Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Jun 2012

Kenapa Dapat Diskaun Harga Ayam, Sebab Perempuan Ker ?


Dua tiga hari lepas, saya pegi beli ayam di satu tempat. Sebaik saja saya sampai, sampai juga seorang perempuan dalam usia 20-an atau 30-an, nak beli ayam juga. Saya biarkan dia oder dulu. Dia beli ayam seekor dan selepas timbang harganya RM 11.60. Lelaki tu potong ayam dan saya tunggu.

Masa perempuan tu nak bayar, dia kata RM 11.00 saja, maknanya diskaun 60 sen. Giliran saya pula oder 2 ekor ayam dan bila ditimbang, meter timbang menunjukkan RM 22.98. Dia kata RM 23.00, saya diam saja. Lepas tu dia potong ayam dan lepas potong, saya tanya sekali lagi, berapa harga ayam tu. Dia kata RM 23.00 dan saya bayar.

Kenapa ?

Kenapa jadi begitu yer ? Perempuan tadi beli seekor ayam, dapat diskaun 60 sen. Tapi saya beli 2 ekor ayam, tak ada diskaun pun. Masa dia potong ayam tadi, saya fikir juga, mungkin dia akan beri saya diskaun lebih lagi, rupanya tak.

Lagi satu, kalau nak beri diskaun pada perempuan tu pun, janganlah nampakkan pada saya. Tapi memang nampak dan saya ada kat situ sejak mula timbang lagi. Satu lagi, kalau nak jaga hati saya, patut dia kasi saya diskaun juga. Macam-macam gelagat peniaga yer...

13 ulasan:

  1. Ustaz , peniaga tu lum/tak belajar lagi ilmu pergaulan, menambat hati pelanggan atau dia alpa kot! Maklum le manusia ni tak perfect.

    Buat ustaz pula, hari tu diduga Allah, di samping ustaz dpt ilmu bahawa begini lah rencah2 kehidupan. Then bila ustaz masuk dlm blog, ramailah pembaca dpt ilmu/maklumat.

    Oh ye, ustaz lupa tulis, masa minah tu beli dia senyum ke tak? Dan ustaz pula, ade tak senyum masa berurusan dgn penjual tu?

    Tok2 guru saya kata, klu sentiasa senyum, rezeki murah, masyarakat suka...hehehe

    BalasPadam
  2. hmmm..
    1..
    betoi jugak tu.. mungkin ustaz xsenyum...
    selain tu mungkin jugak.. ustaz xtawar menawar..

    2..
    nak jugak tau.. apa status perempuan dalam usia 20-an atau 30-an.. kemungkinan masih solo.. atau Ibu Tunggal...tu pun ada sebab dan alasan utk dpt markah/gradenya tu... dapatlah harga istimewa.. ;)

    BalasPadam
  3. Saya senyum jugalah, tapi dia macam tak pandang senyum saya, sibuk menimbang dan memotong ayam. Perempuan tu senyum gak, status dia entahlah, tak siasat lak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de rezeki ustaz le tu dapat diskaun...huhu

      Ustaz lupa ke, magnet +ve klu dihalakan kat -ve akan menarik, klu +&+ atau -&- akan menolak...hehe..
      Fitrahnya kan gitu, dlm kes manusia ni pulak, klu lelaki & pompuan, setan bisik 'layan ,layan..', klu sesama jenis, setan bisik 'menyampah aku'.. (bole ke ngumpat setan ni ustaz?) hehe..

      Padam
  4. Mungkin pompuan tu saudara dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu ustaz, sangka baik, sangka baik..cobaan, cobaan. Kecik aje tu. hehe

      Padam
  5. ustaz....
    bukan ke kita ni kena tolong kaum yang lemah? sebab kuat perempuan tu dapat diskaun:
    1) dia insan yang lemah
    2) munkin dis single ataupun janda
    3) dia kenal yang ustaz tu kadi kluang yang baru je menikmati adjustment gaji
    4) sebarang alasan yang tiada di atas tapi menyokong kuat tindakkannya

    BalasPadam
  6. salam. rezeki ust. tu... paling tidak 2 sen yang digenapkan tu adalah ladang amal... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya:-
    1. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu...
    2. Bila ditimpa sesuatu musibah maka ia akan bersabar.
    3. Bila diberikan nikmat maka ia bersyukur.
    4. sebagai peniaga perlulah ada kebijaksanaan. sikap adil tentunya akan memperolehi rezeki yg berlipat ganda. Tak rugipun jika bg diskaun kat ust. pastinya ust akan dtg lagi jika rasa dihargai.
    Sikap berat sebelah tentunya akan menutup rezeki dia dimasa mendatang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuga Allah ampunkan kesilapan kita semua termasuk peniaga tu atas kesilapan yg samade disengajakan atau tidak disengajakan.

      Semuga Dia jadikan kita semua hamba2Nya yg disayangiNya.

      Dialah yg Maha Mengetahui, Maha segala2nya.

      Padam
  7. Salam. Syeikh!

    Kena pakai tudung dulu tak baru dapat diskaun RM1.20. He he.

    BalasPadam
  8. Salam. Ustaz cubalah beli ayam daripada peniaga wanita. Dengan senyuman ustaz yang paling manis, saya yakin, ustaz boleh dapat diskaun lebih baik daripadanya.

    BalasPadam
  9. errr saya nak tanya ... ustaz ada tak senyum kat perempuan muda tu?

    BalasPadam
  10. Agaknye perempuan tu regular customer dia kot..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.