Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Jun 2012

Seronok Kejap, Merana 20 Tahun..


"Seronok kejap, Merana 20 Tahun". Tentunya ramai tertanya-tanya, apakah topik yang nak saya bincangkan ini. Kali ini bab kewangan yang dah lama saya tak tulis, sedangkan dulu selalu saya cerita bab ni. Tulisan saya terdahulu, dah banyak cerita pasal buat pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan insuran hayat.

Pinjaman Peribadi

Bank cukup suka cari pelanggan kepada kakitangan kerajaan, boleh buat potongan gaji. Orang kerja swasta ada payah sikit atau Mat Burger macam kisah Sudah Nasibku Mat Burger, manalah bank nak kasi dia buat personal loan.

Tapi berhati-hati sekarang, ada bank yang buat promosi tapi tak cerita kos sebenar yang kita kena bayar nanti. Ada satu bank ni yang saya kasi nama XYZ Bank. Bank ini mendakwa dia bank yang paling rendah bayaran bulanan. Wahh... dalam promosi dia dia buat contoh 2 bank lain yang katanya lagi mahal pada dia. Ramai orang tak tahu dan macam goreng sukun panaslah orang pergi bank tu.

Rupa-rupanya, bayaran bulanan yang ditawarkan adalah kadar sekarang tetapi sekiranya faedah naik sepanjang tempoh pinjaman itu, kita kena bayar sewaktu tamat loan nanti. Maknanya, selepas 20 tahun nanti, kita kena tambah bayaran lagi sekiranya faedah naik. Dia jawab pula, biasa tak naik. Ishhh.. janganlah biasa-biasa, nanti kalau luar biasa nanti macam mana ? Kita juga yang kena bayar.

Ada satu lagi bank yang saya namakan Bank ABC yang mendakwa dia juga menawarkan loan terendah. Tapi bila ditanya, rupanya peminjam kena simpan sejumlah wang seperti RM 50 sebulan di dalam satu koperasi. Bila kita kata, nanti bayaran bulanan kita bertambah, dia kata eloklah kita menyimpan di koperasi. Tapi janganlah pesongkan orang, orang nak buat pinjaman, bukan nak simpan pulak. Lagi satu, bagaimana selepas kita habis pinjaman nanti, koperasi tu kena masuk dan potong bulanan lagi ker ? Ker kena mohon sendiri di koperasi tu untuk tamatkan potongan di koperasi tu.

Ada satu lagi bank yang saya namakan Bank DEF, mendakwa dia juga terendah. Tapi rupanya duit kita tak dapat penuh, contohnya kita pinjam 20 ribu tapi cuma dapat dalam berbelas ribu saja. Yang lain tu katanya untuk insuran dan deposit dan lain-lain. Nak tanya juga, pinjam 20 ribu ke berbelas ribu sedangkan kita tak dapat duit penuh. Kemudian, kita dimestikan potong insuran setiap bulan menjadikan bayaran bulanan kita juga tinggi.

Ramai Orang Buat Pinjaman Peribadi

Tidak dinafikan, ramai yang buat pinjaman peribadi. Malah, saya berani menyatakan, ada satu pejabat tu yang kakitangannya lebih ramai yang buat pinjaman berbanding yang tak buat. Ada yang buat overlap, ada yang buat loan duduk sebelah dalam slip gaji dia, ada yang buat loan nyorok sebelah, dan ada yang langgar dinding.

Tak kurang juga yang baru buat loan kali pertama dengan menamatkan zaman dara slip gaji dia. Orang ini adalah kategori yang baru kerja, tak kiralah kerja tetap ker atau kontrak ker, janji bank boleh kasi lulus loan dia. Ada juga kategori yang dah boleh tahan lama juga kerja dan tak pernah sentuh buat pinjaman peribadi, kali ni nak rasa nak pegang duit puluh ribu.

Kalau Ada Duit Tak Tahu Nak Buat Apa ?

