Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2012

Silap Masuk Ke Tempat Orang Kenduri....


Beberapa hari lepas, saya dalam perjalanan dari Kluang ke Temerloh, Pahang. Sampai di Rompin, Negeri Sembilan dalam jam 8.45 malam, kami sekeluarga nak cari kedai makan. Berhentilah di sebuah kedai makan yang ada beberapa meja, sebahagiannya ada orang. Maka kita orang buat keputusan nak makan di kedai itulah dan kereta berhenti di betul-betul depan kedai.

Yang menghairankan saya, keluar saja dari dalam kereta, ada seorang lelaki 20-an memakai songkok menghulurkan tangan bersalam dengan saya sambil senyum. Dalam hati saya, baik betul orang kat situ, orang nak datang kedai dia, diberi layanan mesra. Bila masuk ke kedai tu, saya nampak ada bekas macam katering, dan saya mula serba salah.

Rupanya, ada jamuan. Tapi saya dah ada kat kedai tu, kemudian seorang lelaki dalam umur 50-an atau 60-an menyambut saya. Baru saya tersedar yang kedai itu ada jamuan dan saya rasa sudah pasti hanya jemputan tertentu saja yang dijemput, saya tak dijemput. Timbul rasa malu pula saya. Saya nak masuk semula ke kereta tapi anak-anak saya semua dah masuk ke kedai tu pulak, macam mana ni....
(Gambar di atas adalah gambar sebenar yang sempat dirakamkan)

Berterus Terang Saja

"Maaf encik, saya tak tahu sini ada jamuan, saya dalam perjalanan nak ke Temerloh. Tak apa encik, saya pergi ke kedai sebelah". Kata saya pada tuan rumah tu.

Kebetulan di sebelahnya ada satu lagi kedai makan yang tak buat jamuan. Kira malulah saya masa tu. Dahlah orang jauh, dari Kluang, tiba-tiba nak makan free tempat orang pula. Malu rasanya tapi saya buat muka macam selamba saja.
Tapi apa berlaku selepas tu ?

10 ulasan:

  1. adehh !!!
    ....BERSAMBUNG minggu depan la pulak !!!

    BalasPadam
  2. sabor jela...

    BalasPadam
  3. sabar, sabar.. tunggu episod strusnya
    bole diapply oleh kita semua, klu hadapi situsi sama. Senyum tetap senyum , mmg murah rezeki.

    BalasPadam
  4. Ustaz nie suka betul cerita tak abis laaa ... buat org suspen jerrr

    BalasPadam
  5. Rompin ke Tampin (negeri Sembilan)?

    BalasPadam
  6. Rompin... jalan antara Gemas ke Bahau.

    BalasPadam
  7. kadang2 terasa tension pulak baca blog ustaz ni... banyak sambung2... umpama sessi teh tarik yang perlu diadakan dua kali untuk cerita yang simple..

    BalasPadam
  8. ustaz memang bijak...hehe

    BalasPadam
  9. Hehe rezki Ustaz kalau dijemput makan sekali. Tak mustahil juga, orang Melayu kita ni tinggi budi bahasa.

    http://www.emasdantanah.com

    BalasPadam
  10. ustaz suka betul buat cerita smbungan.. sungguh suspen..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.