Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Jun 2013

Pemandu Teksi Kena Tipu Dekat Pejabat Agama

Seorang lelaki dari kawasan di Simpang Rengam tahan sebuah teksi. Selepas berunding, lelaki ini bersetuju untuk naik teksi ini ke Pejabat Kadi Kluang dengan bayaran RM 40.00 iaitu bayaran pergi dan balik.

Sampai saja di pejabat kadi, lelaki ini naik ke atas dan meninggalkan pemandu teksi ini dalam kereta. Katanya dia ada urusan sedikit yang tidak dinyatakan. Setelah menunggu lebih 30 minit, pemandu teksi tercari-cari ke mana perginya lelaki tadi. Pemandu teksi ini mencari lelaki tadi di bangunan atas dan bawah tapi tidak ditemui. Bila ditanya kepada kakitangan, katanya lelaki ini tidak ada berurusan pun di pejabat.

Rupanya lelaki ini dah lari dan yang tak patutnya ialah dia tipu pemandu teksi tadi. Lebih tak patut lagi sebab dia gunakan nama pejabat kadi. Mungkin dalam hati pemandu teksi ini, dengar nama pejabat agama, maka rasa macam boleh percayalah orang ini. Rupanya menghilangkan diri dipercayai keluar melalui salah satu dari dua pintu belakang pagar pejabat kadi.

2 ulasan:

  1. "dipercayai keluar melalui salah satu dari dua pintu belakang pagar"

    gamaknya dah biasa la buat keja cam tu..
    dan gamaknya org2 sekitar kawasan tu jugak...

    BalasPadam
  2. Di mana-mana mesti ada orang yang berhati mulia dan orang yang jahat. Jadi kena berhati-hati dalam segala segi.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.