Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Mei 2010

KELUHAN SEORANG ISTERI : Facebook Punya Cerita

"Salam tuan, harap tuan dapat tolong selesaikan...  @nasihat tuan mungkin dapat meringankan bebanan perasaan yang saya rasa kini...

Saya merupakan seorang suri rumahtangga berusia awal 40an dan mempunyai 3 orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sebagai seorang isteri yang mana dunia saya adalah suami dan anak anak merasa perhatian suami. Dari segi nafkah dan perhatian seolah olah dipinggirkan.

Sekiranya alasan sibuk yang diberi bagaimana pula seorang suami yang sibuk ini boleh pula meluangkan masa untuk facebook di depan komputer. Malah memberi komen pada gambar gambar yang mana ada antaranya perempuan yang di kenali melalui laman facebook. Suami memberi  alasan yang dia tak jumpa pun hanya berborak dalam facebook jer....

Malah kebanyakan gambar yang di add ke dalam ruang kenalan juga adalah wanita dengan pelbagai aksi. Saya rasa betul-betul mati perasaan sayang saya padanya. Seolah-olah ingin saja mengakhiri perkahwinan ini di sini saja.....Bila dibaca di FB, boleh pula memberi ucapan hari ibu pada permpuan perempuan itu sedangkan saya di sampingnya satu ucapan hatta hadiah pun tak muncul. Pada saya jika saya teruskan hidup bersamanya hanyut hidup saya dan anak anak dari segi rohani dan agama. Entahlah, buntu rasanya. Sekian saja."

.......................

Ini adalah rungutan dan keluhan seorang isteri yang saya terima dalam blog ini. Saya fikir, elok dipaparkan di sini untuk kita kongsi bersama. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan memberikan komen yang berguna untuk kebaikan bersama.
TERIMA KASIH.

(Banyak lagi artikel menarik, sila ke muka depan klik sini

19 ulasan:

  1. Salam... Facebook memang berhantu.. Sapa x siap dgn ayat kursiy dan pendinding akan hanyut...

    BalasPadam
  2. jangan salahkan facebook ataupun suami 100%.cari dulu kesilapan diri puan.
    ada puan melayan suami macam mula2 nikah dulu.
    ada puan cium tangan suami pergi dan balik kerja.
    ada puan sediakan minuman,tuala mandi,kain pelikat,
    ada puan berbual2 sebelum masuk tidur .
    akhir sekali utamakan suami dari anak2.jika kurang salah satu diatas,pasti ruang yang kosong itu pasti di isi wanita lain.jangan marahhh

    BalasPadam
  3. elok dengar keluhan sang suami pulak, sang suami tak tau apa2 tentang PC dan ICT..sang suami asyik kena TiPu dek bini,,tambah2 yang Queen control..cian

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja.

    Untuk entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet ..

    Keburukan laman sosial
    1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..
    2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..
    3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
    4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
    5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

    Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
    1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(
    2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
    3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
    4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. :)

    Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya anda kena bijak menggunakan ke jalan yang betul..

    BalasPadam
  5. Puan perlu mengkaji kenapa suami puan jadi sebegitu. Mungkin puan kurang melayannya sebab lebih suka melayan anak-anak. Dari segi kasih sayang, puan lebihkan anak berbanding suami, ini salah.

    Puan kena jaga penampilan diri. Muka dan tubuh hendaklah kelihatan cantik dan menghias diri, barulah suami tak cari lain. Jaga lah badan, jangan gemuk. Biasa dah ada anak, badan makin naik berisi. Suami nak juga kacau perempuan yang seksi- meksi.
    ..SUAMI JB.

    BalasPadam
  6. Saya bersetuju bahawa suami yang mendapat kasih sayang dan perhatian isteri akan cemerlang di tempat kerja dan tidak memerlukan orang lain selain isteri di sisi.
    Isteri yang mampu memberikan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada suami tetapi ini dapat dilakukan dengan mudah kerena dikurniakan seorang suami yang dalam pemerhatian kita, baik, ikhlas, tidak ego dan matang. Saya dapati daripada pengalaman rakan2, isteri yang tidak dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya adalah disebabkan
    1. Isteri itu bukan kategori org yang beriman
    2. Suami mereka juga kurang beriman
    3. Suami ego dan tidak matang
    Selebihnya, saya perhatikan ramai isteri yang cinta dan sanggup memberikan kasih sayang kepada suami yang juga membalas kasih sayang mereka dan berkongsi semua perkara bersama.
    Justeru itu yang penting ialah mencari jodah yang sesuai dan beriman. Bukan dengan melihat rupa paras, harta benda dan menurutkan kehendak nafsu sahaja

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...saya teringit baca komen dari untaz.....

