Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Mei 2011

Pasal Telefon Pun Boleh Nak Sampai Bercerai Ker ?


Seorang suami marah pada isteri, tak tahulah apa benda yang dimarahkan. Tapi ada kaitan dengan telefon, entah kenapa dengan telefon tu, entahlah. Suami kata pada isteri,

"Kalau awak tak telefon orang itu, jatuh talak" Kata suami dan isteri dengar dengan jelas.

Mendengar perkataan itu, isteri terus telefon orang itu. Malangnya orang itu tak jawab panggilan itu. Isteri terus telefon berulang kali tapi orang itu masih tak jawab.

Perkara ini menimbulkan persoalan bagi pasangan umur 40-an ini. Isteri faham, kalau dia tak telefon dalam masa 10 minit seperti yang suami  katakan, maka jatuh talak. Dia telefon dah dalam tempoh itu, cuma orang itu tak jawab saja. Suami pun rasa bersalah dan keliru juga, adakah jatuh talak ? Dia tahu yang isteri dia dah telefon dalam tempoh 10 minit itu, cuma panggilan tak terjawab saja.

Nasihat saya, jangan main-main dengan lafaz talak. Mungkin suami berniat supaya isteri mengikut apa yang disuruh, sebab itu lafaz ini dikeluarkan. Kemudian, suami dan isteri hidup dalam kekeliruan dan serba salah sehingga keduanya datang ke pejabat kadi. Barulah pasangan ini dapat penjelasan yang betul.


2 ulasan:

  1. kerana pulut santan binasa
    kerana mulut badan binasa
    fikir2kan laaaa

    BalasPadam
  2. Mudahnya perkataan cerai dilafazkan - macam main pondok2 saja tanpa memikirkan musibahnya. Ini melibatkan hukum - supaya jangan berasa was2 / curiga nanti.
    Sebab itulah banyak pasangan Islam yang bercerai. Untuk mendirikan perkahwinan memanglah sukar - terpaksa melalui proses2 : kenal hati budi masing2, bertunang, bernikah, letih himpun duit berpuluh ribu, buang masa serta tenaga kaum keluarga untuk buat kerja kenduri kahwin - tapi senang2 pulak nak bercerai

    BalasPadam

Dipersilakan komen.