Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mei 2011

Berjudi dihukum Sebat



Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh, Indonesia kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin. Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan. Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali. Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi.

1 ulasan:

  1. bagus ni, boleh jadi pengajaran kepada yang lain. kalau Malaysia buat macam ni, lagi bagus. Kat kampung suami saya, ada tokeh kedai berbangsa Cina yang jual nombor ekor secara sorok2 kat rumah. Yang beli, orang2 kampung, majoriti bangsa Melayu. bukan yang muda saja, yang dah tua kerepot pun beli jugak.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.