Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Oktober 2012

Pakcik Ni Kena Denda RM 2,000 Kerana Masuk kedai Nombor Ekor

Pakcik ini, 50-an, kerja pekerja am, terkejut apabila hakim mahkamah syariah memutuskan hukuman denda RM 2,000 kepadanya. Dia tak ada cukup duit kerana dia bawa duit dalam lingkungan RM 1,000 saja.  

Dia sebelum ini ditangkap di dalam kedai nombor ekor dan dia tidak membeli nombor ekor pun. Sebelum masuk mahkamah, dia ada juga tanya-tanya orang lain pasal kes dia. Ada orang kata, kalau setakat tuduhan berada dalam kedai tapi tak beli, hukumannya tak berapa tinggi. Maka pakcik ni kata, 1,000 tu dah lebih pada cukup.

Akhirnya Anak Bini Tahu Juga

Rupa-rupanya, dia hadir ke mahkamah tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak dia. Sejak dari ditangkap dulu, penjamin kes dia adalah kawan dia. Bukanlah susah kawan dia jadi penjamin, bukan kawan dia kena bayar sesen pun untuk jadi penjamin. yang penting bukan bini dia jamin.

Bila mahmakah dah putuskan, apa dia nak kata. Dua ribu, dua ribulah, kalau tak bayar, nanti boleh kena masuk penjara. Nak merayu apa lagi, tadi dalam mahkamah hakim dah beri peluang nak merayu. Kalau nak ikut hukuman maksimum, denda RM 3,000 dan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Nak tak puashati macammana, kira puashatilah tak kena 3,000 atau merengkok dalam penjara 2 tahun.

Apabila kurang duit RM 1,000 lagi barulah pakcik ini terpaksa berterus terang pada isteri dia yang tak kerja. Maka gelabahlah macam nak pitam isteri dia bila tahu suami kena hukum oleh mahkamah. Terpaksalah berterus terang, iaitu kes nombor ekor. Tapi suami tetap pertahankan yang dia tak beli, cuma berada dalam tu saja.

Pukul 5.00 petang kalau tak bayar, nanti masuk penjara Kampung Gajah, Kluang. Maka sejam lagi nak pukul 5, datanglah anak lelaki dia bawa duit. Katanya, ini anak sulung dia yang sekarang belajar kat universiti tempatan. Entah duit dari mana dapatnya, tidaklah ditanya mana datang duit tu. Yang peting bayar. Anak pula diam saja tak kata apa, tapi dalam hati, entahlah apa anak dia kata. Itu belum lagi kat rumah nanti bila berdepan dengan bini dia. Mesti berasap punya kena bebel isteri dia.

"Awak tu dah tua, tak tobat-tobat main nombor ...." Gitulah agaknya dia kena bebel nanti.

Jangan Pandang Kecil Kes Berada Dalam Kedai Judi

Tahniah dengan keputusan hakim ini yang beri hukuman tinggi juga dalam kes ini. Walaupun orang ini tak beli, cuma berada saja dalam kedai tapi hukuman ini sudah cukup jadi pengajaran. Bayangkan, kalau orang Islam bebas dan ramai-ramai duduk dalam kedai judi sampai macam pesta kalau tidak dihukum dengan tegas.

Lagi satu, tak payahlah berlakon dan bersendiwara. Sebenarnya orang yang masuk kedai judi ni, tak lain, adalah nak beli nombor tapi belum sempat. Tengah beratur lepas tu sedar ada operasi, maka mereka lari. Atau ada yang dah beli nombor tapi campak nombor dari tangan bila ada operasi. Macam-macam hal....

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, di Kelantan tiada kedai judi. Judi tetap jalan secara tersembunyi tapi kedai judi xda.

    BalasPadam
  2. Alangkah bagunya jika serbuan kedai nombor ramalan ini dibuat berterusan terutama di Lembah Kelang (KL+Selangor) yg rata-rata ramai org Melayu/Islam datang 'tengok-tengok'.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.