Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Disember 2010

Bernikah, Selepas Lahir Anak Usia 3 Bulan


Seorang perempuan berusia 18 tahun, pelajar sebuah kolej swasta bernikah baru-baru ini setelah melahirkan anak yang kini berusia 3 bulan. Lelaki pula usia 20-an yang belum bekerja tetap. Perempuan ini tidak tinggal bersama ibu bapa kerana belajar di kolej berkenaan dan tinggal di rumah sewa.

Kelahiran anak luar nikah ini mengejutkan keluarga perempuan seterusnya perempuan mengaku mempunyai hubungan degan seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan rumah sewanya. Seterusnya membawa kepada perkahwinan ini di Kluang.

Remaja Melayu Berpelukan dan Beromen di Pantai Cherating


Sekarang saya kat Pantai Cherating, Kuantan. Berhenti saja kereta, sepasang remaja Melayu kedua-duanya berbaju tshirt putih sedang duduk di kerusi mengadap laut sambil berpelukan. Saya ambil gambar dari dalam kereta, gambar dari belakang dia, tak nampak muka. Dia sikit pun tak perasaan, tak hirau orang sekeliling. Cuma saya terlupa bawa kable hp, tak dapatlah nak masukkan kat blog ni.

Tak jauh dengan dia tu ada satu keluarga sedang makan tengahari makan bekal yang dibawa dari rumah. Tak malu betul dia  tu, tak hormat orang lebih tua dan anak-anak yang masih kecil. Geram juga saya dibuatnya.

(Cherating, 1.55 ptg, 12 Dis10)

Benarkah Orang Itu Dah Kawin Lagi Satu ?


Beberapa hari lepas, saya kerana ada satu program. Masa nak balik tu, ada seorang VIP  jumpa saya. Jumpa pula tu di satu sudut yang gelap dan tak ada orang lain di situ. Dia jumpa saya, sebab jawatan saya sebagai kadi Kluang. Soalan yang ditanya pada saya, juga mengejutkan saya juga.

"Betul ker si anu tu sudah nikah lagi satu ? ". Tanya VIP tu.

"Betul ker tuan Kadi sendiri yang nikahkan di Kluang ?" Tanya VIP tu lagi.

Soalan ini susah nak dijawab. Jawab yer pun salah, jawab tidak pun salah juga. Lebih lagi, orang yang ditanya itu orang VIP juga.

Masa balik dalam kereta tu, kadi daerah berkenaan yang nampak saya jumpa VIP tu telefon saya. Nak tahu apa ceritanya sampai jumpa kat tempat gelap macam tu. Pada dia, mesti ada apa-apa tu. Pun soalan yang sukar saya jawab. Nak cerita salah, tak cerita pun salah juga. Ini semua cerita pasal kawin-kawin dua lah tu......

11 Disember 2010

Tak Jadi Bertunang, Bakal Tunang Tak Hadir


Hari yang cukup ditunggu-tunggu pun tiba iaitu hari majlis pertunangan. Perempuan pun bersiap dengan jamuan ala kadar dan sedikit hadiah sebagai balasan kepada bakal tunangnya. Malangnya, hari sepatutnya bertunang itu, bakal tunangnya tak muncul-muncul. Dijanjikan bertunag sebelah petang tapi sampai malam pun tak tiba. Bukan jauh sangat, daerah bersebelahan saja.

Maka tak jadilah bertunang kerana sedikit perselisihan. Beberapa hari selepas tu, lelaki telefon katanya untuk terus memutuskan hubungan. Perempuan kecewa, siapa yang tak kecewa. Sebagai kenang-kenangan diambil gambar perempuan dan ahli keluarga serta hadiah-hadiah pertunangan pada hari berkenaan.

Inilah kisah benar yang menimpa seorang wanita umur dalam 25 tahun kerja swasta, lelaki pula 28tahun berniaga.

10 Disember 2010

Wanita Dulu Mohon Cerai, Sekarang Macam Menyesal

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bercerai, tidak berguna lagi. Seorang wanita, sekarang dalam umur 35 tahun, berstatus ibu tunggal. Dalam 5 tahun lepas, dia mohon cerai dari suaminya kerana katanya suaminya selalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa sangat bersama isteri. Dikuatkan cerita, kononnya suaminya ada perempuan lain di luar walaupun tidak dapat dibuktikan.

Isteri waktu itu rasa dirinya masih muda, rupa pun ada. Waktu itu juga, isteri rasa kalau dia bercerai dengan suami, pasti ada lelaki lain yang hendak berkahwin dengannya. Suami akhirnya menceraikan isteri cara baik setelah didesak. Anak lelaki usia dalam 2 tahun waktu itu, dijaga oleh bekas suaminya. Waktu itu, isteri rasa biarlah dia sendirian dan biarlah bekas suami yang jaga anak. Katanya, kalau dia yang jaga, belum tentu nanti suami kasi nafkah.

Sekarang sudah 5 tahun berlalu, wanita ini masih sendirian. Lelaki-lelaki yang dulu banyak menggodanya waktu dia berstatus isteri orang sudah tidak kedengaran lagi. Rupa-rupanya mereka semua main-main, bukan serius nak berkahwin dengannya. Satu tu, wanita ini hampir nak kawin dengan lelaki bujang yang 5 tahun muda darinya tetapi dapat tentangan dari keluarga lelaki tu.

Setiap Sabtu dan Ahad, wanita ini ambil anaknya yang dah sekolah darjah satu tidur di rumahnya. Itulah untuk mengubat kerinduaannya. Bekas suaminya dah berkahwin lain, tapi wanita ini masih berstatus janda. Usia semakin meningkat, rupa paras semakin dimamah usia. Semakin dia menyesal kerana melihat bekas suaminya hidup bahagia dengan isteri barunya. Bekas suaminya juga duduk di Kluang  dan kekadang terserempak tapi tak bertegur.

"Tuan Kadi, saya menyesal kerana dulu saya tak dapat mengawal perasaan saya sebagai isteri sehingga desak suami minta cerai. Sekarang, saya rasa hidup saya penuh kekosongan......." Kata wanita ini.

Jumpa Cicak Pokke, Jadi Jutawan Segera


Sekarang ini ada kegiatan mencari cicak yang bernilai puluhan ribu ringgit. Ada orang kata, namanya 'pokke', entahlah betul ke tak nama tu. Sehingga ada orang sanggup turun ke mana saja kalau dapat tahu ada cicak ni kat situ. Katanya, harganya yang bernilai tinggu itu sebab boleh mengubati penyakit HIV.

Baru-baru  ni saya berbual-bual dengan seorang mat moto. Rupanya dia banyak benda yang tahu pasal cicak ni. Dia antara orang yang sanggup pergi ke seluruh Malaysia kalau tahu tempat tu ada cicak tu. Saya dan kawan saya seakan terdiam dan terpaku dengan keajaiban cerita tu. Pada saya, pertama betul atau tidak cicak tu ada nilai tinggi ? Kedua, betul ke boleh ubat penyakit AIDS. Dan macam-macam persoalan lagi.

