Kisah Rumah tangga Pelakon Rita Rudaini dan Pemain Bolasepak Aidil Zafuan
Kisah rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34 dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ke mahkamah Syariah juga. Aidil telah membuat dua tuntutan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban terhadap Rita baru-baru ini.
Antaranya adalah, membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan. Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.
06 November 2010
Isteri Kata Kalau Suami Dia Kawin Lagi, Dia Lari, Padahal Suami Dia Dah Kawin
Seorang suami cakap dengan isteri dengan nada yang macam bergurau, lebih kurang begini.
"Bagaimana agaknya kalau abang kawin lagi ?". Kata suami.
"Kalau awak kawin lagi, saya bawak anak-anak lari, tinggalkan awak". Kata isteri.
Sebenarnya suami dia dah kawin lagi satu, cuma belum beritahu isteri jer. Dan tak ada peluang yang sesuai untuk beritahu isteri. Agaknya macam mana nak beritahu isteri ?
Pembaca tolonglah bantu.
.......Sebahagian cerita telah dibuang kerana dalam proses untuk menerbitkan buku berjodol poligami.
.......Sebahagian cerita telah dibuang kerana dalam proses untuk menerbitkan buku berjodol poligami.
Aidiladha pada Rabu 17 November
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Rabu, 17 November ini. Demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, sebentar tadi.
05 November 2010
Kawan Serumah Buat Maksiat, Bawa Teman Lelaki Balik Rumah
Assalamualaikum Ustaz Khalil,
Saya tinggal dengan kawan bujang dalam 1 rumah. Salah sorang daripada rakan kami sering bawa teman lelakinya ke rumah. Kadang-kadang teman lelakinya buat rumah kami macam rumahnya sendiri, sesuka hati nak keluar masuk ke rumah.
Kami yang lain kadang tidak rase selesa. Kami juga pernah menakutkan dia yang pencegah selalu datang ke sini, tetapi dia tidak megendahkan kata-kata kami. Saya dan rakan-rakan bercadang nak buat aduan kepada pencegah tapi kami masih ragu-ragu untuk membuat aduan.
Kami takut pencegah bagitau siape yang buat repot, kami tak mahu bergaduh dengan dia sebabkan kami buat laporan, tapi kami juga tidak mahu di katakan bersubahat dengan dia. Kami semua keliru, ustaz ada apa-apa cadangan?
(Kiriman dalam email saya)
Cadangan Saya...
Pertama, nasihatkan dia supaya berhenti dari melakukan maksiat ini. Kalau tak takutkan pencegah maksiat, kenalah takutkan Allah.
Kedua, kalau dia masih meneruskan juga, sila buat aduan pada penguatkuasa Jabatan Agama. Kalau di Johor, boleh buat aduan melalui email saya, nanti saya beritahu prosedurnya. Penguatkuasa tidak akan mendedahkan identiti pengadu.
Kalau dibiarkan...
Kalau dibiarkan dan selepas ini penguatkuasa melakukan serbuan atas maklumat orang lain, semua satu rumah boleh ditangkap atas kesalahan khalwat atau bersubahat di dalam kes ini. Ingat, kesalahan khalwat bukan seorang lelaki dengan seorang perempuan saja, seorang lelaki dan ramai perempuan pun boleh kena tangkap. Kalau di Johor boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
Datuk Terlampau, Rogol Cucu
SENAI - Perbuatan sumbang seorang datuk yang dipercayai merogol cucunya terbongkar apabila murid darjah dua di sebuah sekolah dalam kawasan Felda di Kota Tinggi bertindak memberitahu guru darjahnya.
Menurut sumber, murid perempuan berusia lapan tahun itu dikatakan menetap dengan datuknya di Felda berkenaan kerana difahamkan ibunya bekerja di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Osman Sabot mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun masih menanti laporan perubatan daripada pihak hospital.
Menurut sumber, murid perempuan berusia lapan tahun itu dikatakan menetap dengan datuknya di Felda berkenaan kerana difahamkan ibunya bekerja di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Osman Sabot mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun masih menanti laporan perubatan daripada pihak hospital.
Wajarkah Pemandu Teksi Mogok ?
KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi melancarkan mogok di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebagai tindakan membantah sistem perkhidmatan teksi baru yang digunakan pihak pengurusan menara itu, petang semalam.
Dalam perhimpunan aman kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua pemandu teksi terbabit enggan mengambil penumpang berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan memulakan sistem baru iaitu setiap teksi yang ingin mengambil penumpang di kawasan itu perlu memakai pelekat khas yang perlu dibayar RM50 sebulan dan penumpang juga dikenakan bayaran RM2 jika menggunakan khidmat teksi berkenaan.
