Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Mac 2011

Bujang Tua Buat Anak Dara Termengandung Dua Bulan


"Betul ker bujang ni, umur dah 40 lebih ?". Tanya saya.

"Yer betul, saya memang tak pernah kawin dari dulu". Kata lelaki tu.

Betullah dia bujang, surat pengesahan pun ada, saksi dari keluarga terdekat pun ada. Dia cerita, dulu masa muda merantau  ke banyak negeri cari kerja termasuk kerja kapal. Sekarang dah 40 lebih, buat  pula perempuan 20-an mengandung, kemudian nak nikah. Entahlah, kalau perempuan tu tak mengandung, entah dia nikah atau tidak dengan perempuan tu, entah. Nak nikah, boleh tapi tindakan undang-undang tak boleh lepas, proses siasatan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah akan diteruskan.

5 ulasan:

  1. berat juga kes2 begini....ssh bagi keluarga perempuan plak nnti....

    BalasPadam
  2. ustaz nak tanya sikit, bukan ke haram bagi seorang lelaki untuk menikahi perempuan yang telah hamil? kalau menikahi jugak nanti hasil anak mereka yang seterusnya juga anak haram bukan ? maaf jahil agama.

    BalasPadam
  3. Hukum bernikah pada asalnya adalah harus. Bagaimanapun, dalam beberapa keadaan boleh jadi wajib kalau seseorang itu sudah layak tetapi tidak boleh mengawal hawa nafsu. Boleh jadi sunat untuk tujuan ibadah. Boleh jadi haram kalau dipercayai boleh membawa mudarat kepada pasangan. Bagaimanapun, hukum nikah ini adalah sah sekiranya cukup rukun dan syaratnya.

    Bernikah dengan wanita hamil mungkin boleh mengelakkan dari berlaku perkara tidak baik seperti pembuangan anak dan sebagainya. Lelaki dan perempuan juga dipercayai sudah menyesal dan sanggup bertanggungjawab di atas perbuatannya dan akan sama-sama membesarkan anak yang bakal lahir. Jadi tidaklah dihukumkan haram tetapi pernikahan adalah untuk kebaikan bersama.

    Anak yang bakal dilahirkan tidak boleh dibinkan kepada bapa kerana perempuan sudah hamil sebelum bernikah.

    BalasPadam
  4. harap dgn adanya blog Kadi Kluang ni dpt menambah ilmu masyarakat dlm bab2 agama & prosedur serta perundangan enakmen keluarga islam...walaupun setiap negeri mungkin tak selaras tapi bab hukum tetap sama mengikut syariat samada wajib, Haram, sunat, makruh @ harus...

    syabas, Kadi Kluang...

    BalasPadam
  5. bgaimana pula dgn klau usia kandungan blum smpai 2mggu dia brnikah dn ble anak i2 dlahirkan adakah boleh d binkan nama bapa anak i2?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.