Lepas tu, saya dengan kawan saya seorang lagi tu berkongsi cerita. Dulu dalam 5-6 tahun lepas, jabatan saya ada buat kursus di satu lokasi. Ada satu bilik tu, bila masuk ke bilik, ada seekor cicak besar seakan anak biawak terlekat pada dinding. Bila diperhatikan, itu cicak, bukan biawak dan tidak merbahayakan. Cicak itu kemudian dihalau saja dan hilang entah ke mana. Kawan-kawan satu kursus masa tu, anggap itu cerita misteri, kononnya itu jelmaan jin. Biasalah tu, takut punya pasal.

Kawan saya cerita pula, dalam tahun lepas, dia buat kursus di tempat yang sama. Satu bilik tu, bila masuk saja ada seekor cicak seperti yang diceritakan tadi. Cicak  besar tu melekat pada dinding. Oleh kerana takut dan tak tahu apa nilainya dengan haiwan tu, maka dihalau saja.

Lokasi yang saya cerita ini perlu dirahsiakan. Kalau tak rahsia, mungkin lain pula jadinya. Seperti cerita mat moto tadi, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk cari cicak ni. Dan saya terfikir juga, kalau saya atau kawan saya tahu nilai dan harga cicak tu, mungkin saya sudah bergelar jutawan sekarang. Hehehe.....

Video Suami Tangkap Isteri Khalwat di Hotel Tersebar di YouTube

(Video ini telah dikeluarkan kerana mendapati paparan di blog ini jadi perlahan. Sila terus ke YouTube.)

Dipetik dari YouTube,
http://www.youtube.com/watch?v=6zd-GwzdDmQ&feature=player_embedded

09 Disember 2010

Wali Tetapkan Soalan Temuduga Nikah Kepada Bakal Menantu


Pelik juga saya bila seorang bapa menetapkan soalan-soalan temuduga kepada bakal menantunya. Anak perempuannya bakal bernikah dengan seorang lelaki pilihan anaknya. Bapa sebagai wali bersetuju menjadi wali pernikahan anak perempuannya tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, antaranya adalah soalan temuduga. Pejabat memang dah sedia ada soalan tu semua, tapi ini soalan lain pula.

"Kenapa tak Tuan Haji saja yang temuduga bakal menantu ?" Tanya saya kepada bapanya itu.

"Tuan kadi sajalah yang soal. Kalau saya, nanti lain pula ceritanya". Kata bapanya.

Dia kasi saya soalan-soalan yang dah siap ditulisnya pada sehelai  kertas. Alamak... terkejut juga saya. Soalannya bukan senang. Kira soalan standart pelajar universiti bidang agama dan mengaji sekolah pondok juga. Susah nak jawab soalan tu.

"Insyaallah Tuan Haji, pegawai saya akan tanya. Tapi bagaimana kalau bakal menantu tu tak boleh jawab ?" Tanya saya.

"Itu terpulang pada tuan kadilah". Katanya

"Terpulang macam mana. Sebagai wali, setuju ke nak teruskan pernikahan ?". Tanya saya.

"Setuju aja". Kata pakcik ni dalam loghat Jawanya.

Saya faham tetapi ada beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran saya yang masih belum terjawab.


08 Disember 2010

Siaran TV Hijrah Bermula 1 Muharam 1432

Salam Maal Hijrah.
Alhamdulillah, tujuh program terbitan TV Al-Hijrah yang akan ke udara pada bulan ini ialah Ejen Halal, Majalah Islam, Bicara, Nota Al-Zahra, Assalamualaikum, Menu Alam dan Berita Al-Hijrah.

Stesen yang boleh ditonton secara percuma ini telah bersiaran secara penuh pada 1 Muharam 1432H, 7 Disember 2010 bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari  http://www.tvalhijrah.com/.

07 Disember 2010

Air Tasik Kenyir dicemari Bakteria ? Betul atau Tidak....

Sebuah akhbar harian hari ini memetik, katanya Tasik kenyir dicemari bakteria e-coli dan membimbangkan. Untuk baca lanjut, Sila Klik

Manakala hari ini juga, satu penafian tentang berita tersebut telah dibuat. Klik Sini

Sebenarnya, antara kedua-dua berita ini, mana satu yang betul. Pasti ada salah satu yang tak betul tu.

Forum Perdana Ehwal Islam di Batu Pahat dan Taman Sri Lambak (T6) Kluang


Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di mana jua berada. Hari ini adalah satu hari kebesaran dalam Islam sehingga dikira sebagai hari pertama di dalam kalendar Islam. Hari pertama dalam kalendar Islam bukan dikira bermula dengan kelahiran Nabi Muhamad SAW atau bukan juga hari pertama Nabi masuk Islam. Ini menunjukkan betapa penting dan agungnya peristiwa hijrah ini.

Di Batu Pahat, pada 10 Disember ini, Jumaat malam, satu Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan di Masjid Air Hitam, Batu Pahat. Ahli panelnya adalah saya dan Ustaz Mahyudin bin Sarif dari UTM Skudai dan dipengerusikan oleh Ustaz Mustafa bin Omar, Kadi Batu Pahat.

Manakala pada 11 Disember, Sabtu malam, Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan di Dewan Bandaran Taman Sri Lambak (T6), Kluang. Ahli panel adalah saya dan Dato' Hj Nooh bin Gadut, Penasihat MAIJ, manakala pengerusi adalah Ustaz Hamizan bin Sayuti. Semua dijemput hadir.

Kena Pijak Gajah


Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik, Gua Musang petang Isnin.

Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

06 Disember 2010

Bekas MB Selangor, Khir Toyo Didakwa Kes Rasuah


Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan tindakan pihak pendakwaan mendakwanya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini akan membersihkan namanya daripada tuduhan itu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau yakin pada sistem perundangan negara ini dan percaya kes itu akan dibicarakan secepat mungkin.


HIV Di Kalangan Wanita Meningkat

Nisbah golongan wanita yang dijangkiti HIV/ Aids di seluruh negara semakin meningkat dengan secara kumulatif seramai 3,206 orang suri rumah telah dijangkiti virus berkenaan sehingga Sept lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata senario HIV/Aids di Malaysia mula berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum manakala hanya 55 peratus dicatatkan pada tahun lalu.

05 Disember 2010

Jutawan Terkaya di Indonesia


JAKARTA 4 Dis. - Majalah Forbes mengumumkan tujuh muka baru dalam senarai 40 orang terkaya di Indonesia dalam terbitan terbaru majalah itu bulan ini

Mereka terdiri daripada Sri Prakash Lohia yang memiliki kekayaan berjumlah RM8.39 bilion (AS$2.65 bilion), Kiki Barki Makmur RM5.34 bilion (AS$1.7 bilion), Benny Subianto RM3.3 bilion (AS$1.05 bilion), Agus Lasmono Sudwikatmono RM2.65 bilion (AS$845 juta), Tahir RM2.53 bilion (AS$805 juta), Wiwoho Basuki Tjokronegoro RM1.81 bilion (AS$575 juta) serta Engki Wibowo dan Jenny Quantero masing-masing memiliki kekayaan berjumlah RM1.76 bilion (AS$560 juta).

