Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Oktober 2012

Perjalanan Hidup Anak Luar Nikah Yang Melahirkan Anak Luar Nikah


Kisah silam, ibu dan bapa perempuan ini berzina sebelum nikah. Hingga lahir seorang anak perempuan beberapa bulan selepas pernikahan yang sah mak dan ayah dia. Bila lahir tak cukup tempoh, anak perempuan ini dibintikan 'Abdullah' sedangkan bapa dia nama lain.

Bila anak ini besar, pada usia 17 tahun, perempuan ini bernikah berwalikan hakim kerana dia anak luar nikah. Masa pernikahan dia ni dengan si Mamat umur 20-an ini, dia dah buncit sebesar buah tembikai harga RM 10 sebiji iaitu dah mengandung dalam 7 bulan.. Dalam 2 bulan lepas nikah, perempuan ini melahirkan seorang anak perempuan. Diberikan nama anak perempuan ini dengan dibintikan 'Abdullah'.

Tiga tahun usia pernikahan pasangan ini bercerai dan melalui perintah mahkamah, bapanya mendapat hak penjagaan anak. Tidak perlulah dipanjangkan untuk nak tahu punca dan sebab musabab kenapa bercerai tu.

Cerita Berbelit Sikit

 Harap fahamlah dengan cerita saya kali ini walaupun berbelit sikit cakap saya. Sebab apa berbelit ? Semalam saya ke sebuah pasaraya besar beli satu barang. Pekerja Bangla itu berbual dengan saya, bahasanya berbelit-belit. Dia baru 3 bulan kerja kat sini tapi dah pandai cakap Melayu pasar.

"Awak kerja sini sudah dapat gaji ker ?" Tanya saya.

"Apa bos ? Sudah dapat gaji ker ? Bos, sudah dapat gaji ker bos". Kata Bangla tu.

Pening kepala saya layan Bangla ni.

9 ulasan:

  1. cerita tu saya faham x der lah berbelit.. bab dengan bangla tu yang saya tak faham... berbelit sangat sangat

    BalasPadam
  2. hahaha..betull...cerita tu senang paham tp bangla tu?

    BalasPadam
  3. hmmm..
    ni lawak pedas/pedih jugak ni...
    "buncit sebesar buah tembikai harga RM 10 sebiji.."

    BalasPadam
  4. Kiranya ini macamlah kisah dengan Bangla tu. Saya tanya dia beberapa soalan, asal mana, dah lama ker, sini kerja ok ker dan lain-lain. Bila dia kata dah 3 bulan keja, saya tanya dia dah dapat gaji ke belum.
    Bila tanya tu, dia pulak tanya saya, dah dapat gaji ker belum. Pening juga nak memahamkan dia yang saya tanya dia, kenapa pulak dia tanya saya.
    Lagi lama layan Bangla ni, makin berterabur bahasa saya nanti.

    BalasPadam
  5. cerita ustaz ini terjadi juga pd saudara jauh saya...anak sulung perempuan yg anak x sah anak2 kemudiannya sah, alhamdulilah yg sulung tu membesar menjadi muslimah yg berjaya sayangnya adik lelaki yg sah statusnya pula yg hanyut...maka lahirlah benih cinta perempuan...yg penting disini adalah didikan agama dan hubungan kekeluargaan

    BalasPadam
  6. Dulu mudah nikah lantas kes zina kurang :-(

    BalasPadam
  7. Dulu mudah nikah lantas kes zina kurang :-(

    Dulu tu tahun berapa ?
    60+ atau 70+ atau 80+ atau 90+ ?

    Arwah ayah saya dinikahkan dgn emak dulu, emak tak tahu pun. Alih-alih datuk saya bawa emak kerumah ayah yg bertugas sebagai anggota Polis. Ini cerita tahun 50+, lagi sempoi !!!

    BalasPadam
  8. ustaz...bangla tu tanya ustaz balik la..hehehhe

    BalasPadam
  9. Salam.. Masalah saya.. Saya telah berkahwin dgn seorang perempuan warga indonesia .. Kadi yg menikahkan kami tu pun orang indonesia.. Adakah perkahwinan tersebut sah disisi agama?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.