23 Jun 2012
Isteri Kedua Sedang Bermasalah, Bagaimana Nak Selesai ?
Saya ada soalan dari pembaca blog saya. Saya sertakan semuanya untuk tatapan kita bersama. Kepada yang ingin memberi naasihat, dipersilakan....
"Ustaz...... saya ada masalah sikit nak kongsi. Tanpa saya sedari saya sebenarnya isteri kedua. Perkenalan kami bermula di alam maya...setelah dua bulan berkenalan, kami berjumpa dan tak lama lepas tu bercinta seterusnya bernikah.
Suami saya orangnya memang baik..jaga solat, sampai sekarang pun setelah berumahtangga dan ada seorang anak dia memang seorang suami yang baik. Dia selalu menasihati saya kepada perkara-perkara yang baik. Pendek kata, saya sekarang lebih sempurna dalam menutup aurat dan ada peningkatan dalam amalan wajib dan sunat yang lain.
Masalahnya sekarang, saya dapat tahu sebenarnya dia telah berkahwin dan sekarang mempunyai 5 orang anak. Dia beritahu yang isterinya meminta cerai, tapi dia enggan ceraikan kerana perceraian itu adalah hasutan daripada adik beradik isterinya setelah kejatuhan perniagaannya dulu. Menurutnya, waran tangkap pun dah dikeluarkan tapi dia masih enggan ke mahkamah...
Perkara ini sudah berlanjutan lebih lima tahun (saya baru kawin 1 1/2 tahun). Sekarang ni bila dia dah buka perniagaan lain dengan bantuan saya (modal) dan dah menunjukkan hasil, saya dapat rasakan isteri pertama tu macam dah baik semula dengan suami saya. Saya dapat rasakan mungkin dah tarik balik permohonan perceraian tu.
Kadang-kadang bila saya fikir tentang penipuan suami kepada saya. Saya rasa macam nak minta cerai saje. Tapi bila fikirkan anak yang masih kecil, saya terpaksa bersabar. Saya rasa macam keluarga dan kawan-kawan dia berkomplot menipu saya. Kawannya tak cakap pun dia dah kawin bila saya jumpa dengan kawannya.
Memang setiap malam suami duduk dan tidur dengan saya tapi saya rasa sakit hati yang amat sangat bila dia pegi jumpa dengan isteri yang lagi satu tu. Kadang-kadang saya dapat tangkap yang dia tipu saya bila dia jumpa isteri pertama dia. Hati saya memberontak...apa perlu saya lakukan ustaz ?"
Ermmmm... inilah ceritanya. Saya baca dan jadikan sebagai satu tajuk dalam blog saya. Rasanya kemudianlah saya ulas setelah dapat idea yang lebih bagus gitu. Harap pembaca dulu ulas terutama yang ada pengalaman beristeri dua. Yang baru bercita-cita nak kawin dua pun boleh ulas, sebagai bekalan sebelum kawin dua, hehehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam ustaz..
BalasPadamnak sy berceramah.. xpandai..
nak sy nasihat.. pun xpandai...
cuma.. biasa2nya sy membaca je la...
ni sy copy/paste je la..
utk dikongsi baca/renungan bersama...
kerana.. kepercayaan/kebenarannya...
jodoh sudah ditetapkan oleh Allah..
Ya, benar. Bahkan, bukan hanya jodoh.
Segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah ketika kita berada di rahim bunda. Dalam sebuah hadits riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a., dikabarkan bahwa
Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya proses penciptaan setiap orang dari kalian berada di perut ibunya selama 40 hari berupa segumpal air mani. Selanjutnya ia berubah menjadi segumpal darah dalam masa yang sama. Kemudian ia berubah menjadi segumpal daging dalam masa yang sama. Lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya disamping diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yakni
[1] rezekinya,
[2] ajalnya,
[3] perilakunya, dan
[4] bahagia-celakanya.
betul jodoh ditentukan oleh Allah swt tapi kita hambanya di beri AKAL untuk berfikir mana yang baik mana yang tidak. Adakah berbohong itu baik ?? Nak buat benda baik ( nak menikah lagi ) tapi berbohong untuk merealisasikan hajat .. adakah baik ?? Lelaki biasanya sering jadikan kenyataan JODOH DI TENTUKAN OLEH NYA sebagai alasan untuk menghalalkan niat mereka.