Daripada ketujuh-tujuh nama itu, Agus Lasmono Sudwikatmono merupakan yang paling muda pada usia 39 tahun dengan kekayaan berjumlah RM2.65 bilion (7.6 trilion rupiah).Agus merupakan Naib Presiden syarikat, PT Indika Energy, yang berkecimpung dalam industri perlombongan dan tenaga.

Menurut Ketua Penasihat Editorial Forbes Indonesia, Justin Doeble, jutawan Indonesia mengalami peningkatan kekayaan hampir dua kali ganda dari tahun sebelumnya.Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan arang batu dan perladangan, khususnya sawit.

Berikut ini adalah profil tujuh pendatang baru orang terkaya di Indonesia :

Sri Prakash Lohia, 58, pemilik Grup Indorama. Pengeluar polyester terkemuka di dunia. Produknya dieksport ke 90 negara di lima benua. Selain terlibat dalam industri tekstil, beliau juga terlibat dalam sektor jana kuasa elektrik.

Kiki Barki Makmur, 71, pemilik Kumpulan Tanito Coal. Salah satu perusahaan arang batunya, PT Harum Energy Tbk disenaraikan di Bursa Efek Indonesia pada Oktober lalu dan memperoleh keuntungan 1 trillion rupiah (RM350 juta). Kekayaannya naik mendadak dalam tempoh tiga tahun daripada 13.5 trillion rupiah (RM4.7 bilion) menjadi 15.3 trillion rupiah (RM5.3 bilion). Kiki turut memiliki saham di Australia melalui Cockatoo Coal.

Benny Subianto, 68, memulakan kerjaya dengan menyertai Astra Internasional milik William Soeryadjaya. Beliau kemudian memegang jawatan penting di syarikat milik Astra, antara lain United Tractors, Agro Industri, PT Sumalindo Lestari Jaya, dan Astra Basic Industri. Kini Benny dan dua lagi rakan kongsi, Edward Soeryadjaya dan Boy Tohir sama-sama membina kejayaan melalui Adaro Energy.

Agus Lasmono Sudwikatmono, 39, pemilik Grup Indika. Terlibat dalam pelbagai perniagaan termasuk multimedia (Indika FM, Indika Telemedia, Indika Production) serta memiliki saham di SCTV dan Planet Hollywood.Turut menceburi sektor tenaga arang batu melalui syarikat PT Indika Energy Tbk, industri petrokimia melalui syarikat PT Petrokimia Nusantara Interindo.

Wiwoho Basuki Tjokronegoro, pemilik Grup Tripatra, menceburi industri cari gali minyak termasuk mengeluarkan pelantar serta pemasangan kelengkapan itu. Beliau turut menceburi bidang kajian laut, kewangan serta bekalan elektrik dan perlombongan. Beliau merupakan Presiden Pesuruhjaya syarikat Indika Energy.

Engki Wibowo, 59, dan Jenny Quantero, 58, pula merupakan pemilik syarikat PT Bayan Resources Tbk, yang terlibat dalam bidang perlombongan arang batu. Bayan merupakan salah satu daripada syarikat arang batu terbesar di Indonesia.

04 Disember 2010

Gula Naik Harga Lagi

Harga gula dinaikkan 20 sen dari 1.90 kepada 2.10 mulai esok. Harap-harap harga teh tarik janganlah naik.

03 Disember 2010

Harga Minyak RON95 Naik 5 Sen ?


Katanya petrol RON95 naik 5 sen dari 1.85 pada 1.90 mulai jam 12.00 malam ni. Lain-lain kenaikan, tengok kat bawah ni.


Cepat Bayar Saman Trafik Sebelum Isteri Membebel

Balai Polis Trafik Kluang ramai orang hari ni,  kemungkinan besar nak bayar saman sejak kerajaan memberikan diskaun baik punya kepada pesalah trafik. Rumah saya betul-betul depan balai polis trafik, nampak kereta penuh sesak.

Khusus kepada yang pakai kereta nama isteri atau pinjam kereta isteri, kalau ada kena saman, cepat-cepatlah bayar saman sebelum isteri membebel. Hehehe.....

"Kalau orang cakap banyak, dia kata membebel, yang dia tu saman tak bayar-bayar tu... macam mana orang tak bebel". Tambah isteri dia lagi.

02 Disember 2010

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 56)

Yanti ke tingkat atas menuju ke keretanya. Kali ini dia nekad untuk terus keluar meninggalkan hotel itu dan bersiar-siar seorang diri. Dia melalui Jalan Susur Tun Abdul Razak dan memperlahankan keretanya melihat orang ramai di situ. Yanti tahu apa yang menarik di situ iaitu pondan-pondan yang berpecah-pecah mencari pelanggannya di situ. Dulu, kalau keluar dengan Man atau kawan serumahnya Noor, Yanti selalu juga lalu di situ juga. Terhibur juga hati Yanti malam itu melihat gelagat satu persatu pondan dengan aksi masing-masing.

Kemudian Yanti lalu di pusat beli belah Angsana dan kereta penuh sesak di situ. Ramai orang rupanya ke Angsana dan menghairankan Yanti juga. Rupanya ada jualan mega dan selama 5 hari dan malam itu Angsana dibuka sehingga jam 12.00 malam. Yanti kemudian menuju ke tempat Man berniaga. Jam pukul 10.00 lebih itu ramai orang di situ terutama yang pergi makan. Yanti memberhentikan keretanya supaya keretanya tidak lalu di depan gerai Man. Yanti bimbang kalau-kalau Man perasan kehadiran Yanti.

Lepas itu, dari jauh dan dari kawasan yang agak gelap, Yanti memerhatikan gerai burger Man. Ada 4-5 orang pelanggan sedang menempah burger sehingga menghalang pandangan Yanti ke arah orang yang menjual itu. Begitulah dari dulu, ramainya pelanggan Man, bisik hati kecil Yanti. Yanti kemudian menghampiri dengan lebih dekat dan Yanti dapat melihat dua lelaki sedang asyik memasak burger. Yanti kenal sangat, lelaki itu adalah Aboi tapi Yanti tak kenal siapa lelaki yang seorang lagi. Mungkin itu pekerja baru Man, bisik hati Yanti. Yanti memerhatikan di sekeliling, kalau-kalau Man ada di sekitar kawasan itu, tapi tiada nampaknya.

Terfikir juga Yanti, kalau-kalau Man ada di Restoran Osman, kedai mamak yang Man selalu duduk di situ. Mulanya Yanti nak pergi ke restoran itu tapi Yanti tak jadi pergi memikirkan tempat itu terang. Yanti tak mahu terserempak dengan Man.

Malam itu, Yanti sudah rasa suasana hampir setahun lalu sudah kembali semula. Dulu hampir setiap malam, Yanti melepaskan kerinduan di gerai burger Man. Kalau satu hari tak tengok gerai Man, Yanti seakan tak dapat tidur. Dulu kalau tak jumpa Man satu hari pun tak apa, sekurang-kurang dengan jenguk gerai saja, sudah terubat kerinduan. Hari itu, terbalaslah sudah kerinduan Yanti selama ini. Satu lagi, Yanti terfikir juga untuk rasa burger Man. Burger itu sedap dan sedapnya itu bukan Yanti seorang saja rasa, malah pelanggan lain juga. Hendak saja Yanti pergi beli burger itu ditambah perut Yanti yang mula terasa lapar. Tapi tidak, tidak... Yanti tak mahu kehadirannya disedari. Yanti pasti, Aboi pasti akan beritahu Man kalau dia beli burger hari itu. Yanti batalkan hasrat nak makan burger malam tu.

