Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Januari 2015

Terbongkar Kisah Sebenar di Kluang........Bukan Rumah Anak Yatim


Kalau nak bayar zakat, datanglah ke pejabat MAIJ di setiap daerah atau kepada agen yang kita lantik termasuk bank-bank tertentu. Kalau nak jelas lagi, datang saja di pejabat. Bolehlah buat pengiraan dan kemukakan soalan. Sekarang punya jam, ramai orang suka tipu-tipu orang.  Pada dia orang, asal dapat duit saja tak apa, tipu pun tipulah. Lebih dikesali lagi, atas nama kebajikan Islam, sekolah tahfiz dan anak yatim pun mereka sanggup tipu. Kita pulak senang diperdaya dan mudah bermurah hati. Terus beri tanpa siasat. Ada orang yang bayar zakat sendiri-sendiri, rupanya bukan kepada asnaf zakat yang sepatutnya. Nak tunaikan rukun Islam rupanya terpedaya dan tertipu. Marah orang nama Tipah, orang kita selalu kata 'Tipah Tertipu'.

Anak Yatim

Saya nak pesan kepada orang Kluang terutamanya supaya jangan cepat simpati nak bersedekah atau berzakat atas nama pertubuhan anak yatim. Satu kes ini, di Kampung Melayu, berhampiran kubur, ada sebuah rumah. Dia orang pungut derma atas nama anak yatim. Tapi betulkah ada anak yatim di rumah itu? Ramai orang tak tahu. Kalau mereka ada ibubapa, kenapa katakan mereka itu anak yatim? 

Sila Bantu Siasatan

Saya minta saksi-saksi tampil ke pejabat saya untuk membantu siasatan setelah fail siasatan dibuka. Antaranya, mana-mana institusi seperti bank atau NGO yang pernah memberi derma kepada pertubuhan ini. Sesiapa yang keliru mengenai kegiatan pertubuhan ini, juga boleh datang ke pejabat kita untuk mendapatkan penjelasan.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Kadi,

    Saya seorang penduduk kluang dan bertugas di Johor Bahru di sebuah jabatan kerajaan ingin bertanye, apakah status rumah tersebut, adakah rumah anak yatim atau pusat pengajian tahfiz serta apakah aktiviti sebenar rumah tersebut.

    BalasPadam
  2. Sudah diberitahu yang rumah itu bukan rumah anak yatim, bukan rumah perlindungan golongan oku dan bukan pusat tahfiz. Itu saja.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.