Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Disember 2010

Bonus ASB , Berita Baik....


PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Rekod sebelum ini:

2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
Berita gembira kepada pelabur  atau penyimpan dalam buku ASB. Paling untung kalau melabur dan menyimpan tanpa meminjam. Kalau pinjam kemudian labur ASB, belum tentu untung, agensi yang kasi pinjam dah tentu untung.

Yang tak ada simpan dalam ASB diam-diam sudah. Tapi tahun depan menyimpanlah, jangan sibuk dengan nak beli kereta baru, atau beli rumah baru atau buat pinjaman peribadi tanpa tujuan sampai tak ada simpanan. Yer le, kereta kalau yang sedia ada masih okey, pakai sajalah, buat apa menambah hutang. Kalau mampu nak beli kereta baru tu, belilah.

Rumah kalau rasa sewa lebih untung, duduklah rumah sewa. Beli rumah ni belum tentu untung tapi ramai orang kita rasa bersalah kalau tak ada rumah sendiri. Apa yang dia rasa bersalah sebenarnya ? Pada saya, kita patut rasa bersalah kalau kita boros dan buat pembelian yang merugikan. Dan tak bersalah kalau kita sewa rumah dulu, nanti kalau ekonomi kita dah baik sikit, maka belilah rumah sendiri. Yang duduk rumah sewa, jangan lupa bayar sewa rumah, rumah saya pun bulan ni penyewa bayar sewa lambat hehehehehe... Janganlah suka buat hutang  banyak-banyak dalam keadaan ekonomi sekarang yang semakin mencabar ni.

Tadi saya baru balik dari sebuah pasaraya. Banyak barangan dah naik harga, paling ketara harga telur ayam. Dulu dapat dalam harga RM 7.00, tadi harga RM 9.00 lebih. Semua ini adalah cabaran bagi pengguna seperti kita yang kita tak dapat elak. Jadi sesiapa yang ada kawasan kat rumah tu, bela lah ayam kampung, boleh juga makan telur dia sekadar makan sekeluarga. Tapi saya tak bolehlah, tak ada kawasan.

Pada saya, dalam berbelanja ini, pokok pangkalnya adalah gaya hidup kita dan cara kita berjimat. Gaji sebesar mana pun, kalau kita belanja tak berhemah, tak cukup juga.

3 ulasan:

  1. Kene bijok dalam bebelanje la kite

    BalasPadam
  2. Ustaz, Apa hukum menyimpan atau melabur dalam ASB ?

    BalasPadam
  3. Sila rujuk Majlis Fatwa Kebangsaan yang lebih arif dan pakar kalau nak dibanding dengan saya.

    KUALA TERENGGANU 3 Feb 2008. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

    Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

    Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

    ‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

    Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

    UTUSAN MALAYSIA

    BalasPadam

Dipersilakan komen.