Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Jun 2012

Sekarang Dah Tak Heran, Nikah Masa Masih Bersekolah


Saya cuba bayangkan suasana masa saya sekolah tingkatan 5 dulu, masa nak ambil SPM. Dulu tak adalah budak sekolah bernikah masa tengah sekolah. Seingat saya dulu, ada perempuan yang tingkatan 5 separuh jalan, lepas tu berhenti sebab bernikah. Itu berhenti sekolah saya tak heran, tapi kalau teruskan bersekolah, rasa macam heran juga.

Ada satu kes, pelajar tingkatan 5, usia 17 tahun bernikah dengan lelaki 20-an. Jadi, masa cuti sekolah 2 minggu ni, pelajar ni ambil kesempatan bernikah. Dan lepas naik sekolah nanti, dia akan masuk ke asrama macam biasa. Dah duduk asrama tu macam biasalah, bukan bebas-bebas boleh keluar. Nak balik kampung pun rasanya dalam 2 minggu sekali boleh balik jumpa laki dia.

Orang nak nikah, kita bukan boleh halang. Orang sekarang ni, kita nak nasihat lebih-lebih pun kita kena tengok keadaan. Pertama, kita kena sedar sapa kita yang memberi nasihat tu. Kalau setakat jiran tetangga, kena fikirkan jugalah, takut nanti jadi perang mulut. Dulu lain, sekarang lain. Kedua, tengok keadaan bila nak nasihat orang. Jangan nanti boleh dituduh, kita pulak menghalang orang nak dirikan masjid.

4 ulasan:

  1. Tuan kadi,
    Kira2 >35 thn lalu ade kes budak sekolah nikah duda, tapi dia teruskan sekolah. Saya tau sbb duda tu org terkenal, jadi masuk s kabar.
    Tak manis dedahkan sapa dia, cuma nak beritau kes ni pernah ada. (itu pun klu skabar tak bohong le, atau pun budak perempuan tu tak bohong).
    Tapi dia mmg menikah, yg bohong atau tak tu samada dia teruskan sekolah atau berhenti selepas nikah.

    Berbelit2 pulak.

    BalasPadam
  2. Saya baru2 nie masuk wad, ada perempuan sebelah katil saya kena semput, mengandung 3 bulan, hari2 doktor check kandungannya... ada seorang lelaki hari2 melawat dia, katanya suaminya...

    Nak jadikan cerita mak n bapa perempuan ada datang sekali2 sepanjang saya d wad...

    Mak perempuan tu berbual dengan saya, saya pun cakap ler dgn maknya kesian anaknya semput waktu mengandung...

    Maknya jawab... Ehh!! x ler anak saya belum kahwin, mana ngandungnya, 10 Jun 2012 nie baru nak kahwin, pas tu maknya terus balik... Saya terus tergamam, terdiam dan berfikir.. x ker maknya tanya status kesihatan anaknya pada doktor, x ker mak bapaknya ambil berat...

    Entahlah... Inilah dunia kan ustaz....

    BalasPadam
  3. sangat elok berkahwin awal.. ikut atok nenek kita dulu... maksiat berlambak-lambak.. umur 12 tahun sudah mengenal erti seks... zaman sekarang berkahwin lewat atas alasan masih muda n belajar.. namun sebenarnya kita terikut2 budaya barat yang berkahwin lambat...namun ibubapa kedua2 pasangan haruslah sporting dan semua pihak haruslah mempunyai perancangan supaya pelajaran tak terbabas.. agama tak terjejas..

    BalasPadam
  4. Says dengar cerita umur 15tahun mahu bernikah dengan Duda tapi budak perempuan itu mahu bernikah sambil belajar???? Boleh terangkan sedikit atau nasihat

    BalasPadam

Dipersilakan komen.