Wajar atau Tidak Mogok ?
Sebagai pemandu teksi, mereka mungkin telah melakukan pelbagai langkah sebelum memutuskan untuk mogok. Ini merupakan kemuncak protes untuk menarik perhatian sesuatu pihak supaya mengambil berat terhadap masalah mereka.
Soalnya, adakah peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan ini bertujuan untuk menindas pemandu teksi ? Saya percaya, niatnya bukan begitu. Cuma mungkin disalah anggap oleh pemandu itu sendiri. Atau mungkin juga peraturan itu sendiri ada yang tak berapa kena juga (maaflah kalau saya silap). Pihak berkuasa perlu mengutamakan semua pihak termasuk pemandu dan penumpang.
Saya ada beberapa kali naik teksi sama ada di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Di Johor Bahru, kebanyakan teksi tidak mengenakan bayaran berdasarkan meter. Contohnya, saya dari Bandar Baru Uda ke Larkin, bila naik saja teksi, pemandu sudah beritahu tambangnya RM 10. Saya setuju saja tanpa banyak soal, taknak bertengkar. Setahu saya, kalau ikut meter, harganya tak sampai pun RM 10. Teksi tu pun ada meter tapi tak mahu guna meter. Tak apa, kalau dia tipu saya, saya dah halalkan dunia akhirat.
Di Kuala Lumpur dalam bulan Febuari dulu, saya naik teksi dari stesen bas Jalan Pahang ke Puduraya. Masuk saja teksi, pemandu sudah cakap RM 15, saya ikut juga. Teksi tu pun ada meter, tapi tak mahu guna. Saya percaya, masa teksi tu masuk PUSPAKOM, meter semua dalam keadaan baik.
Sekarang pemandu mogok pasal pelekat pula. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik untuk menjaga hati pemandu dan penumpang.
Bas Transnasional Johor Bahru - Kuantan Kemalangan di Pekan, Seorang Maut
PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.
Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Bahru menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.
Gadis Bergaduh Dengan Bakal Tunang, Seminggu Lagi Nak Bertunang
Ada seorang gadis ni, bergaduh dengan lelaki bakal tunangnya, seminggu lagi nak bertunang. Malah kedua-dua pihak sudah beli barang-barang hantaran masing-masing. Harga pulak tu tak kurang dari seribu ringgit bagi satu-satu pihak lelaki dan perempuan. Kiranya dah cukup 80 peratus daripada persiapan yang sepatutnya dah siap.
Perempuan nampaknya dah merajuk terus dan tak mahu bertunang. Masalahnya sekarang, keluarga perempuan nasihat dan marahkan perempuan sebab kata tak jadi bertunang. Mereka kata nak teruskan juga pertunang sebab dah janji dengan pihak sebelah dan ahli-ahli mesyuarat tingkap semua dah tahu.
Bila ditanya sebab apa perempuan tak jadi bertunang. Dia jawab, lelaki suka mengongkong dan suka buat lawak bodoh sehingga menyakitkan hati dia. Perempuan nekad sangat taknak bertunang. Kalau boleh, dia nak lari dari rumah sehari sebelum bertunang supaya majlis dia tak jadi.
Sesiapa pembaca yang boleh nasihat, nasihatkanlah gadis ni.....
04 November 2010
BN Menang Besar di Galas dan Batu Sapi
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas apabila calonnya, Ab Aziz Yusoff, menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini. Ab Aziz memperoleh 5,324 undi manakala Dr Zulkefli meraih 4,134 undi.
SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya, Datin Linda Tsen, menang dengan majoriti 6,359 undi.
Tsen memperoleh 9,773 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, mendapat 3,414 undi dan calon Parti Maju Sarawak (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, memperoleh 2,031.
Kegagalan PAS
PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
Tsen memperoleh 9,773 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, mendapat 3,414 undi dan calon Parti Maju Sarawak (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, memperoleh 2,031.
Kegagalan PAS
PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
Proton Inspira Akan Keluar Beberapa Hari Lagi
Nak tau kereta ni, kira sebiji Mitsubishi Lanser, akan keluar beberapa hari lagi. Saya kira ini taruhan terbaik Proton untuk bersaing dengan kereta lain. Nama Mitsubishi akan menaikkan semula nama Proton di mata masyarakat negara kita.