Ada seorang ni, dululah, dia buat personal loan dan dapatlah dia pegang duit tunai puluhan ribu. Tapi masalahnya, dia sendiri macam tak tahu nak buat apa dengan duit tu dan dia simpan saja. Dia tanya saya, untung ker kalau labur dalam ASB ? Jawab saya, memang tak untung kalau melabur dengan meminjam duit, kenapa tak labur dengan duit sendiri jer ?

Yer ler... dia buat pinjaman peribadi kena bayar lebih termasuk faedahnya, dia masuk ASB dan dicampur dengan keuntungan, belum tentu sama, malah lagi banyak dia bayar pinjaman tu.Tapi saya kata, daripada tak ada buat apa dengan duit tu, adalah lebih baik juga dia masuk ASB. Maka dia masuklah dalam ASB dan dalam masa yang sama dia kata nak niaga, tapi entah niaga apa, entahlah masa tu.

Bukan nak mengata, tapi kita ni bukan macam orang Cina yang ramai kaum keluarga dan kawan-kawan dia dari dulu berniaga, kita ni bab pengamalan memang kurang dan satu lagi bab bekerjasama ini lagilah di tahap bawah berbanding dengan orang Cina yang berjaya dalam perniagaan.

Pinjaman ASB

Bila sentuh pasal pinjaman ASB ni, kawan kita tadi buat pinjaman peribadi dan melabur. Tapi sekarang, pihak bank buat tawaran pinjaman ASB dan dibayar bulan-bulan pada bank. Kesimpulannya, ini tetap merugikan dan jangan kita lari dari asasnya iaitu jangan meminjam untuk melabur. Maksud saya, kalau orang yang berduit dan gaji besar, nak melabur tu melaburlah. Tapi saya rasa ramai yang baca tulisan saya ni, gaji dia tak sebesar mana sangat berbanding kos hidup yang semakin meningkat sekarang.

Saya dah banyak menulis bab tu dulu, dan silalah baca tulisan saya terdahulu:

Jatuh Miskin Kerana Pinjaman ASB

Bagus Sangat Ker Pinjaman ASB

Kesimpulannya pasal pinjaman ASB ni, tak payahlah masuk, buat sakit kepala saja. Dah ramai kawan saya satu pejabat dah batalkan pinjaman ni selepas dapat penerangan lebih jelas dari saya. Jadi, untuk yang belum masuk, tak payahlah tanggung risiko buat pinjaman ASB. Baru-baru ni ada kawan saya buat pinjaman dalam 100,000 dan apabila dia nak beli rumah, pinjamannya ditolak. Antara sebabnya, dia telah buat pinjaman ASB dari sebuah bank. Dia macam tak puashati sebab ada orang kata pinjaman ASB dia tak menjejaskan pinjaman dia selepas ini.

Jadi Jutawan Segera

Dalam diam-diam, kawan saya ini melabur dalam satu syarikat yang dia kata jualan lansung. Habis duit dia hampir 50 ribu. Masuk saja, dia dah ada pangkat yang saya lupa apa pangkat dia tu, tapi kira jutawanlah. Katanya barang dia niaga tu jual penapis air dan baju seksi wanita dan lain-lain. Masalahnya, dia jumpa saya lepas dia dah masuk. Kalau sebelum dia masuk, boleh ler saya kasi nasihat. Katanya lagi, lepas ni dia akan dapat pakej umrah dan dapat kereta percuma.

Dia jumpa saya bukan nak dapat nasihat kewangan, tapi nak pujuk saya masuk skim tu. Oleh kerana tu kira kawan merangkap orang yang lebih junior dari saya, saya terus sembelih bisnes dia tu.  Bukan apa, bukan nak cari gaduh tapi terbakar juga apabila dia senang-senang nak suruh saya buat personal loan dan join bisnes dia.

Jadi, dia jumpa saya macam silap orang juga dan saya patahkan semangat dia waktu tu. Saya sampai cabar dia, saya kata, tengok 2-3 tahun lagi, apa yang berlaku pada bisnes dan pelaburan dia tu. Okey, betul juga saya cakap, sekarang dah lebih 5 tahun dan dia tak dapat apa-apa. Malah dia terpaksa bayar lebih RM 600 sebulan untuk pinjaman dia tu selama 10 tahun.