Padambukankah rezeki, ajal maut semua ketentuaNya yang Maha Esa. Ustaz..saya rasa masalah ni tak akan jadi masalah lagi jika jiwa siisteri jiwa yang tenang..tak TT (takut & tamak)
BalasPadamMaaf ya mungkin ianya agak kasar bunyinya tapi itu lah dunia..TT ada dimana2
wallahua'lam
Setan yg hasut perasaan negatif tu.
BalasPadamManusia tak 100% sempurna . Wlu bgaimana pun langkah2 berhati2 kena ambil le, sbb kita tak tau hati manusia sebenarnya. Hanya yg empunya diri & Allah yg tau.
Hatta anak kita pun kita x tau hati dia.
Mislanya duit puan jgn serahkan pada dia sepenuhnya, (tapi klu mati, suami dapat le bahagiannya), dll.
Klu dlm delima thd satu2 keputusan, ngadu pada Allah. Kembali padaNya, insafi & taubat atas kesilapan dulu2 dll. Selain hubungan dgn Allah, dgn manusia/makhluk kena dijaga dgn baik & harmoni.
Allah no 1, then Rasulaullah saw then manusia (suami, ibu bapa, dll.... ikut situasi).
Selagi dia x ajak pada ingkar pada Allah & Rasul saw.
Tambah ilmu tambah amal, puan bole membimbing suami dll ke jalan Allah insyaAllah.
lelaki mmg penipu.. buat cerita iti ini je...
BalasPadamberat mata memandang, berat lg bahu memikul.
BalasPadamalhamdu lILLAH sekurang2nya puan da dapat seorang lelaki bergelar suami yg mampu membimbing puan dan anak.
dalam hidup bersuami isteri, banyak2lah memandang kebaikan pasangan dan kurang2kan lah melihat kekurangan mereka. insyaALLAH pelayaran akan lebih lancar bahagia.
Hidup dan mati setiap insan adalah dalam qadha dan qadar Allah s.w.t. Begitu juga tentang rezeki dan maut. Kebahagiaan dan keperitan dalam kehidupan merupakan rencah kehidupan yang dialami oleh setiap insan. Inilah kemanisan dalam kehidupan yang akan kita kecapi jika kita menghayati dan redha akan ketentuannya. Hidup adalah pelayaran untuk menuju destinasi yang abadi(akhirat). Oleh itu, bekalkan dengan amalan mulia dan ingatlah kita semua akan kembali kepadanya.....
BalasPadamassalamualaikum...siapa pun anda yang bini no 2. janganlah rasa kecik hati yea dengan suami. kalau dah terkecik hati, boleh tak maafkan suami? saya sebagai wanita yang akan dimadukan bersuara bagi pihak isteri pertama yang telah dimadukan. sebelum anda (bini no 2) di tipu suami anda, kami bini no 1 nie dh banyak kali ditipu oleh suami kami sepanjang perkenalan kamu n sehingga kamu menikah n sehingga kamu melahirkan anak. n selagi kamu bergelar isteri no 2. bukan kamu sahaja berkorban demi suami kamu...kami isteri pertama pun berkorban untuk suami...walaupn kamu nampak berat sebelah di pihak kamu. kamu pernah tak bincang dgn isteri pertama, duduk sekali n selesaikan isu nie? kalu xpernah, jangan anggap diri di aniaya oleh orang lain. bak kate sahabat saya: ko dah amik sebahagian kebahagiaan wanita lain, jadi ko kene kongsi kehidupan ko dgn bini pertama termasuk duit sekali pn. itu kawan saya yang cakap..coz dier ade motivasi bini no 2 yg duit gajinya di ambil suami utk bagi kepada bini pertama. saya tumpang dengar n share kn kat sini jew. by Gunawan_awen
BalasPadam