    BalasPadam
  8. suami yg beriman dan yg bertanggungjawp tidak akan lalai dan melalaikan.jika isteri silap,di perbetulkan bukannya melayani wanita lain di internet.isteri tidak melayan suami jgn di jadikan alasan,nasihat saya pd isteri,bykkan mengaji,baca yassin ditujukan khas buat suami agar di tetapkan iman dan bertanggung jawap.jgn dgr bisikan2 syaitan.

    BalasPadam
  9. salam,
    ini adalah pandangn pribadi, tiada niat menyakitkn hati sesiapa.
    apabila brlaku kes sebegini, kita x harus menunding jari kpd sesiapa, tp harus tgk pd diri kita sndiri, apa kekurangan dan kelebihan kita..
    sbg 1 contoh, ada si isteri yg cantik, pandai mnjaga diri dan pandai melayan suami, pndai mnjaga anak2, dan rumahtangga, tetapi suami ttp ada buah hati d luar.
    1 contoh lg, ada si suami yg baik, pandai brkawan dan mnjaga pergaulan dgn wanita lain, tetapi si isteri ttp ada boyfren lain.
    jadi sikap manusia ni sebenarnya kita x boleh nk duga, yg baik boleh jd jahat, yg jahat blh jd baik.

    bg pandangn sya, mmg ada segelintir suami yg mmg suka brmain facebook, brchatting, brblog dan sebagainya, ttapi harus pandai mjaga batas2 prgaulan,jgn krna x cukup layanan dr istri anda trus mncari jalan keluar dgn mncari teman lain, kenapa x d nasihati shj si isteri, brbincang dan tegur apa kekurangn layanan yg anda mahukan.dan tgk dir sendiri, adakah anda telah sempurna kpd isteri anda?
    masing2 ada tanggungjawab, jd tunaikan tgjwb masing2..
    sekian.

    BalasPadam
  10. alaaahh berkawan dan bg ucapan dalam pesbuk jek..bukan jumpa betul2 pon...tu pon nk jelesss...rirek ra ruru

    Pablo

    BalasPadam
  11. bagaimana kalau yg melayan ni adalah isteri awk....

    BalasPadam
  12. tertunggu2 juga nasihat dari sorg tuan kadi....

    BalasPadam
  13. salam...
    pada saya brpada-padalah kalau nak brfacebook sbb yg brlebih itulah yg akan menimbulkan pelbagai masalah..siapa sahaja akan rasa trpinggir tak kira si isteri atau suami kalau pasangannya asyik melayan facebook jer...fikir2kanlah...

    BalasPadam
  14. apakh hukumnya seorg suami apabila memingirkn isteri begitu?
    jikalw kite berada di tempat sang isteri apakh perasan kte?

    BalasPadam
  15. saya lak lain...kerana fb suami saya tak tido sampai kul 3 pagi n sanggup tak gi keje...ramai perempuan yg dia layan kt fb termasuklah bini org...

    BalasPadam
  16. secantik mane perempuan tu...sebaik mane perempuan tu...hanya 1 kesilapan...seumur hidup di persalahkan...itu la perempuan...puan..sabar kan diri...

    BalasPadam
  17. saya bersimpati dengan keluhan isteri di atas sbb saya pun ada mengalami perkara yang sama. bezanya saya seorang suami dan yang asyik berfacebook ialah isteri saya.

    yang paling melukakan hati saya ialah apabila rakan-rakan difacebook [tak kira lelaki atau perempuan] di beri keutamaan masa melebihi dari masa yang diberikan kpd suami. hari jadi suami yang jatuh pada 28 disember tidak dipedulikan ttp ada pula harijadi kenalan lelaki yang jatuh pada 28 Januari diberikan ucapan yang biriya-iya penuh dgn gurau senda dan lain-lain parapanalia ungkapan kata-kata.

    hati suami mana tak terguris akibat kesan dari facebook ini?

    abma [= abang ma]

    BalasPadam
  18. ya... mmg betul... bukan semua lelaki/suami jahat & tak bertanggungjwb,
    begitu juga bkn semua ppuan/isteri itu baik & selalu menjadi mangsa suami....

    cuba kaji al quran & hadis, knp Nabi kata "ramai penghuni neraka adalah ppuan"...

    ppuan sellau fikir mrk je baik & suami tak reti ambik ati & sebagainya, padahal setiap pkara yg blaku mesti bpunca dri ksilapan diri sendiri...

    sy dikelilingi oleh staf & ank2 buah lelaki yg selalu merungut dgn perangai isteri @ pasangan masing2.... kesimpulannya, cuba muhasabah diri sendiri, jadilah org cerdik, dptkan ilmu & kemahiran menangani ujian & dugaan ini...

    pkara mudah, jika suami buang masa dpn FB, knp anda tak cuba buat pkara yg sama? betulkan niat, cuma anda jgn berchatting kosong, tetapi untukkan masa utk upgrade info & skills yg ada melalui kecanggihan ICT..

    BalasPadam
  19. jom kita kembali zaman paleolitik hidup dalam gua ramai-ramai.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.