Pilihanraya Kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi Hari Ni
Hari ni berlansung pilihanraya Galas dan Batu Sapi. Harap kepada pengundi, silalah mengundi, tunaikan hak sebagai pengundi. Walaupun ini pilihanraya kecil tapi besar sangat ertinya kepada parti-parti yang bertanding. Janganlah kata pilihanraya ni pilihanraya kecil yang tak ada erti apa-apa. Datanglah mengundi... Orang luar yang tak berkenaan, tak perlulah datang sekadar 'makan angin' di situ. Kalau dah ramai-ramai, pasti berlaku kesesakan lalulintas dan mengganggu pengundi. Saya percaya, pengundi dah ada pilihan parti mana yang nak diundi, tak payahlah nak kempen-kempen lagi.
DUN Galas Kelantan
Di Galas, PAS yang sebelum ini menang di situ sudah tentu berhasrat untuk kekal menang. Kalau PAS menang lagi, memberi isyarat bahawa PAS semakin kuat selepas pilihanraya tahun 2008 dahulu. Pengaruh dan ketokohan Dato Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempengaruhi pengundi di situ. Berdasarkan jawatan dan kelulusan akademik calon, PAS berada di depan mengatasi BN.
Bagi BN pula menganggap peluang untuk menang tetap cerah di Galas. Hanya pada pilihanraya tahun 2008 saja BN terlepas kerusi itu, sebelum ini BN cukup kebal di situ. Semasa kekalahan BN tahun 1990, parti Semangat46 yang menang di situ, bukan PAS. Pilihanraya ini adalah untuk menguji pengaruh Tengku Razaliegh Hamzah yang sangat berpengaruh di parlimen Gua Musang. Mengenai calon, BN memilih calon yang mesra rakyat yang sebelum ini banyak mendampingi masyarakat.
Pilihanraya ini juga sebagai suntikan semangat pada BN untuk menawan Kelantan pada pilihanraya akan datang walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan ini. Peluang antara BN dan PAS di Galas adalah 50-50 pada saya. Mana-mana parti yang menang, majoritinya mungkin kurang dari seribu.
Parlimen Batu Sapi
Di Batu Sapi, pertarungan sengit berlaku antara BN, PKR dan SAPP. BN sudah tentu selesa di depan tetapi jangan terlalu yakin untuk menang. SAPP meletakkan orang kuatnya Yong Teck Lee, sudah tentu memberi cabaran hebat pada BN. PKR pula, kalaulah pengundi memilih berdasarkan agama atau kaum, PKR sebenarnya berada di depan. Di Batu Sapi, orang Islam kira-kira 60 peratus.
Tetapi, adakah PKR akan dapat undi dari kaum Cina ? Saya rasa undi kaum Cina akan pergi kepada BN dan SAPP, tetapi kepada PKR amat kecil. Saya meletakkan peluang kemenangan di Batu Sapi sama ada BN atau PKR, tetapi SAPP akan dapat undi yang tinggi juga. Antara BN dan PKR, BN lebih cerah tetapi saingan PKR jangan diambil mudah.
SELAMAT MENGUNDI.....
03 November 2010
Beli Judi Nombor Ekor Depan Anak Bini, Kena Tangkap
Semalam, seorang lelaki 30-an ditahan penguatkuasa Jabatan Agama di sebuah kedai judi di bandar Kluang dalam jam 5.30 petang. Dia ditahan selepas membeli judi nombor ekor bernilai RM 5.
Sebelum masuk ke kedai judi, lelaki ini memberhentikan kereta di depan nombor ekor dan meninggalkan isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah di dalam kereta. Isteri dan anaknya tahu yang dia masuk ke kedai judi. Apabila ditangkap, isteri dan anaknya juga melihatnya. Kemudian isterinya menjadi penjamin kepada suaminya selepas dibawa ke balai polis.
Lelaki ini akan dituduh di mahkamah Syariah Kluang kerana berjudi. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.
Syarikat Kosmetik Nouvelle Beauty Centre Milik Datuk Sosilawati Disaman
Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lepas itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan. Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.
Saman Ekor Diteruskan
Kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Ini kerana katanya, saman ekor tersebut sebenarnya adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BERHATI-HATI DI JALANRAYA, KELAJUAN BOLEH MEMBUNUH
Banjir di Tiga Negeri Makin Buruk
Jumlah mangsa banjir dipindahkan di tiga negeri meningkat pagi ini iaitu 20,902 di Kedah, Perlis (6,052) dan Rantau Panjang, Kelantan, 452 orang.
JITRA 3 Nov. - Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas. Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.
Honda Hybrid Malaysia Turun Harga
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan bahawa harga Civic Hybrid kini turun sebanyak RM21,000 daripada harga semasa. Semakan harga ini dibuat sejajar dengan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh insentif cukai bagi kenderaan hibrid hingga 31 Disember 2011.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie berkata, melalui pindaan harga ini, para pelanggan kini boleh membeli Civic Hybrid pada harga atas jalan RM108,980 di Semenanjung Malaysia dan RM109,980 di Malaysia Timur.
