Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2011

Mistisfiles : Kampung Bunian ? Kenapa Gambar Ini ?


Dua hari lepas, saya ke satu lokasi di dalam negeri Pahang. Diceritakan kepada saya lebih 10 tahun lalu yang tempat ini adalah perkampungan orang bunian. Dan saya sudah banyak kali ke kawasan ini. Bagaimanapun, lokasinya saya rahsiakan.

Air Mata Air

Yang menarik perhatian saya adalah berkenaan air mata air yang terdapat di sini. Sudah beberapa kali saya ke sini untuk ambil air untuk terus minum. Pada jam 9.30 pagi dua hari lepas saya ke sini seorang diri. Nampaknya sekarang tempat itu jadi tumpuan orang juga terutama dari kampung itu. Saya ambil dua botol besar dan sebotol kecil. Saya buat minum air itu dalam kereta, sekarang dah tinggal sebotol besar.

Pada saya, air dari mata air itu ada khasiat yang tersendiri. Orang kata air di situ mempunyai khasiat seperti miniral yang tinggi. Yer, saya dapat rasa perbezaannya terutama peredaran darah dan kulit yang lebih licin selepas minum. Bagaimanapun, kajian saintifik tidak ada lagi setakat ini. Di Pahang juga terkenal dengan air GAU yang dibotolkan dan menembusi pasaran seluruh negara. Saya rasa, air mata air yang saya ambil itu ada persamaannya dengan air GAU itu.

Cerita Bunian

Pasal cerita bunian ini saya tak ambil kisah sangat. Semua ini tidak dapat dibuktikan dalam alam nyata. Dalam Islam, kepercayaan kita kepada makhluk halus seperti bunian ini bukan termasuk dalam rukun iman yang wajib kita percaya. Yang wajib kita percaya adalah kepada Allah, Malaikat, rasul dan lain-lain dalam rukun iman. Jadi pasal bunian ini, nak percaya percaya, tak percaya sudah, tak jejaskan keimanan kita.

Saya datang ke situ seorang diri di tempat terpencil itu, tidak jumpa orang bunian pun, orang biasa pun saya tak terserempak. Sedikit menghairankan saya, tempat itu macam ramai pengunjung dan ada jalan tar ke situ dan ke hadapan lagi. Saya teruskan ke depan dan saya dapati ada 3 biji rumah. Bila saya hampiri rumah itu, rumah itu kosong tiada penghuni. Walaubagaimanapun, rumah itu terpelihara dan bersih seperti ada orang. Sengaja saya pusing kereta betul-betul di hadapan rumah itu, kalau-kalau ada orang yang muncul tapi tiada.

Cerita yang popolar di situ, sejak dulu, di situ didiami oleh orang bunian. Di situ kampung mereka dan hidup seperti orang kita. Nak kata cerita ini betul, tak tahulah betul atau tidak, tapi yang cerita ini adalah orang yang ada nama juga. Tapi, yang saya pergi hari itu, tidak ada sesiapa pun yang tinggal di situ.

Apa Jadi Pada Gambar Saya ?

Saya ada ambil 6 keping gambar di situ di lokasi air mata air dan rumah kosong itu. Mulanya saya cadang nak masukkan gambar itu dalam blog saya. Tapi saya gagal. Ini menimbulkan tandatanya pada saya... Gambar dari telefon saya, gagal hendak pindahkan ke komputer melalui 'bluetoot'. Mula saya ingat komputer saya rosak tapi rupanya tidak.

Pagi ini, saya ambil gambar masjid di Dungun dan saya masukkan ke dalam blog, boleh pula. Tapi kenapa gambar di lokasi misteri itu tidak berhasil ? Saya sedang cuba mengatasi kesulitan ini tapi setakat hari ini masih gagal. Nanti kalau sudah berjaya, saya cadang nak masukkan dalam blog ini. Bukan ada gambar apa sangat, cuma lokasi air mata air saja.



7 ulasan:

  1. Assalam,

    Betul betul ada orang bunian daaaa.... depa taknak glemer... Biarlah rahsia.

    BalasPadam
  2. assalam
    try ambk gambar pd gambar...

    BalasPadam
  3. Saya juga pengkaji perihal KEISTIMEWAAN MELAYU..

    apa yg saya paham..awak pi lah sana semula dan ucapkan salam dan minta iin sebelum u nak ambil gambar lokasi tuh..

    itulah yg kwn2 i dapat ambil gambar pelik2 ketika di dalam hutan2 atau tempat2 yg dirasakan hati adalah pelik..

    baca bismillah dan minta izin..pedulikan kalau kwn u kata u gila..

    cubalah..insyaallah..

    BalasPadam
  4. koi juge pernah diberi lihat sendiri sekeping kad pengenalan beralamat No. 1 Kampong Bunian, .... Pahang.

    BalasPadam
  5. En amran nali ada cerita yg brpunca drpd en syuib suatu masa dulu di area kg pasir raja hulu dungun tok semulu kg ketika tu pernah bercucuk tanam secara berderau dgn org2 bunian di situ. biasalah org2 dulu kalau gi kebun buat padi huma/bukit mereka bawa sedikit bekalan makanan, kokon cerita tok semulu bertukar tukar bekal dengan org bunian tu, Allah hu a'lam

    BalasPadam
  6. heh,bunian plak

    BalasPadam
  7. Saper buleh ajar ambe bagaimane nak berkomunikasi secara zahir dgn bunian dan mengajar saya tentang bunian..??

    BalasPadam

Dipersilakan komen.