Jam dah menunjukkan 10.45 malam. Yanti masuk ke kereta dan hendak pulang semula ke hotel. Dalam perjalanan, Yanti terasa hendak sangat untuk lalu di depan rumah Man. Yanti percaya, kehadirannya sukar disedari Man kerana sekitar rumah Man agak gelap sedikit. Yer, rumah itu juga dulu sebagai ubat kerinduan bagi Yanti kalau tak jumpa Man. Yanti lalu di depan rumah Man dan mendapati kereta Waja Man tiada, yang ada cuma motosikal ex-5 Man. Lampu di hadapan terang dan Yanti yakin, Man ada di kawasan itu juga. Suasana di rumah Man tidak banyak berubah dan Yanti melihat baju-baju Man bersidai di luar. Yanti kenal, itu semua adalah baju Man yang dia selalu lihat dulu waktu keluar dengan Yanti.

Bila lalu di Angsana, Yanti rasa teringin nak singgah di situ. Dapat juga nak beli-beli di situ. Dulu, di Angsanalah pusat beli belah yang Yanti paling suka kerana hampir semua benda ada di situ seperti pakaian dan makanan. Tambah lagi, hari itu ada jualan Mega yang pasti hebat dan membakar nafsu Yanti. Terasa pulak lapar dan teringin nak makan mee rebus Johor yang terkenal itu. Yanti tercari-cari tempat letak kereta, tapi tidak berjaya kerana orang semakin ramai yang datang sehingga pengawal keselamatan bertungkus lumus mengawal lalulintas. Banyak kereta termasuk kereta dari Singapura datang ke situ malam itu. Terpaksa Yanti batalkan hasrat nak singgah Angsana malam itu. Tapi tak apa, malam esok masih ada peluang bagi Yanti. Yanti balik ke hotel.

Dari tadi, Badrol dah beberapa kali telefon dan sms Yanti tapi satu pun Yanti tak balas. Tak boleh tidur dibuatnya Badrol malam itu dan dia fikir yang bukan-bukan pada Yanti. Tersiksa Badrol malam itu dihimpit ketakutan akan kehilangan Yanti selepas ini. Ditambah pula dengan kata-kata Azizah yang kata Yanti sudah ada pakwe masa di JB dulu. Badrol bimbang kalau cinta itu berputik kembali. Badrol sudah pendamkan lama untuk jadikan Yanti sebagai isteri yang sah.

Badrol yakin dia dapat membahagiakan hidup Yanti dan dapat diterima oleh keluarga Yanti ditambah dengan sokongan Azizah, kakak Yanti sendiri. Tapi masalahnya sekarang adalah Yanti sendiri. Sudah banyak kali Yanti mengecewakan Badrol yang sentiasa impikan ungkapan cinta dari mulut Yanti tetapi hambar belaka. Segala umpan-umpan yang dipasang Badrol, Yanti makan umpan itu, tapi tak pernah pun Yanti tersangkut di mata kail pancingnya. Pernah beberapa kali Badrol kecewa dan sudah mengumumkan persaraannya untuk memikat Yanti setelah dilanda kegagalan. Tapi persaraan  itu tak lama dan Badrol tetap masuk ke gelanggang. Badrol tak pernah mengenal putus asa, dia tetap berusaha menambat hati dan jiwa Yanti.

Mak Syira dah kasi Syira dan Nizar ke JB esok. Paling gembira malam itu adalah Nizar yang melonjak kegembiraan dan mengemas baju. Syira tegur Nizar kenapa bawa banyak baju dan beg besar walaupun bukan lama nak ke JB tu. Nizar nampannya tak hiraukan semua itu. Nizar merancang nak duduk lama di JB yang lebih menyeronokkan baginya.  Terfikir juga Syira, dia nak ke JB tetapi tak beritahu pun pada Man. Syira fikir, esok saja telefon Man bila dah dekat-dekat sampai ke JB.

Lagi satu, kan perlu juga telefon kak Yanti sebab itu tujuan asalnya. Tapi terfikir juga Syira, bimbang kalau-kalau perancangannya nak pertemukan Man dan Yanti tak menjadi. Nak dipertemukan di mana ? Takkanlah di hotel, itu tempat Yanti kursus. Di gerai burger Man ? Kan situ sedang sibuk dengan pelanggan. Perkara itu mengusutkan fikiran Syira juga dan menyukarkannya untuk tidur malam itu.

 Satu lagi, bagaimana kalau dia tidak berjaya hari esok ? Yer, mungkin juga tidak berjaya. Semua itu bukan senang. Nak harapkan Nizar, Syira percaya Nizar tak boleh diharapkan dalam hal ini. Syira tahu, yang Nizar gembira sangat adalah Man beri Nizar bawak moto Man di JB walaupun Nizar tak ada lesen memandu. Jadi, Syira tau, itu saja yang Nizar seronokkan. Tapi bagi Syira, bukan benda seronok yang dia fikir, tapi benda yang bukan mudah baginya esok.

Ustaz Khalil baru pulang dari Gunung Ledang dan agak keletihan. Lepas solat maghrib, dia tertidur dengan nyenyaknya dan terjaga dalam jam 10.30 malam. Dalam keadaan mamai itu, ustaz Khalil fikir, elok sangat kalau pekena teh tarik untuk menghilangkan rasa mamainya itu. Oleh kerana dia seorang, elok juga dia minum bersama Man. Lagipun, Man ada benda yang katanya penting sangat nak beritahu dan Ustaz Khalil rasa, hari itu dia mesti tahu apa cerita sebenarnya.

"Hello Man.... Ada di mana ?" Telefon ustaz Khalil.

"Ada dekat-dekat sini saja ustaz. Ustaz di mana ?" Kata Man.

"Saya kat rumah JB ni. Jom keluar minum sekarang. Tunggu saya kat Restoran Akif, sekejap lagi saya keluar". Kata Khalil.

Mereka bertemu di Restoran Akif, tak jauh dengan rumah ustaz Khalil. Ustaz Khalil suka sangat teh tarik kedai tu. Malah, dalam JB ustaz Khalil kata, itulah teh tarik paling sedap di JB. Sampai saja Man di situ, Khalil hairan dengan Man yang berpakaian baju kemeja lengan pendek dan ada bau minyak wangi.

"Pergi mana tadi Man ? Pakai smart aja malam-malam ni ?". Tanya ustaz Khalil.

"Alahhh.. biasalah ustaz, jumpa kawan tadi". Kata Man.

"Smart-smart ni, macam jumpa makwe ajer" Sindir ustaz Khalil.

"Hehe..." Tergelah Man dibuatnya.

Ustaz Khalil minum teh tarik dan roti telur. Man pula cuma minum teh O tapi tak makan. Anggapan ustaz Khalil, mungkin Man baru makan. Yer le, jumpa kawan, tentu dah makan sama.

"Dah selesai ke tugas ustaz di luar daerah tu ?" Tanya Man.

