Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Jun 2012

Kena Kad Kuning Lepas Buka Baju Raikan Gol, Ingat Badan Dia Cantik Sangat Ker ?

Malam tadi dalam jam 3.00 pagi lebih sikit, saya terjaga dari tidur. Baru teringat yang masa tu ada bola dan buka TV3. Memang betul, German lawan Italy rupanya. Masa buka tu, Italy dah mendahului 1-0 dan saya tengok kejap, sementara belum mengantuk lagi.

Tak lama lepas tu, Italy jaringkan gol, jadilah 2-0 German ketinggalan. Penjaring gol tu, entah namanya siapa tapi kira pemain terkenal Italy juga tu. Lepas dia jaringkan gol, dia buka baju. Apa hal pulak, tunjuk body dia.

Pengadil terus layangkan kad kuning pada dia pasal buka baju tu. Baru dia tahu, janganlah saja-saja nak tunjuk body. Menyesal tak habis dia tu.....

Masa habis separuh masa pertama, saya pun tido. Bangun tido, dengar berita German kalah 1-2.

1 ulasan:

  1. Rasanya tuan bukanlah peminat tegar bola sepak. Pemain itu namanya Mario Balloteli, pemain Kelab Manchester City yang merupakan penyerang utama Itali.

    Karektornya memang begitu, tapi itulah yang menjadikannya unik. Dia pernah melawan pengurus kelabnya, dan bertindak membuka baju bukanlah luar biasa baginya.

    Semasa membenam Manchester United 6-1, dia juga bertindak demikian selepas menjaringkan gol di Old Trafford.

    Biarkanlah. Dunia adalah syurga bagi orang kafir. Jika kesombongan dan keegoannya berterusan, doakan sahaja agar Allah lembutkan hati dan jiwanya.. Itu lebih baik daripada mengutuknya.
    Wallahualam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.