Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Januari 2011

Banjir di Kluang dan Segamat, Hujan Makin Lebat


Hujan berterusan selama 3 hari di Johor terutama Kluang dan Segamat telah menyebabkan banjir di beberapa tempat terutama kawasan luar bandar. Semalam, maklumat dari penggerak orang asli yang dilantik Jabatan Agama mengatakan mereka terputus hubungan untuk keluar. Bantuan makanan telah dihantar petang semalam menaiki bot dengan bantuan beberapa agensi kerajaan.

Kampung orang asli terbabit adalah Tereh, Sg Peroh, Pucur, Sedohok dan Air Pasir dalam daerah Kluang. Penggerak yang tinggal di kampung orang asli itu menceritakan detik-detik cemas kerana air naik begitu cepat dan terputus bekalan makanan. Penggerak berkenaan masih berada di dalam perkampungan berkenaan bersama-sama orang asli. Beberapa jambatan ditenggelami air dan air sungai melimpah.

Hujan semakin lebat sekarang dan mungkin ada beberapa tempat lagi yang mungkin berlaku banjir. Semua penduduk dinasihatkan mengikut arahan pihak berkuasa dan hendaklah berpindah sekiranya diarahkan. Bagaimanapun, semua jalan utama boleh dilalui di sini.

Di Segamat yang bersempadan dengan Kluang terutama Tenang juga diberitakan hujan lebat dan serba sedikit mengganggu kelancaran pilihanraya di sana. Pengundi dinasihatkan keluar mengundi awal. Mengundi ni syok tau, terutama orang yang kali pertama mengundi. Dulu saya, syoknya memangkah kertas tu syok dia macam syok memancing ikan pulak. Hehehe.

5 ulasan:

  1. Senggarang/parit raja pun hujan juga.

    BalasPadam
  2. kat sgamat air ungai semakin naik.. hujan xberhenti lgsg, malah bertambah lebat. Terkini, jalan di taman kenawar sudah dipenuhi air. Byk kereta terkandas. Nasib baik kami ok sbb naik kereta tinggi td. Mgkin skg dh xboleh lalu...

    BalasPadam
  3. Kita perlu muhasabah diri kita tentang kebesaran Allah. Setiap apa musibah seperti banjir ada sebab dan musababnya. Ini mengingatkan kita kembali kepada Nya. Sabar dan tenang dalam hadapi musibah dunia. Ini adalah ujian dari Allah.

    BalasPadam
  4. Salam

    Banjir melanda rumah mak kt Kg Palembang. Kesian kat mak & abah yg dah tua dan semua yg terjejas. Jiwa mereka tertekan setiap kali hujan lebat turun. Nasib baik ada adik lelaki bujang yg tinggal dgn mereka dptlah membantu & menjaga mereka (terima kasih kpd adik saya, Ajid).
    InsyaAllah saya & keluarga bercadang nak balik cuti CNY ni. Ramai2 la kita gotong royong mencuci rumah nampak gayanya.

    Abu Umar, Pasir Gudang.

    BalasPadam
  5. banjir di kampung melayu teruk sangat rumah nenek saya paras atas bukulali

    BalasPadam

Dipersilakan komen.