Tadi saya ke kedai makan dalam jam 9.00 malam. Sedang saya makan, ada seorang lelaki umur dalam 30-an atau 40-an duduk di kerusi selang 2 meja dengan meja saya. Bila dia duduk saja, dia tengok saya saja. Saya pun tengok dia, ingatkan kenal, rupa tak kenal dan tak tegurlah. Saya teruskan makanlah.
Kedai tu kira warung, gelap dan diterangi oleh lampu jalan yang samar-samar. Tak lama lepas tu, dia keluarkan kertas putih saiz A4. Dia tenung saja kertas tu dalam cahaya yang tak berapa terang tu. Saya boleh agak kertas apa tu walaupun saya tak tahu isi kandungannya. Lelaki tadi datang naik moto Honda EX5.
Dalam 5 minit lepas tu, datang seorang lelaki yang tua juga, umur dia dalam 50-an atau 60-an. Rambut dia penuh uban dah. Lelaki ini duduk di sebelah lelaki tadi tu.
"Bagi sini nombor tu". Kata lelaki ni agak kuat.
Sedang dia renung tu, datang perempuan kedai tu ambil oder. Lepas oder dia kata.
"Ishhhh tak kena lagi, habis duit aku 35 ringgit hari ni" Kata lelaki yang lebih tua tu.
Memang sahlah apa yang saya jangka tadi, iaitu mesti kertas putih tu keputusan nombor ekor. Kertas tu boleh dibeli dari 'mapiau', biasanya ada lelaki jual tepi jalan, kekadang di lampu isyarat masa kenderaan berhenti sekejap.
Saya pernah juga ditawar beli kertas keputusan tu, harga seringgit satu. Naknanya, modal photostat 5sen, boleh jual seringgit, baik punya niaga. Tapi keputusan tu kena taip atau tulis tangan besar-besar biar jelas dan kemudian baru photostat. Keputusan tu boleh diketahui di depan kedai nombor ekor, biasa diletakkan di luar di papan kenyataan selepas pukul 7 malam. Betullah, hari ni Rabu, ada keputusan nombor ekor.
Kemudian saya pasang telinga lagi pasal kaki nombor 2 orang ni.
"Aku hutang perabut 2 ribu lebih tak bayar lagi, dah 3 bulan tertunggak". Kata lelaki tua tu.
Lelaki yang seorang lagi yang muda tu cakap perlahan sangat, tak berapa dengar, ditambah dengan TV yang kuat juga, tapi lelaki yang tua tu cakap memang kuat dan tak ada rasa malu-malu. Kemudian dah siap makan dan bayar, saya baliklah rumah. Dalam kereta, terfikir juga saya, rasa kesal juga dengan orang kita ni. Oh yer, lelaki yang tuan sikit tu bawak van dah lama, mungkin dia niaga. Tadi pun ada juga dengar dia niaga hari ni. Tapi tak pastilah dia niaga apa.
Itulah orang kita, habis duit 35 ringgit, bukan sikit tu. Sehari saja tu, kalau seminggi ada 3 kali nombor keluar, maka seratus ringgit lebihlah seminggu dia hangus. Nak kata dapat, tak dapat juga. Dah tu, hutang perabut bila nak bayar.
Satu lagi, kenapa perlu berhutang nak beli perabut. Dah hutang tak bayar pulak. Kat Rengit tu banyak perabut baik-baik, harga un murah dan saya banyak juga beli kat situ. Simpanlah duit pakcik, boleh beli perabut atau bayar hutang perabut. Kalau hutang tu untuk budak sekolah ker, saya pun simpati juga. Ini hutang perabut, dah tu kaki nombor pulak, tak perlulah simpati kat dia ni.
Dah niaga elok-elok tu, niagalah betul-betul. Nanti kena tangkap, kena denda atau penjara, nak salahkan orang, suruh anak isteri juga jamin.
(Kat atas tu gambar hiasan jer...)
assalam,
BalasPadammemang tak perlu kesian kepada kaki Nombor Ekor.
bab hutang wajib bayar dulu.
RM35 itu juga boleh buat sedekah jariah.
Sdr wazi, klu dia ni ade iman dia tak buat keja tu & lebih bak dia sedekah.
PadamTapi mcm mana ye? Klu dah ketagih biasanya mmg susah nak tinggalkan, melainkan iman tu dah ada/naik.
Saya pun teringin nak bantu dia org ni supaya dapat hilangkan ketagihannya.
Bukan tak tau perkara tu haram, semua org Islam tau, tapi tu le spr yg saya tulis --> KETAGIH!!
Mcm ketagih arak, rokok, tonton bahan2 lucah, mengumpat, memaki hamun, dsbnya. Berceramah kadang2 pun tak mau dngar, mau kita dimarahnya.
So kita doakan lah dgn se ikhlas hati, medah2an berkat doa kita, mereka2 ni insaf & bertaubat.
qoute:
BalasPadam"Ishhhh tak kena lagi, habis duit aku 35 ringgit hari ni" Kata lelaki yang lebih tua tu.
hmm...
kan lebih baik beli rokok je...
xsiapa pun marah...
sendiri isap..
sendiri rasa nikmat asapnya...
kihkihkih !!
Hisap rokok pun tengok keadaan le, misalnya:
Padam1) Merokok sendirian, kira ok , yg sedut asap perokok sendiri.
2) Merokok sendirian, lepas tu pi solat jemaah di masjid/surau, jemahh sebelah berbau rokok nak muntah & menggerutu dlm hati (ku dia bukan perokok) --> klu org tu tak maafkan, parah juga.
2) Merokok di khalayak ramai (restoran, pejabat, bus stand ke, dll termasuk le depan anak isteri & keluarga) --> ramai yg akan menyumpah2 apa lagi yg alergik tak bole cium asap & bila check doktor kena asma atau paru2 rosak sbb asap rokok.
3) Dan bnyak legi le.
So, perokok2 juga kena bertaubat & pasang le niat yg betul2 utk berhenti kerana Allah. Jihad .
Perokok ni akan hilang kehormatan di mata bukan perokok. Bayangkan ustaz2 , imam2, ketua2 merokok depan khalayak.
Bagus ko tulis ni mdhan2an perokok sedar & insaf. Buat kerja sia2 dah le tak dapat pahala, menyusahkan org lain pulak.
PadamAnak ambe masuk u, roommate dia kbnyakan merokok, alhamdulillah dia tak terikut2, tapi dia kdng2 kena sesak dada. Yg tak merokok pulak yg merana.
Klu tembak kuda biar di badannya, bukan di ekornya... "KTM"... hEhE
BalasPadambab ekor ni haa.. di pikir rm35 sekali beli tapi yang terbayang hadiah nyer laa... klu hadiah pertama rm2,500.00 x rm35 jumlah nyer... RM87,500.00. itu pun kerana berharap... nasib, katakan... klu kena la... kaki ekor takde n xpernah berprinsip tak kena, dalam kepala mesti kena... ermmm... tak caye tanye2 ler...
BalasPadamHadiah Juta2 tu pernah ke ada orang melayu kita y menang??atau hanya Cina shj y menang jutaan ringgit tu??sedara mara atau kenalan mereka jer kot entah2 dorg kasi menang hadiah jackpot tu!! "Wa kasi lu menang itu jackpot aaa..19juta punya haliah..tapi!!lu kasi pulang semula itu wang separuh..separuh shj lu angkat k..Income Tax Lepas wa utk tahun ni...
BalasPadam