Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mac 2011

Akhbar Sinar Harian 30 Mac 2011 : MAIJ Bantu Peniaga Islam

KLUANG - Seramai tiga pengusaha menerima bantuan perniagaan daripada Majlis Agama Islam (Maij) daerah Kluang bagi membantu mempertingkatkan perniagaan mereka.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, bantuan yang diberikan Maij adalah bertujuan untuk membantu pengusaha-pengusaha yang mengalami kesusahan dan kesempitan dari segi kemudahan mesin dan dan sebagainya.

“Pada masa ini kita memberikan kepada tiga pengusaha yang layak menerima bantuan daripada Maij yang mana mereka semua ini mempunyai minat dalam berniaga, tetapi tidak mencukupi modal dan kelengkapan dari segi kemudahan.

“Maij harap dengan bantuan yang diberikan dapat memberi kesenangan kepada pengusaha-pengusaha ini untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya sempena Majlis Seminar Usahawan Jaya 2011 yang diadakan di Dewan Nurudin Fahmi, baru-baru ini.

Khalil berkata, bantuan-bantuan yang diberikan Maij berupa mesin dan sebagainya kerana dengan pemberian tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menjalankan aktiviti perniagaan yang sedang diusahakan.

(Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 30 Mac 2011)

3 ulasan:

  1. Cuma 3 orang saja ker ustaz ?

    BalasPadam
  2. Semasa Majlis Seminar Usahawan Jaya 2011 peringkat daerah Kluang itu tiga orang penerima sahaja. Jumlah keseluruhan ramai, jumlahnya ribu-ribu orang penerima bantuan dari pelbagai jenis bantuan dari MAIJ. Ramai umat Islam dapat manfaat dari zakat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b.t Tuan,

    Kawan memang suka berniaga terutamanya menjual barang-barangan terpakai ni bak kata orang barang second hand. Macam itulah flashback saya.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.