Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 September 2013

Jawapan Bercanggah Suami dan Isteri, Tembelang Dah Pecah (Episod 5)


Penguatkuasa masuk ke dalam bilik menemui wanita pula dengan ditemani 2 penguatkuasa.

"Okey... sekarang cuba kamu berterus terang. Jangan cuba nak berselindung, kami dah tahu cerita sebenar. Lelaki dah cerita semuanya.... Baik kamu mengaku saja.". Kata penguatkuasa sambil wanita itu nampak ketakutan dan gelabah.

"Okey...Betul ker kamu ni suami isteri?". Tanya penguatkuasa sambil mengeluarkan kertas yang ditulis tadi.

"Erkkkk... kami memang suami isteri". Jawab wanita itu.

"Sebut tarikh perkahwinan kamu sekarang" Kata penguatkuasa dengan suara yang sedikit tinggi.

"Erkk... saya lupa". Jawab wanita itu.

"Dah berapa lama kamu nikah, berapa lama?". Tanya penguatkuasa.

"Erkkk... dalam 5-6 bulan". Jawab wanita.

"Okey.... Kamu nikah di Thailand kan?" Tanya penguatkuasa.

"Yer... Thailand, kami dah nikah". Jawab wanita tu.

"Ini yang tidur ini anak kamu kan?" Tanya penguatkuasa.

Perempuan hanya mengangguk.

"Siapa bapa dia?" Tanya penguatkuasa.

"Ini anak dengan bekas suami saya". Jawab perempuan.

"Jadi hubungan dia dengan suami kamu adalah anak tiri, betul?.....". Tanya penguatkuasa lagi.

"Yer, betul" Jawab perempuan tu.

"Okey.. sudahlah tu dan keluar dari bilik ni sekarang. Dah banyak kenyataan kamu berdua bercanggah". Kata penguatkuasa.

Mereka keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu bersama lelaki dan penguatkuasa yang lain.

"Kamu berdua jangan berdalih lagi...sekarang ikut kami ke balai polis. Kamu berdua ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat". Kata penguatkuasa.

Kedua-dua lelaki dan perempuan tunduk dan tak kata apa-apa dalam keadaan yang serba salah.

"Sebenarnya kamu tidak nikah kan! Cukuplah lakonan kamu, kami dah tahu cerita sebenar. Lebih dari itu pun kami dah tahu pasal hubungan kamu" Kata penguatkuasa.

Kedua-duanya terus terdiam lagi.

"Apa tunggu lagi, ikut kami sekarang. Bawa bersama anak kamu tu, kejut dia dari tidur sekarang. Kalau betul kamu sudah nikah, sila kemukakan surat nikah ke pejabat agama segera esok. Kamu berdua ditangkap sekarang". Kata penguatkuasa serius.

"Tolonglah encik, tolonglah... berilah kami peluang.. Kami malu encik, ramai jiran-jiran kat luar tu, kami malu, tolonglah....." Rayu lelaki tu.

.......BERSAMBUNG KE EPISOD KE 6, Klik Sini

4 ulasan:

  1. macam2 hal....jadi penguatkuasa agama, mesti banyak kes yang kena harungi..Apapun, amal makruf nahi mungkar.

    BalasPadam
  2. dah tahu dah ending citer ni...eheheh...ada masuk kat surat khabar ari ni....

    BalasPadam
  3. ku-cit...
    yg masuk paper hari ni tu kes smlm ..
    "Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam."

    Isteri banduan dicekup khalwat
    Juliza Mohd Saad
    10 September 2013


    yg ustaz citer ni udah masuk ep 6...
    gamaknya kes udah 2-3 minggu lepas ni... ;)

    jangan keliru..
    jangan salah faham...
    banyak kes2 khalwat smp xcukup kakitangan pej Agama Daerah Kluang nak cekup tangkap !!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Lorrrr! ingatkan dah habis!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.