Setiap Tahun Buat Pinjaman Peribadi

Ada seorang ini, dalam 3 tahun, dia sudah 3 kali buat pinjaman peribadi. Kali pertama dia buat puluh ribu dan duitnya nak kata habis, orang tak percaya pulak tapi kira susutlah. Kali kedua dia buat personal loan sebab nak panjangkan tempoh, dulu 10 tahun nak tukar kepada 15 tahun. Dia dapat duit puluhan ribu juga, tapi lepas tu duit makin susut. Tahun ketiga, dia buat lagi dan tukar pada tempoh 20 tahun. Sekarang, dia macam nak buat kali keempat kerana dia sedang menghadapi masalah kosa sarahidup yang makin meningkat.

Ermmmmm... dapat duit memang sedap, rasa ceria jer hidup ni walaupun kita taruk saja duit tu dalam bank. Tapi kita sering lupa yang gaji kita makin kurang dan kalau dah kurang, semakin kita tak ada duit untuk kita simpan. Kedua, tempoh 20 tahun tu bukan kejap malah boleh jejak umur kita usia emas.

Usia Emas Jangan Makin Lemas

Sebagai seorang suami, banyak keluar duit, dari makan minum, kereta, rumah, belanja budak sekolah dan sebagainya. Bab anak pula, dari kecik dah keluar duit susu, lampin, orang jaga anak, ubat sakit demam dan sebagainya. Lepas tu dah besar sikit nak hantar sekolah tadika yang bukan murah kosnya sekarang. Lepas tu sekolah rendah, sekolah menengah, asrama dan sebagainya. Lepas tu anak masuk universiti lagi besar belanjanya nanti. Yer ler, anak sekarang pandai-pandai, bukan macam zaman saya yang universiti pun ada berapa buah saja.

Opssss.. teringat pesan Arwah ayah saya, bahawa kita sebagai bapa jangan ungkit-ungkit pasal belanja anak terutama pasal anak nak belajar. Tapi ini bukan saya ungkit pasal diri saya, ini adalah realiti hidup sekarang. Kita perlu berhemah dan merancang perbelanjaan anak-anak kita, itu nasihat saya kalau tuan-tuan dan puan-puan nak pakai.

Lepas habis belajar, anak kita nanti belum tentu ada kerja, entah-entah duduk baring jer kat rumah, mak bapak juga kena tanggung. Lepas tu dah dapat kerja nak nikah pula. Orang boleh kata, anak nak kawin, anaklah yang keluar belanja, bukan mak ayah. Tapi saya selalu tengok yang mak ayah belanja lebih dari hantaran yang dia dapat. Contohnya hantaran 10,000, mak ayah buat belanja lebih 30,000. Yang lebih tu duit sapa ? Duit mak ayahlah.

Cerita Pasal Anak Nak Kawin

Kalau anak lelaki nak kawin, silap-silap pinjam duit mak ayah untuk belanja hantaran. Yer ler, baru kerja, manalah dapat simpan duit lebih 10 ribu. Itulah yang ramai buat personal loan sebelum kawin. Ini bukan salah, kalau nak pinjam-pinjamlah tapi kena pastikan kita cukup belanja untuk bayar nanti. Kalau anak perempuan pulak, harapkan duit hantaran sajalah. Kalau bapak tak keluar duit atau nak buat majlis kecil-kecil, nanti isteri bising pulak.

"Abang...anak kita tu kan nikah sekali saja seumur hidup dia, takkanlah kita tak boleh keluar duit belanja". Kata si Mak Andeh.

"Kita kena banyak berjimat, elakkan pembaziran". Kata Pak Pander.

"Dahlah.. kalau awak taknak keluar duit, saya keluar duit saya". Kata Mak Andeh.

Yer le, suami akhirnya tak sampai hati tengok isteri keluar duit lagipun Mah Andeh bukan kerja gaji besar sangat. Maka si suami juga yang kena keluar duit anak nak kawin.