02 November 2010
Bakal Suami Selalu Pergi Ke Kelab Malam, Okey Ker ?
Saya mempunyai pertanyaan & meminta pendapat ustaz.
Boleh ke kita mempercayai seseorang lelaki yang sering pergi ke club atau kelab malam, karakoe atas urusan perniagaan. Biasanya tempat-tempat mcm tu banyak perkara-perkara yang kurang baik terutama berlaku ringan-ringan dan sebagainya.
Minta pendapat & pandangan Ustaz. Bagaimana peribadi lelaki macam ni ? Pembaca tolonglah jawab.
Harga Minyak Petrol RON97 Ditentukan Pasaran, Esok Naik 5 Sen
Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter. Harga petrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka. Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak.
Bagus Sangat Ker Buat Pinjaman ASB ?
Tadi saya pergi ke sebuah bank di Kluang, nak masuk cek. Masa beratur di sebuah mesin tu, ada 2 orang beratur di depan saya. Kemudian seorang yang saya rasa staf bank tersebut berbual dengan seorang lelaki yang beratur di depan saya. Lebih kurang perbualannya begini,
"Encik dah buat pinjaman ASB ker ". Orang bank tu.
"Tak ada, saya cuma simpan sendiri saja" Kata orang tu.
"Buatlah pinjaman sekarang. Kalau masuk sekarang RM 100,000 nanti Januari dia kasi dividen lebih kurang 7 persen. Kalau masuk sekarang, nanti dapat RM 7000 kalau 7 persen" Kata orang bank tu.
Lelaki tu buat tak kisah saja dengan penerangan tu, lepas tu dia terus pergi ke mesin masuk cek.
Janganlah Menipu Untuk Untung
Betul ke kalau buat pinjaman 100,000 sekarang, dividen 7 persen, akan dapat 7000 Januari nanti ? Jawapannya, tidak sama sekali.
Sebenarnya, kalau kita melabur 100,000 (Pinjaman ke atau duit sendiri) hari ni 2 November, kita hanya dapat dalam RM 583.00 saja. Iaitu 7000 bahagi 12.
Kenapa bahagi 12 ? Sebab hari ni 2 November, jadi yang dikira hanya Disember sahaja. Kalau masuk 31 Oktober, lain pulak. Iaitu 7000 bahagi 12 dan kali 2 sebab bulan November dikira bersama Disember. Jadi kalau masuk bulan oktober, mereka akan dapat dividen dalam 1,166.00
Kenalah Jujur
Kepada sesiapa saja, tak kira orang bank ker, agen ker atau orang lain, kenalah jujur. Jangan kejar keuntungan saja. Terangkanlah perkara sebenar, jangan nak tarik pelanggan saja walaupun ada banyak perkara yang disembunyikan.
Saya bukan nak salahkan sesiapa, tapi kesian kerana ada ramai orang tertipu dan terpedaya terutama sesama Islam.
DJ Radio Terkenal Ditangkap Khalwat
Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin.
Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.
01 November 2010
HPA : Lambang Kejayaan Bumiputera Dalam Perniagaan
HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.
Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.
Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.
Perlis Dah Banjir
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Perlis meningkat dengan sehingga petang ini seramai 1,096 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
Kebanyakan mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan iaitu seramai 386 orang, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (383), Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi (112), Maktab Rendah Sains Mara Beseri (69) dan Dewan Sivik Arau (60).
Kebanyakan mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan iaitu seramai 386 orang, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (383), Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi (112), Maktab Rendah Sains Mara Beseri (69) dan Dewan Sivik Arau (60).
Anak Suka Bapa Kawin Lagi Satu ? Dapat Mak Muda
Seorang lelaki umur 50-an, ada isteri dan mempunyai 5 orang anak. Anak dia ramai dah bekerja yang sekolah pun dah dewasa. Nak kawin dengan seorang wanita, janda 30-an, anak satu. Lelaki kerja kampung iaitu berkebun.
Bila saya tanya bagaimana dengan isteri dia, terima ke tak. Dia kata biasa ler isteri macam terpaksa terima hakikat bermadu. Kemudian bila ditanya bagaimana penerimaan anak-anak bila bapa kawin lagi satu, dia jawab.
"Anak saya suka saja. Suka dapat mak muda".
Jawab lelaki ni selamba saja.
Langgan:
Catatan (Atom)



















