"Selesailah untuk hari ni Man. Lepas ni ada kena pergi sana lagi, Gunung Ledang, kes ajaran sesat. Tangkapan dah dibuat semalam". Kata Khalil.

"Menarik tu ustaz, seronoklah kerja macam ustaz ni, banyak benda boleh jumpa". Kata Man.

"Yer le, dah kerja saya, saya buat-buat seronok kerja ni dan taknak fikir susah. Kalau nak fikir susah, memang susah, kena tinggal keluarga beberapa hari dan tidur dalam khemah kat sana" Kata Khalil.

"Sampai kena tidur sana ? Tak takut ke ustaz ?". Kata Man.

"Dah kerja macam saya ni, dah tak ada rasa takut dah. Alhamdulillah, dulu masa kat universiti dulu masuk tentera, dah biasa dengan keadaan macam tu. Kira tidur dalam hutan tu dah jadi lumrah". Kata Khalil.

Begitulah perbualan mereka sambil makan. Belum pun keluar kata-kata yang dinanti-nantikan iaitu apakah perkara yang penting nak diberitahu Man. Tak lama kemudian, Man nampaknya ingin memulakan bicara pentingnya itu.

"Ustaz. Maafkan Man, kalau.....". Kata Man dan kata-katanya terhenti.

"Yer Man, teruskan" Kata ustaz Khalil.

Berat hati Man untuk melafazkan kata-kata itu lagi. Man tunduk dan menggenggam tangannya. Ustaz Khalil tahu, Man perlukan semangat untuk meneruskan kata-kata itu.  Ustaz Khalil terdiam menantikan kata-kata lanjut Man.

"Ustaz. Man insan yang kerdil. Man......" Kata-kata Man terputus lagi.

Ustaz Khalil nampak satu yang berat sehingga Man jadi sebegitu. Bila direnung ke mata Man, Man mengalirkan air mata dan mengesat-ngesat dengan jarinya. Ustaz Khalil tak berkata apa-apa, sambil tangannya mengangkat gelas menghirup air teh tarik.

Apakah yang sangat berat itu ? Kenapa Man menangis ? Air mata kegembiraan atau air mata kesedihan ?

BERSAMBUNG KE EPISOD 57
http://kadikluang.blogspot.com/2010/12/sudah-nasibku-mat-burger-episod-57.html



Bakal Pengantin Tak Boleh Baca Surah Al-Fatihah


Baru-baru ni, ada satu permohonan oleh pasangan pengantin untuk bernikah di Kluang. Bila ditemuduga, kedua-duanya iaitu bakal pengantin lelaki dan perempuan telah gagal dalam temuduga. Kes ini dirujuk kepada saya untuk pertimbangan dan saya terkejut kerana kedua-duanya gagal temuduga kerana tidak boleh baca surah Al-Fatihah. Saya tetap tidak memberi lulus kepada mereka sehingga mereka berjaya membaca surah tersebut.

Sebenarnya, kalau bab-bab lain dia gagal, saya masih ada pertimbangan sikit. Tapi kalau gagal baca surah Al-Fatihah, saya tak boleh terimalah. Pasangan ini balik  dan datang keesokan harinya dengan harapan dia boleh hafal surah Al-Fatihah ini di rumah. Malangnya sekali lagi mereka gagal dan saya minta mereka balik dulu dan datang semula selepas dapat hafal surah ini.

Yang saya cerita ini adalah orang kita, orang Melayu yang dah Islam dari kecil. Bukan seorang, tapi dua-dua sekali tak boleh baca Al-Fatihah. Mak dan ayah dia pun Islam dari kecil. Patutkah ibu bapa dipersoalkan pada akhirat kelak kerana kegagalannya mendidik anak-anak ? Kenapalah boleh terjadi perkara sebegini ?

01 Disember 2010

Cepat Bayar Saman Trafik, Ada Diskaun! Durian Runtuh!

Setahu saya, semua saman yang dikeluarkan selepas 30 November 2010 akan dapat diskaun seperti berikut :
1) Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan 50% diskaun dari kadar kompaun sebenar
2) Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16-30 hari akan diberikan 30% diskaun dari kadar kompaun sebenar
3) Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif (diskaun) dan seterusnya akan disenarai hitamkan!
Kalau nak tahu cerita lanjut, sila hubungi Polis Trafik berhampiran.

Kalau Nak Pakai Kereta, Jangan Pakai Kereta Yang Mesti Pakai RON97 (Episod 7)


Kira untung jugalah sebab kereta saya boleh pakai petrol RON95. Ada sesetengah kereta, mesti pakai RON97, kalau pakai RON95 boleh ada masalah pada kereta tu. Harga minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter mulai hari ini. Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Cerita Keret Episod 8, klik sini

29 November 2010

Amboi... Seronoknya Main Air Banjir


Gambar di Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.

Duda 64 Tahun ditangkap Berzina Dengan Janda 33 Tahun


Lelaki berstatus duda berumur 64 tahun, mempunyai  anak 4 dan bekerja sendiri. Manakala wanita berstatus janda berumur 33 tahun yang sudah mempunyai anak 3. Pasangan ini ditahan oleh penguatkuasa Agama Kluang atas kesalahan khalwat di sebuah rumah di Taman Intan, Kluang baru-baru ini.

Pasangan ini turut mengaku telah berzina beberapa kali di rumah tersebut sehingga  wanita itu melahirkan anak berusia kira-kira dua bulan.

28 November 2010

Petrol RON95 Bukan Punca Kebakaran : Menteri


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.

"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.

27 November 2010

Luahan Rasa Isteri Bermadu, Sering Menangis Sendirian

"Saya adalah seorang isteri kedua. Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan.

Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain.

Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ?

Tolong nasihatkan saya...sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?"

Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan....

25 November 2010

Atuk 83 Tahun Nikah, Cucu 19 Tahun Pun Nikah

Tiga bulan lepas, seorang lelaki duda 83 tahun bernikah dengan ibu tunggal 50-an. Hari ini atoknya pula jadi wali pernikahan kepada cucu perempuannya 19 tahun. Mulanya saya tak perasan bila atuknya itu kata,

"Tuan kadi tak ingat saya ker, yang baru nikah ari tu...."

Baru saya ingat dan tersenyum juga saya dibuatnya sambil merenung isterinya, iaitu nenek kepada pengantin perempuan. Nampaknya, belum lama atoknya jadi pengantin baru, hari ni cucunya pula.

Tun Dr Lim Chong Eu Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia jam 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah

24 November 2010

Pertempuran Tentera Korea Utara dan Korea Selatan

Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh bedilan meriam ke sebuah pulau, iaitu yang terbesar di Korea Selatan sejak tamat Peperangan Korea pada 1953.

Bedilan Korea Utara itu mengakibatkan beberapa bangunan terbakar, serta menyebabkan tembakan balas dari Korea Selatan. Sekurang-kurangnya dua anggota marin Korea Selatan maut dan 16 lain cedera, kata pihak tentera.
Stesen televisyen YTN berkata beberapa rumah terbakar dan peluru masih lagi menghujani pulau Yeonpyeong.

23 November 2010

Dinar Iraq Boleh Jadi Jutawan ?