Jadi Rakan Facebook saya, klik sini

11 ulasan:

  1. Dulu semasa kerajaan tidak buat peraturan baki gaji mesti 60% banyak k/kerajaan gaji bersih puluhan ringgit aje dan ada yang hampir RM 0 aje.
    ini pengalaman di pejabat saya lah.

    BalasPadam
  2. fuhh.. !!
    tgk tajuk.. mcm kes rogol...
    tgk gambo.. mcm kes rasuah.. !!

    rupanya kes... meminjam... !!
    alahaiii !!

    zaman skarang..
    zaman perlumbaan/persaingan..
    sapa cekap.. untung besar .. !

    BalasPadam
  3. Besar periuk, besar kerak... tepuk dada tanya iman, jgn tya nafsu... nafsu nie yang buas...

    bak kata orang tua2 buat baju ukur badan sendiri... sendiri pakai, sendiri tanggung...hu!!hu!!!

    BalasPadam
  4. ada sorang ustazah tu.. buat pinjaman sebab bak masuk skim kurus badan walaupun badanya dah kurus...

    alahai.. siannya ustazah tu.. time nie memang la.. tengok la dua tiga taun lagi... bukun kurus.. , meletus tus tus...

    ayus yang kurus..

    BalasPadam
  5. hehe....bank-bank ni kebaikan dia ibarat bagi payung masa cuaca elok la. masa cuaca tak elok dia minta balik payung yang dia bagi tu.

    BalasPadam
  6. Satu hari hisap rokok minima RM1.00 kot (atau lebih?)
    30 hari (1 bln) RM30.00
    12 bln (1 thn) RM360.00
    Let say mula hisap rokok umur 15thn, umur 45thn (30thn) dah habis kat rokok --> RM10,800

    Cuba simpan duit tu kat Tabung Haji, jgn keluarkan, bole pi haji, malah akan bertambah pula sbb bonus.
    Caya lah, malah akan dapat menabung lebih sbb niat yg ikhlas Allah tambahkan rezeki.

    Kawan aku dah buktikan. Oh ye, dlm pada tu jgn lupa bantu org samade dgn harta, tenaga & ilmu.

    BalasPadam
  7. Ramai staff ofis sy yg berhenti kerja, slalu M.I.A dan displin hancur.Yg berbulan x masuk keje pun ade. punca? potongan Biro Angkasa yg lebih 60% gaji. Pinjaman maksimum la kirenye. Ye la,nak dtg keje utk ape klu balance gaji tinggal rm400? Semangat keje pun xde. Maka mule la wat keje part-time cari side income. Kerja hakiki terabai.Selalu EL utk kejar keje part time. Selalunye MLM H---- la. Kerani Unit Tatatertib

    BalasPadam
  8. Ukur ikut kemampuan buget sendiri.
    & mesti tau mengurus duit.
    Jgn terikut2 kawan/org lain yg lebih mampu, atau nak nunjuk2.
    Apa le yg manusia bole beri dgn kita menunjuk2 tu.

    Ikut cara yg digarispanduan oleh Allah & Rasul saw.
    Pasti bahagia, kerana yg beri bahagia/rezeki tu ialah Allah.

    Cuba tips ni, klu ade masaalah kewangan:
    Lebihkan lagi intim pada Allah, ngadu/doa padaNya, solat berjemaah , attend majlis ilmu, cuci toilet & join gotong royong kemas surau selama 40 hari tak miss. Niat kerana Allah.

    Samping tu mula mengaji & yg dah mahir tu, khatamkan dlm masa 40 hari tu, yg lum mahir, mula belajar. Senyum jgn lupa, & apa2 le, perkara2 yg baik2 tu join & buat le.

    Selamat mencuba. Keperitan, kesengsaraan tu tangani dgn positif, supaya kita kembali padaNya.

    adik

    BalasPadam
  9. Hehe kelakar pulak bila Ustaz letak nama Pak Pandir dan Mak Andeh. Boleh saya share artikel ni dalam fb saya?

    Terima kasih.

    Nurulwahida
    http://www.emasdantanah.com

    BalasPadam

Dipersilakan komen.