07 Oktober 2012
Bapa Lelaki Tak Setuju Anak Nikah Dengan Perempuan Lebih Tua
Lelaki bujang awal 20-an hendak bernikah dengan perempuan anak dara lewat 20-an tetapi mendapat tentangan dari keluarganya terutama bapanya. Ibu bapa dah puas nasihat dan kemudiannya marah-marah kepada anaknya itu. Anak dituduh derhaka kerana tik dengar cakap orang tua.
Alasan yang diberikan oleh bapanya adalah kerana perempuan itu lebih tua dari anaknya, itu saja. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang manakala perempuan sebagai pembantu kedai. Kalau nak kaji dari segi lain, bukanlah ada apa-apa alasan untuk keluarga menghalang, apa lagi alasan mengikut syarak. Timbul pula cerita yang bapanya berhasrat hendak menjodohkan lelaki ini dengan perempuan lain pilihan keluarga.
Akhirnya lelaki mengambil keputusan untuk bernikah juga, walaupun ibu bapanya tetap tidak merestuinya. Pernikahan berwalikan bapa perempuan dan bapa perempuan menyedari yang pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga. Tetapi bapa perempuan lebih matang dan menerima ketentuan ini.
Ini bukan zaman dulu-dulu yang jodoh anak-anak diatur oleh keluarga, sekarang masuk zaman internet dan facebook. Anak-anak sekarang ada pilihannya sendiri dan berhak menentukan jodoh serta masa depannya sendiri. Kalau bapak carikan perempuan lain untuk jodohkan anak, elok bapak sajalah nikah lagi satu, tak ker elok begitu ?
"Ingat... selepas nikah ini, carilah masa yang sesuai untuk bawa isteri jumpa mak dan ayah. Antara masa yang sesuai adalah pagi Hari Raya Haji yang tak lama lagi ini...." Kata Kadi sebelum menikahi pasangan ini.
Lelaki kelihatan sebak dan menangis sambil mengesat air mata.
"Walaupun pernikahan tidak dapat restu mak ayah, janganlah buang keluarga. Kamu anak lelaki sulung dalam keluarga, jadilah contoh yang baik kepada adik-adik kamu." Kata Kadi lagi sambil lelaki ini mengangguk-angguk menunjukkan rasa tersentuhnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kegagalan ibu ayah untuk mengajar anak bagaimana untuk mencari calon suami dan isteri sejak kecil dan remaja dan hanya memintas pilihan anak ketika last minute mmg benar2 cukup terlewat dan mengundang conflict.
BalasPadam.....moga diberkati pernikahannya.....terus buat baik pd ibubapa
BalasPadamalhamdulliah..bernikah sebaik2 jalan
BalasPadamsepatutnya ibubapa syukur byk2..entah2 pilihan ank tu yg terbaik..
PANDAI2 LAH MEANTU PEREMPUAN AMBIL HATI AYAH DAN IBU MERTUA KLU SAYANG KAN PERNIKAHAN INI...ISTERI BOLIH DI CARI IBU BAPA...TAK ADE PEGANTINYA...BUAT SI LELAKI ANDA KETUA KLUARGA SEKARANG...JGN SIA2 KAN ISTERI ANDA...DIA AMANAH YG ANDA PILIH..BANYAK KAN BERDOA DAN BERSABAR...UMPAMA MENARIK RAMBUT DLM TEPUNG....
BalasPadamKekadang ade juga ibu yg nak putuskan silatulrahim anak sendiri sebab isteri anak tu dari keluarga org 'miskin' yg dia sendiri pilih !!!
BalasPadamPasangan tu membawa diri dari rumah keluarga tapi masih ade kata-kata ibu yg menyebabkan pasangan ini menyendiri. Ramai kerabat yg ikut kata ibu sebab 'syurga bawah tapak kaki ibu'.
Pasangan masih berdoa agar keluarga dapat bertaut semula.
ALLAH KNOWS BEST.
Jodoh & maut ketentuan tuhan. Setiap kejadian telah ada sebabnya.
BalasPadamKongsi cerita benar. Anak lelaki sulong lulusan U,kerja pegawai di Bank jumpa Janda anak 2 10 tahun lebih tua, kerani swata. Bila dia kata nak kawin, di tentang habis2an oleh bapa lelaki. Meraka bernikah senyap2 dekat KL, keluarga perempuan setuju, abangnya walikan. Rahsia dlm 2-3 bulan. Raya puasa lelaki balik kampung pun sorang nak rahsiakan pernikahan. MAsa dia balik raya pun dia dah bernikah 2 bulan, isteri dia pun dah mengandung.
Bila isteri menagdung 4 bulan dia bagi tahu. Bapa cukup marah. emak dia yg kena marah sampai menangis2 pasal kelakuan anak sulung tu.
Akhirnya bila bwk cucu sulong balik kampung, tengok muka cucu, segala marah benci pada anak & menantu hilang.
Sekarang ni,dah 10 tahun. emak bapa lelaki dtg KL 2-3 bulan sekali. Dah lupa dah segala yg marah2 dulu. Bila di tanya lelaki tu, bapak dah tak marah2 lagi? Dia cakap. ALLAH bukak kan hati bapak aku. Sbb aku bernikah dan dapat anak, cucu dia. Bukan berzina, lps tu ada anak luar nikah. Halal.
Dia pun dah ada anak 4 org sekarang ni.
Alhamdullilah. Syukur. Amin
mat sabut.
mat sabut,
Padammaaf ye, ni kisah hang ke? kalu btol, tahniah. Hang memang anak yg baik & suami misali.
Semuga Allah memberkati kehidupan hang sekaluarga hingga akhir hayat.
METRO hari ini 26 Okt, A7 artikel bertajuk "Masyarakat Tidak Tegas atasi perbuatan zina" ~ ibubapa rela anak dibiarkan berboyfren girlfren & bebas bergaul dpn mata sendiri, bertunang lama2 sdgkan kalau dah bertunang pun hukum tetap sama iaitu HARAM...
BalasPadamdaripada NIKAH atas alasan masih muda,belum ada kerja, belum cukup kumpul harta dsb alasan...
maknanye, ibubapa skrg pun boleh dipersoalkan tentang ayat "syurga di bawah telapak kaki ibu"... ibu yg bagaimana? bapa yg bagaimana????
taatilah kdua ibubapa selagi mana mrk menurut perintah Allah & menjauhi larangan...
kalau setakat tak setuju calon bakal menantu hanya krn perkara remeh temeh spt ppuan umur lebih tua, ppuan janda dsb... ehh... come on la...
bukankah saidatina Khadijah janda 2 kali dan berumur lebih 10 tahun dari Rasullullah????
org ppuan... bila bab poligami pandai ckp, Rasullullah bila beristerikan Khadijah baginda hanya monogami makna hanya beristeri seorang, tapi knp tak lihat Rasullullah berkahwin dgn Khadijah tu adalah janda / balu & lebih tua dari Baginda????
PPuan mmg pentingkan diri sendiri... bab agama konon pandai tapi HAMPEH!!!!!!
kahwin janda lbh baik dari berzina dgn anak dara.ade betul ka aku ckp?
BalasPadam