Sekarang ni tersebar kononnya boleh beli duit 'Dinar Iraq' untuk peluang orang ramai jadi jutawan. Sekarang nampaknya dah berleluasa juga orang kita terjebak terutama pengguna internet.  Ada seorang ni kata, harganya RM 750 untuk memiliki 50 ribu dinar. Katanya, duit Iraq ni sekarang tak ada nilai kerana disekat oleh kerajaan asing yang menjajah Iraq sekarang.

Katanya, tak lama lagi duit ini akan diapungkan semula dan akan ada nilai yang tinggi. Katanya sehingga 1 dollar Amerika. Jadi kalau 50 ribu dinar Iraq, nilainya 50 ribu dollar Amerika, maknanya lebih 150 ribu ringgit Malaysia. Waw...modalnya cuma RM 750 saja, berbaloi betul.

Bila ditanya, bila sebenarnya duit ni akan diapungkan ?  Katanya dah tak lama lagi, paling lewat pun 3 bulan lagi. Sekarang baru lantik perdana Menteri baru Iraq dan lepas tu kabinet. Lepas tu duit ni akan diapungkan sebelum ganti matawang baru. Maknanya, tak lama lagi, ramailah orang kita jadi jutawan.

Tanpa saya nak ulas panjang, cukuplah orang kita dah banyak kena tipu. Ni dinar Iraq pulak. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan ini... Cukuplah orang kita dah banyak kena tipu seperti saham ikan keli, lintah, burung puyuh, burung walit dan lain-lain. Dalam dunia sekarang kita perlu ingat, banyak penipuan yang  kita sendiri tak berapa sedar.

Nak ulang banyak-banyak kali letihlah saya. Bacalah sendiri dfalam blog saya ni, banyak cerita penipuan macam ni.

Cerita Paling Popular Dalam Blog ini, Sudah Nasibku Mat Burger

Pelaburan Keli, Lintah, Puyuh, Ketam


Calon SPM Meninggal Dunia Sesak Nafas

Seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Hazizul Hasah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tangkak, Johor, meninggal dunia sebelum sempat mengambil peperiksaan SPM selepas rebah dan sesak nafas kerana komplikasi jantung pada pukul 8 pagi tadi.

Patung Bogel dijual Berleluasa

Sebuah akhbar melaporkan, patung separuh bogel yang dijual secara bebas kepada pengunjung Pasar Sehari Wang Kelian di Padang Besar.

22 November 2010

Tandas Awam Kotor ?

Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang, dan hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan

Mohd Nizar Jadi Ultraman





Nikah Cuma Nak Tutup Malu Saja Ker ?

Pasangan muda awal 20-an ni baru 3-4 bulan bernikah. Nikah pun macam dah terpaksa kerana desakan keluarga kedua-dua belah pihak setelah perempuan hamil luar nikah 4-5 bulan, dipercayai kerana perbuatan mereka berdua.

Sekarang, lelaki jarang balik rumah isteri yang duduk rumah keluarga perempuan. Lelaki bekerja biasa saja, manakala isteri tak bekerja. Mereka tak ada rumah sewa sendiri. Dah berminggu-minggu juga lelaki tak balik rumah isteri yang dah sarat nak melahirkan anak sulung itu.

Persoalannya, pernikahan ini, adakah kerana nak tutup malu saja ?

21 November 2010

Anak Dara Umur 52 Tahun Bertemu Jodoh Jua

Beberapa hari lepas, saya nikahkan seorang anak dara umur 52 tahun, belum pernah bernikah sebelum ini. Bertemu jodoh dengan seorang lelaki duda anak lima, umur 56 tahun yang kematian isteri 4 tahun lepas. Semoga jodoh berpanjangan.

20 November 2010

Takraw Final, Malaysia Kalah dengan Thailand

Hanya pingat perak yang mampu dihadiahkan buat Malaysia oleh skuad sepak takraw kebangsaan setelah kecundang kepada Thailand dalam acara akhir berpasukan lelaki yang tamat sebentar tadi di Sukan Asia Guangzhou XVI. Malaysia tewas 2-0.

19 November 2010

Kena Tipu Ribuan Ringgit Saham Sukarno

Sebuah akhbar harian hari ni cerita pasal orang kita tertipu dengan 'Saham Sukarno'. Kononnya kena keluarkan duit untuk proses mencairkan wang jutaan ringgit. Orang itu mendakwa sebagai keturunan Sukarno. Bercita-cita nak dapat duit juta, tapi jadi kayap. Yang kena ni termasuklah orang Muar, menurut akhbar berkenaan.

Nak tergelak tak boleh pulak, tak baik gelakkan orang. Tapi sebelum berlaku, kenalah berhati hati. Kalau tak ada ilmu sangat dengan saham ni, simpanlan duit kat Tabung Haji atau ASB. Skim pelaburan yang menipu seperti ini nampaknya berleluasa terutama di kawasan luar bandar. Maklumlah, orang kampung sekarang dah mula mewah dengan kenaikan harga getah dan sawit sekarang.

Laman Internet Paling Popular di Malaysia

Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA). MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.
"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam.

17 November 2010

Selamat Menyambul Aidil Adha


Saya mengucapakan selamat Aidil Adha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana jua berada,. Diiringi salam kemaafan sekiranya ada tertanjur dan terkasar bahasa sepanjang mengendalikan blog ini.

Ramai yang bercuti hari ini dan pulang ke kampung bertemu keluarga. Perjalanan saya semalam dari Kluang ke Marang Terengganu, penuh sesak dengan kenderaan menuju ke pantai Timur. Berhati-hati di jalan raya dan bertimbangrasa sepanjang perjalanan. Tidak kurang yang perlu bekerja pada hari ini terutama pasukan keselamatan dan lain-lain agensi. Semoga bahan bacaan dalam blog ini dapat mengubat kerinduan.

Hari raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Antaranya adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah menyempurnakan fardhu haji. Juga sempena memperingati peristiwa korban sewaktu zaman Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Kemeriahan menyambut Aidil Adha ini diisi dengan ibadah korban dan mengagihkan kepada orang ramai terutama kepada fakir miskin. Bersedekah juga digalakkan pada hari ini untuk bersama membantu umat Islam terutama di tempat kita berada.

Sama-samalah kita memperingati nasib umat Islam di seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya saudara kita umat Islam di Indonesia yang masih bergelut dengan muntahan gunung berapi, gempa bumi, thunami, ribut taufan dan sebagainya. Begitu juga umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara yang memerlukan kesabaran dalam menempuh perjuangan. Kita ni negara kita jauh lebih bertuah berbanding umat Islam di sana. Semoga negeri dan negara kita tidak dilanda ujian besar seperti banjir besar, thunami dan sebagainya.

Bantu membantulah sesama umat Islam. Yang ada kemampuan wang ringgit bolehlah membantu dari segi kewangan. Yang lain, sekurang-kurangnya bersamalah kita berdoan untuk kesejahteraan umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

16 November 2010

Johan Tilawah Quran Johor Meninggal Dunia Kemalangan

Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Johor 2010, Mohd Zulhilmi Ibrahim, 22, yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Haji Dasuki, Batu 16, Kampung Sungai Tiram, meninggal dunia di Hospital Sultan Ibrahim (HSI) di Johor Bahru, semalam.

