Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mei 2014

Sila Ambil Tindakan Kepada Kedai Aksesori Jual Cermin Gelap Tak Lulus JPJ

Akhbar beberapa hari ini banyak cerita tentang kenderaan yang guna cermin gelap dan tindakan penguatkuasaan akan dilakukan lebih tegas sebelum ini. Saya sokong tindakan ini tetapi saya mahu cerita sikit. Iaitu, cermin gelap ini bukanlah dia orang pasang sendiri dan kerja pasang ini bukan kerja mudah. Kalau saya pasang, mesti rosak punya atau tak sama ukuran. Habis duit sajalah kena beli lagi kat kedai.

Harap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada kedai aksesori yang jual tinted yang tak lulus JPJ ini. Saya rasa tidak berkesanlah kalau operasi terhadap kereta sahaja dilakukan sedangkan kedai aksesori yang jual terlepas dari tindakan. Sekarang ini kedai-kedai ini bebas untuk menjual kepada sesiapa saja. Ataupun, kalau perlu, penjualan tinted cermin gelap ini hendaklah dikawal oleh JPJ atau pihak berkuasa lain.

Kalau tak ada peraturan undang-undang, bolehlah dibuat kajian untuk pinda atau menambahbaik peraturan yang sedia ada.

2 ulasan:

  1. salam
    saya sokong..ambil tindakan pada kedai dulu..

    BalasPadam
  2. Maaf, saya berpendapat jika tiada pelanggan yang minta, pasti kedai tinted tu akan tutup. Sebenarnya ramai pemandu yang sengaja nak uji JPJ.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.