Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Januari 2011

Pilihanraya DUN Tenang: Berapa Majoriti Kemenangan BN Kali Ini ?


Ramai yang meramalkan kemenangan BN di DUN Tenang kali ini. Yang menjadi persoalan sekarang adalah, berapakah majoriti kemenangan ini ? Adakah lebih baik dari pilihanraya lepas ? BN perlu mencatat keputusan lebih baik berbanding majoriti 2492 tahun 2008 lalu. Malah perlu menebus semula majoriti 5517 yang pernah dicatatkan tahun 2004.

Saya menjangkakan peluang BN ke atas PAS adalah 70-30 menyebelahi BN. Tenang merupakan kubu kuat BN sejak dulu dan sukar digugat terutama kawasan majoriti Melayu. Tenang tidak boleh dibandingkan dengan DUN Maharani dan DUN Sungai Abong yang jatuh ke tangan PAS tahun 2008. Maharani dan Sungai Abong di Muar adalah kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding Tenang adalah kawasan kampung dan Felda. Bagi mereka, sudah selesa untuk terus menyokong BN dan sukar diubah. Di kawasan bandar dan pekan pula kebanyakannya majoriti Cina manakala orang India di ladang-ladang dan pinggir bandar.

Seperti di Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, kawasan kampung dan Felda memberikan sokongan padu pada BN. Itu di Selangor yang kerajaan negerinya dipegang Pakatan Rakyat. Di Tenang, sokongan kepada BN jauh lebih kuat dari Hulu Selangor. Sebagai orang Johor, saya ikhlas membuat analisa ini, bukan hendak merendahkan kemampuan sesuatu parti yang bertanding.

Peluang PAS

Bagaimanapun, peribahasa menyebut, air yang 'tenang' jangan sangka tiada buaya. PAS  turun sebagai parti yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang tetapi cukup berpuashati sekiranya berjaya mengurangkan majoriti kemenangan BN sebelum ini. Sekiranya BN terlalu leka dan ghairah, tidak mustahil PAS boleh menang tipis kali ini.

Berapa Majoriti Kemenangan BN ?

Pada saya, menang kalah BN atau PAS kali ini adalah diukur dari jumlah majoriti sama ada meningkat atau merosot bagi BN.

1 ulasan:

  1. Pemberitahuan...
    Tulisan yang menjurus kepada kempen kepada sesuatu parti yang sedang bertanding, tidak akan disiarkan.
    Harap maklum.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.