Mohd Zulhilmi yang juga salah seorang peserta qari Peringkat Kebangsaan kali ke-53 mewakili Johor itu, dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya lalu terbabas ke dalam longkang.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 55

Yanti masuk ke bilik semula. Nampaknya hasrat dia nak keluar malam tu kira tak jadilah. Rakannya sudah tidur dan berselimut, tentu dah penat sangat. Yanti duduk di atas kerusi dan kalau nak buka tv, rasa boleh ganggu tidur kawannya pulak. Yanti tengok nombor-nombor telefon kawan lamanya di JB terutama yang satu pejabatnya dulu. Nombor itu Yanti masih simpan dan Yanti rasa nak sms mereka, nak beritahu Yanti ada di JB sekarang. Tapi sekali lagi fikir, rasa macam tak perlu pulak, lagipun Yanti datang ada kursus yang aturcaranya padat di hotel tu. Yanti rasa boring sangat malam tu, nak tidur, malam masih awal. Biasa kat rumah, Yanti tidur paling awal pun pukul 11.00.

Badrol mulanya tak tahu yang Yanti ke JB, sedikit pun Yanti tak beritahu. Dari semalam, panggilan dan sms Badrol pada Yanti tidak berbalas. Akhirnya Badrol tahu juga Yanti buah hatinya itu ke mana. Bila panggilan kepada Yanti tak berjawab, Badrol telefon kakak Yanti, Azizah. Azizah pun beritahu yang Yanti ada kursus di JB. Timbul rasa cemburu pada Badrol bila tahu Yanti ke JB. Tambahan pula, Badrol fikir, apa perlunya nak berahsia kalau nak ke JB, beritahu pun tak apa. Perasaan seorang yang menaruh perasaan terhadap orang lain sememangnya begitu. Bukan nak mengongkong, tapi kalau boleh nak tahu buah hati dia ke mana.

Pada Yanti, dia tak mahu diganggu sepanjang dia di JB. Selain berkursus, Yanti anggap sebagai satu percutian percuma dan untuk mencari ketenangan di JB tu. Yanti sedang melayan perasaan dan mengingati kenangan lamanya di JB. Yanti rasa tak mahu ada gangguan dari Badrol.

Badrol terus rasa syak dan rasa cemburu pada Yanti. Tak payahlah nak korek rahsia Yanti, telefon dan sms dah tak berjawab. Selama ini pun Badrol dan Yanti kira rapat juga, tapi bila disentuh bab percintaan, Yanti nampaknya mahu mengelak. Badrol tak boleh tidur malam tu dan memaksa dirinya menelefon Azizah sekali lagi. Memang tak sesuai menelefon seorang yang bergelar isteri dan ibu pada malam-malam tu, tapi Badrol telefon juga.

"Kak, Yanti ada cakap dengan kakak apa-apa ker sebelum ke Johor ?" Tanya Badrol. Azizah semacam pelik dengan pertanyaan itu.

"Tak ada apa, cakap biasa-biasa saja. Kenapa Badrol ?" Kata Azizah.

"Tak kak, nak tanya sikit boleh tak, kak ?" Kata Badrol.

Hairan juga Azizah. Azizah kemudiannya masuk ke bilik dan meninggalkan suaminya di ruang tamu supaya suaminya tidak dengar perbualan itu. Azizah sudah rasa ada sesuatu yang Badrol nak tanya.

"Kak, masa Yanti di Johor dulu, Yanti ada teman lelaki istimewa ker ?" Tanya Badrol.

Pertanyaan itu sememangnya menjadikan Azizah serba salah dan sedikit melatah. Terlitas di fikiran Azizah, mungkin juga Yanti yang cerita sendiri pada Badrol, mungkin juga.

"Erggg, kenapa tanya soalan ni Badrol ?" Kata Azizah.

"Tak ada apa kak, tanya saja. Rasanya macam dia dah ada teman lelaki. Betul ker ?" Kata Badrol.

Azizah terdiam seketika, serba salah dibuatnya. Pada Azizah, nak berterus terang salah, tak beritahu pun macam ada salah juga. Kemudian Azizah jawab.

"Macam ni Badrol......Itu dulu masa kat JB, sekarang dah tak ada" Kata Azizah.

Mendengar kata Azizah itu, perasaan Badrol terus berubah. Keceriaannya sudah bertukar, suaranya pun sudah mula sebak. Muka Badrol dah jadi pucat.

"Okey, tak apa kak. Badrol saja nak tahu saja".  Kata Badrol dengan suara yang agak mengeletar. Kemudian perbualan mereka berakhir di situ. Badrol tidak dapat meneruskan perbualan itu.

Di ruang tamu, suami Azizah bertanya sesuatu.

"Siapa yang telefon ?  Badrol ker ?". Tanya suami Azizah.

"Yer, Badrol". Jawab Azizah ringkas.

"Pasal apa tu ?". Tanya suami Azizah lagi.

"Errggg....adalah cerita sikit" Jawab Azizah, seolah mahu berahsia lagi, tapi nampaknya macam dah tak boleh berahsia pada suaminya.

"Pasal apa ? Pasal Yanti ker ?" Kata suami Azizah.

"Erggg... yer" Jawab Azizah seakan menggelabah sikit.

Suami Azizah terdiam seketika sambil baring menonton tv. Azizah duduk di sofa mengadap tv. Anak-anak mereka masa itu sedang di bilik masing-masing.

"Kenapa kita tak jodohkan saja Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata suami Azizah sambil meperlahankan suara tv . Perkataan itu mengejutkan Azizah sehingga Azizah tak dapat berkata-kata.

"Sampai bila kita nak tahan jodoh Yanti tu.... Kalau dia dah suka sama suka, kenapa perlu kita nak halang ?". Kata suami Azizah. Azizah terdiam lagi, kemudian jawab juga.

"Abang.... kita nak tengok Yanti bahagia dalam perkahwinannya. Sebab tu kita nak ambil tahu juga siapa bakal suami dia. Ramai-ramai lelaki, kenapalah Mat Burger tu yang dia pilih ? Yanti kan cantik, ada ramai orang nak berkenalan. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari Mat Burger tu, tapi Yanti tolak". Kata Azizah.

" Sekarang siapa nak kawin ? Yanti ke orang lain ? Boleh ker perasaan seseorang itu diubah dan kita pula yang menentukan perasaan cinta mereka ? Ingat senang ker" Kata suami Azizah.

" Yer betul. Tapi Yanti kenalah pandang banyak perkara, jangan disebabkan cintakan seseorang sampai membelakangkan keluarga. Lelaki tu nanti akan jadi sebahagian dari keluarga kita juga. Kalau Yanti kawin dengan Mat Burger tu, nanti ada masalah, kita juga dia cari. Ingatlah, perkahwinan ini bukan sekadar main-main. Yanti belum matang dalam hal ini". Kata Azizah, suaranya sudah mula tinggi.

"Janganlah kita pandang rendah pada Yanti. Betul dia adik bungsu tapi jangan anggap dia tak matang. Dia pun belajar sampai universiti juga dan kerja pegawai kerajaan, takkanlah dia tak matang lagi.... Kenapa kita pandang rendah pada Mat Burger dan orang-orang yang kerja biasa. Seolah-olah kita dan keluarga kita rasa berada dalam kedudukan tinggi." Kata suami Azizah.

