Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Februari 2011

45,000 Pekerja Asing Masuk, Mana Pekerja Tempatan ?


Akhbar hari ini kata, kerajaan meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakan dari India bagi memenuhi 13 sektor di negara ini termasuk pembinaan, perladangan, restoran dan perniagaan runcit.
Persoalannya, ke mana perginya pekerja tempatan ? Adakah orang kita tak mahu bekerja dalam sektor ini ? Kalau orang kita tak mahu kerja, maka jangan dipersalahkan pada pekerja asinglah. Dia nak bekerja, dia nak cari rezeki. Nanti tak boleh bergerak pula kilang atau perniagaan di negara kita kalau orang asing tak masuk.

Tapi kalau pekerja tempatan ada, cuma nak juga pekerja asing, maka  nampak macam tak berapa patut juga. Mungkin majikan suka ambil pekerja asing yang gajinya murah, kalau orang tempatan gaji kena tinggi dan perkara lain kena sediakan. Kalau pekerja asing tak berapa kisah, rumah kedai duduk puluhan orang pun boleh.

Dulu katanya restoran mamak nak ambil orang tempatan bekerja, tapi sampai sekarang dipenuhi pekerja asing. Saya cuma nak kata sesuatu, iaitu kalau boleh pekerja restoran mamak atau restoran makanan orang Islam, biarlah yang beragama Islam. Soalnya, yang dari luar ini termasuk India yang kerja di restoran, adakah mereka semua Islam ? Jawapannya, bukan semua Islam, ada juga yang tak Islam.

Di sebuah kedai mamak di JB yang saya selalu pergi sampai sekarang, seorang tu masak char kueh tiau kerang. Masa hantar makanan pada saya, saya beri salam "assalamualaikum". Tapi dia mengeleng. Saya tanya dia Islam ke, dia kata tidak, dia bukan Islam. Sampai sekarang, dah lebih 4 tahun dia kerja di kedai mamak tu di JB. Okey, kalau dia bukan Islam, dia tahukah cara bersuci bila masuk tandas. Dia pakai air ke pakai apa masa bersuci ? Lepas keluar tandas, dia masak char kueh tiau, ambil mee tiau pakai tangan. Kalau dah tahu cerita ni, selerakah makan.

4 ulasan:

  1. USTAZ..
    MASALAHNYA SKRG BUDAK2 TAKNAK KRJA DALM SEKTOR2 TRSEBUT..MEMILIH..SAYA DH KNAL RAMAI DAH JNIS MCM NI..KEJE KILANG TAKNAK..KEJE KAT SUPERMARKET TAKNAK..KERJA KAT KEDAI MAKAN PUN TAKNAK..TAK SESUAI DGN KELULUSAN DEPA YG ADA DIPLOMA DENGAN IJAZAH DEPA TU..NAK KERJA YG SETARAF DENGAN KELULUSAN JA..LEBIH RELA DOK KAT RUMAH JA DARI KERJA MACAM TU..
    SAYA NI MCM2 SEKTOR PERNAH KEJA..LAST2 DAPAT JUGAK YG SESUAI DGN LULUSAN SAYA..JANJI SAYA TAK SUSAHKAN MAK ABAH SAYA..SAYA KERJA MCM2 JNJI HALAL..MALU TAK STANDARD TOLAK TEPI..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum w.b.t Tuan...

    Restoran mamak ni apa dia kisah. Asalkan pendapatan harian dia masyukk sudah. Kawan peminat setia Restoran Mamak kat perling bila ada "Live" bolasepak. Sekadar minum air saja.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  3. Tenaga kerja asing adalah satu perniagaan yang menguntungkan.mungkin kita marah ketika ada tuntutan agar amah ada gaji minimun dan ada cuti sebelum penghentian penghantaran ditarik balik.pelbagai tanggapan dalam nada tak setuju muncul di dada akhbar.pada pandangan saya pribadi adanya gaji minimum ataupun perbedaan gaji yang tidak ketara antara tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan malah dapat mengurangkan kegairahan majikan mempekerjakan orang asing.sedikit kontroversi tetapi asumsinya mudah saja, lebih baik mempekerjakan pekerja tempatan daripada orang luar kerana gaji sama.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum w.b.t ustaz.....
    saye tertarik ngan isu nie....sye terkilan kalw de sstgh pihak menuding jari kepada msyrakat kite..myalahkan msyrakat kite terlalu memilih kerja...mslhnye skrg,pmkiran majikan skrg....terlalu mudah bg mereka jika mnggaji warga asing...warga asing senag,time nk gune,time xnk bley buang...tp kalw msyrakt kite,brani ke majikan pecat ssuka ati????satu lagi,ade orag ckp warga asing gajinye murah...sape ckp warga asing diberi gaji murah????bley bg ktrgan lbey mndlm,agr tidak mnjadi keliru...didalam sektor perkilangan,warga asing dilayan lbey bek berbanding msyrakat kite terutama msyrakat malysia timur..byrn yg diberi kepada warga asing adlh same byrn dgn masyrakat malysia timur..adakah ini ADIL?????...sektor pembinaan pula,rate2 msyrakat kita TIDAK diberi peluang sepenuhnya...majikan saggup mmbyr warga asing 70-150/day...adakh harga ini rendah????xkan msyrakt kite tidak mahu mmperolehi gaji berknaan...sektor cleaner,totally warga asing memperoleh gaji RM1300,bersih tetapi belum lagi dikira bayran kepada ejen....pling kurang RM300 byrn kpda ejen...bygkan RM1600,sape xMAU????kepada cik Amira Amair The Poyos jgn terlalu memandang negatif kepada masyarakt kite...terlalu sedikit pengalaman cik ntuk mngatakan sedemikian....jauhkan lagi perjalanan,luaskan kan pemandangan cik..baru cik ketahui disebalik ISU ini...SIAPA yg mnjadi DALANG di sebalik isu ini....fikir2kan...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.