"Tak, saya dan adik beradik saya tak pernah pandang rendah pada Mat Burger, tidak". Kata Azizah menyampuk.

"Azizah...dari mula lagi abang dah tak setuju kita adik beradik menentang jodoh Yanti dengan Mat Burger tu. Sebab tu abang tak mahu masuk campur dalam hal ini.....Kita belum sempat tanya latar belakang Mat Burger tu. Bagaimana keluarga dia, ibadat dia, ekonomi dia, pergaulan dia dan sebagainya. Terus kita tolak tanpa usul periksa disebabkan dia Mat Burger. Patut ke begitu..." Kata suami Azizah.

Azizah terdiam dan mula mengesat-ngesat air mata. Dia tak mahu melatah dengan mengeluarkan perkataan yang boleh memulakan pertengkaran. Dia dah faham dengan suaminya itu, kalau jadi pertengkaran sudah tentu suaminya saja yang nak menang. Kekadang pertengkaran kecil boleh berlarutan hingga dua tiga hari. Maka berdiam diri adalah baik bagi Azizah. Suaminya meneruskan kata-kata.

"Azizah...Abang bukan datang dari keluarga kaya. Mak ayah abang dulu kerja kampung yang tak seberapa. Abang cukup sensitif kalau seseorang dihina kerana pekerjaannya. Kita yang hidup senang ni belum tahu lebih mulia dari mereka. Tak kiralah dia kerja apa, tukang pungut sampah ker, cuci longkang ker, penjaja tepi jalan ker, janji dia cari rezeki cara halal. Bukan dia perompak atau hisap dadah. Di sisi Allah Taala, belum tentu kita ni lebih mulia dari mereka. Mungkin kita ni yang lebih hina. Ingat, hari ini orang pandang mulia pada kita, tapi esok lusa belum tahu...." Kata suami Azizah.

Azizah terus diam walaupun kalau dia nak jawab, dia banyak benda nak jawab.

Jam 10.00 malam, Yanti baring dan cuba untuk tidur tapi seakan tak boleh tidur. Perasaan Yanti meronta-ronta mahu keluar ronda-ronda malam itu. Pada Yanti, kalau di JB pukul 10 tu perkara biasa kalau nak keluar. Paling tidak pun, dia dapat tengok gerai burger Man dari jauh. Itu pun sudah cukup untuk malam itu.

Yanti salin baju semula dan keluar dari bilik menuju ke tingkat atas di tempat letak kereta. Ke mana Yanti pergi ? Adakah rancangan Yanti nak keluar itu adalah yang terbaik ? Lagi satu, jadi atau tidak Yanti keluar ni ?

BERSAMBUNG KE EPISOD 56
http://kadikluang.blogspot.com/2010/12/sudah-nasibku-mat-burger-episod-56.html

Artis Veteran Khalwat Janda : Aman Syah didakwa

Penyanyi veteran, Aman Shah. Aman Shah  dituduh berkhalwat dengan janda beranak dua di kuarters kerajaan di Presint 15 dan bakal dibicarakan pada 12 Januari 2011 depan.

Artis terbabit dikatakan memasuki rumah kekasihnya yang juga kakitangan kerajaan kira-kira jam 10 malam sebelum sepasukan anggota penguat kuasa Jawi menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan berlakunya perbuatan khalwat.
 
Aman Shah adalah penyanyi veteran era 1980 dan awal 1990-an di rumah wanita tersebut di kuarters kerajaan di Presint 15.



Waspada Hujan Lebat dan Banjir Besar


Selepas Kedah dan Perlis, beberapa negeri di Pantai Timur termasuk bahagian Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pula dijangka mengalami banjir besar berikutan peningkatan taburan hujan dengan sesetengah tempat diramal melebihi 40 peratus berbanding paras biasa.

Fenomena itu berlaku ekoran perubahan cuaca musim Monsun Timur Laut bermula awal bulan ini dan dijangka berterusan hingga awal Mac depan.

Pengarah Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Ling, berkata kadar purata taburan hujan bagi kawasan berkenaan terutama Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Timur Johor serta Sabah dan Sarawak pada kebiasaannya mencatat 680 milimeter (mm).

“Namun, disebabkan peningkatan dan hujan yang diramal berterusan, taburan purata hujan akan meningkat sehingga 1,000 mm di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan banjir.

“Dalam tempoh ini hujan boleh berlaku sepanjang hari dengan hujan yang lebih kerap pada lewat malam dan pagi yang turut disertai ribut petir,” katanya.

15 November 2010

3G, Gebu, Gemuk, Gempal

Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Ermmm... inilah yang boleh diberikan nama 3G: Gebu, Gemuk dan Gempal. Puncanya adalah banyak makan dan tak rajin bersenam.

Artikel Menarik :
Tak Sedar Diri Badan Makin Gemuk (Episod 1)

Kakitangan Kerajaan Antara ditangkap Kes Dadah

BESUT: Empat pelajar dan tiga penjawat awam antara 157 orang yang ditahan di atas kesalahan berkaitan dadah di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mereka yang berumur antara 15 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang bermula 1 pagi hingga 3 petang.

Katanya dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli beserta 98 pegawai dan anggota dari pelbagai unit polis turut merampas 26 biji pil methamphetamine, satu bungkusan ganja seberat satu gram dan 300 bungkus air ketum serta wang tunai RM874.

Kamaruddin berkata, seramai 214 orang diperiksa dan daripada 157 yang ditahan itu tujuh daripadanya warga Thailand yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan turut positif dadah.

Katanya, daripada jumlah ditahan itu seramai 146 orang disiasat di bawah Sekysen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua kes di bawah Seksyen 12(2) akta sama, satu kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen.

Tiga penjawat awam terdiri daripada seorang guru, pembantu am rendah dan pemandu jabatan kerajaan termasuk pelajar semuanya didapati positif dadah,” katanya.

Bukit Keluang Lokasi Pertapaan Ajaran Sesat ?

 Keunikan pusat perkelahan Bukit Keluang di Besut, Jertih yang mempunyai banyak gua batu menjadikan tempat itu sentiasa dikunjungi ramai pengunjung dan pelancong.

Selain ada lebih 15 gua pelbagai bentuk, Bukit Keluang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana pantainya bersih serta pemandangan indah terutama panorama waktu senja.

Bagaimanapun, populariti pusat pelancongan terkenal itu kini terjejas apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dikatakan menjadikan beberapa gua di situ sebagai tempat pemujaan, mengamalkan ilmu hitam, termasuk memohon nombor ekor yang secara tidak langsung meninggalkan imej buruk kepada masyarakat setempat dan pengunjung.

14 November 2010

Luahan Rasa Seorang Isteri : Suami Makan Luar

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin kita tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia lewat 20-an tahun dan mempunyai 3 orang anak.  Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga. Sebelah pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak2, sarapan utk suami. Saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik dan menarik minat lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya lebih menarik dan cantik berbanding saya. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja.


 Ulasan saya, jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik jadikan sempadan.